=)

Friday, July 26, 2013

~Perubahan diri-Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh...


Malam 18 Ramadhan. Alhamdulillah. Dah nak masuk 10 Ramadhan terakhir. Sekejap je kan.



Mesti mood raya dah membuak-buak. Ehh mana ada. Tak macam tahun2 lalu, kali ni tak ada perasaan je nak beraya. Mungkinkah sebab daku dah tua hihih.. Maybe sebab exam dalam bulan puasa jadi persediaan raya pon kureng. Begitu ke?? Entah...


copyyy


Ha...lupa pulak EOP exam dah nak sampai penghujungnya. Lagi satu je. OSCE pada Isnin nih. Memang tak sabar gila nak balik rumah. Nak exam pon dah macam malas nak study. Komen pasal exam...hmmm no komen. harapanku hanya mahukan kelulusan. Amin.



Di sini EN mahu memohon seribu kemaafan dari semua jika ada tersalah kata, tersalah kelakuan, tersalah budi bahasa atau tersalah apapun.. Eh awainya belom raya lagi. Advance sikit.


EN hanya manusia biasa atau mungkin luar biasa, lain dari yang lain. Maaflah jika bukan semua yang dapat menerima diri ini. Diri ini pon sedar yang diri ini banyak kekurangannya. Tak pernah meminta untuk difahami tapi janganlah disalahfahami. Mungkin diri ini juga agak pelik disesuatu masa maka tak semua org boleh terima. Mungkin begitulah nampaknya.


Diri ini rasakan yg diri ini perlukan perubahan dan mahu berubah.Kerana hatiku terasa berat dan mungkin perlu dibersihkan. Masih belom terlambat bukan. Jadi kupinta doa dari DIA dan yang lain. Tidak perlulah hanya mengata, kujuga perlukan tunjuk ajar dari yang sudi membetulkan. Jika tiada tidak mengapa kucuba sendiri selagi berkemampuan. 


Terima kasih ya Allah di atas kesedaran. Ayuh  menuju perubahan.