=)

Sunday, December 29, 2013

BerLUMUT selepas exam

Assalamualaikum...


Nampaknya sudah lama EN mengepost post di belog ini. Sekarang da masuk 3rd posting untuk Year4 O&G. Uwahhhh sungguh pantas gitu masa berlalu.

Nak cerita pasal Year 4 tapi nantilah di post yg akan datang. Sekarang nak berkongsi-kongsian pasal percutian singkat EN bersama family di Perak Darul Ridzuan.

Mula-mula ingatkan EN tak dapat ikot dorang g Lumut sebab ada EOP exam untuk surgery. Lagipon my family dah pergi awal-awal lagi jadinya takda transport nak ke sana. Macam mana dapat idea nak g sana?? Oh idea? Actually macam last minit plan. Disebabkan EOP exam kat Hospital Sg Buloh, so nak balik Shah Alam semula xda orang nak pulang bersama sebab my roomate Kak Shiqiin(hehe dan2 je ada Kak) terus nak balik Tapah lepas tu. Makanya alang-alang dia mahu pulang ke Tapah, ikot lah dia. 

Plan baek punya dengan Kak Ila(haha xpe kan panggil Kak) yang kebetulan nak balik Penang. Maka kami pon naek la bas lompat-lompat ke destinasi masing-masing. Suruh Shiqiin drop kat stesen bas Tanjung Malim kerana tidak mahu menyusahkan dia :) Ok route ke Lumut dari Tanjung Malim adalah seperti berikut:

From Tanjung Malim -> Ipoh -> Lumut

atau Tanjung Malim -> Bidor-> Teluk Intan -> Lumut

Untuk  tidak mahu mengambil risiko EN ikut route 1 walaupun letih naek bas g Ipoh lepas tu patah balik pulak g Lumut. Memang perjalanan yang lenguh. Dari Tanjung Malim ke Ipoh hampir 2 jam. Ipoh ke Lumut jugak dalam 2 jam. Tapi kira fun la dapat travel jejauh. Iyolah..

Ok makanya sampe lah saya di sana reunion dgn family.




Sampai-sampai bergambar teruss..


Di Jeti yg nak pergi Pulau Pangkor

Masing-masing dah lama tak main tiang. Macam ni la gayanya.

Dapat bercakap dengan Encik Udang Kara. Baek giler dia huhu


Shopping time. Kami diberi duet saku dan diberi masa selama 1 jam lebih oleh Abah untuk membeli belah. Yehaa best tak best tak..chumel colourful kasut2 ni. Takda size ni bebudak punya.

Oh, kami menginap di Chalet Teluk Batik. Berapa entah harga untuk 2 malam. Dah lupa. Tapi berpatutan rasanya.

Hari kedua...
tak jadi pergi Pangkor sebab nanti kena balik petang, check out nya tengahari. Lagipon sama je permainan kat Teluk Batik ni haa.

Apasal mata sepet2 ni, nampak sangat baru bangun tido.

We are here at the beachhh not b**ch opss

Tralalala dapat naik bot pusing2. RM15 satu family. Tapi sekejap sangat pusingnya tak syiok.

Oh yeahh mula-mula nak naik Banana Boat tapi si budak lelaki2 tu tak mahu. Eee tak sporting langsung. Takot la tu.

Mesti pakcik bot tu tak faham kenapa kitorg siap ketawa tersenyum naik menda alah ni tu yang dia dok bawak laju giler siap corner tajam lagi. Tak mencabar sangat la. Waahh cakap besar..

Aikk tetiba da kat Menara Condong Teluk Intan. Ohh Teluk Intan yang da lama tak ku jejaki. Saja nak bagitau dulu EN praktikal untuk BMS kat Hospital Teluk Intan. Best woo.


Sebenarnya ada perkara yang sedikit kelakar berlaku. Tujuan pergi Perak tu sebab Abah nak pergi kenduri kahwin anak kepada Cikgu dia kat Teluk Intan. Abah ingat hari Ahad kendurinya. Padahal hari Sabtu tu. Alahai salah faham. Nasib baik tak pergi Pangkor. Tu pon lambat g kenduri,ktorg siap2 bersiar-siar lagi kat Teluk Intan,makan2.

Macam mana boleh tersedar salah tarikh? Kononnya nak pergi survey jalan ke hotel tempat kenduri kahwen tu takot esoknya sesat ke apa. Pastu sampai kat hotel nampak ada banner orang kahwen. Well kat situ dah suspicious (what a word). Keduanya padahal tadi ada kawan Abah call cakap dorang semua dah kat hotel, boleh pulak tak suspect apa2 time tu Adehhh. Sampai pon dah pukul3, pihak catering nak angkut dah makanan2. Ktorg pulak dah kenyang baru lepas makan tapi untuk menghormati tuan rumah jamah jugak la. 

Apasal rasa macam skema sangat jlan cerita ni, nampak sangat dah lama tak mengarang..


Hari ketiga...
Ok dipendek kan cerita hari Ahad dah bertolak pulang. Seperti biasa kitorang akan singgah kat Lata Iskandar ni haa.. Ikot jalan alternatif, dari Tapah ikot jalan yang nak ke Cameron Highland tu menuju ke Pahang. Dekat je pon.


Crop diri sendiri sebab tembam sangat

Untuk kali keberapa kali entah datang sini. Dulu mungkin kat bawah ni pon dah sejuk takyah naek Cameron, sekarang cuacanya dah kurang sejuk.


Ok itu sajalah penceritaan percutian EN. Walaupun bisa-biasa saja, disebabkan bersama family jadi best tak gitu. Jika ada kelapangan marilah kita bercuti bersama family sure release stress nak nak kalau baru lepas exam.

Ok daa dulu. Annyeong.