=)

Monday, July 15, 2013

~Sikap di bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

Dah hari ke-6 kita menyambut Ramadhan. Alhamdulillah masih berkesempatan bertemu dengan bulan yang mulia ini kan. Best kan puasa. Lagi seronok berpuasa bersama familia. Takpe beberapa ketika lagi boleh lah.


EN suka perhati gelagat disekeliling dan mendengar. Jaga2 ada yang memerhati, bak kata Kiah Propa. 

Macam-macam dapat dilihat dan diambil iktibar bila kita lihat disekeliling. Tidak kurang juga perkara buruk yang perlu dijauhi. Baiklah untuk itu ada beberapa perkara berkaitan sikap di bulan puasa yang perlu kita ubah dan cantikkan. Saja nak kongsi dan komen.


Hmmm bulan puasa ni kita perlulah lebih meningkatkan kesabaran kita ye tidak. EN mengaku bukan seorang yang penyabar sangat, bukan apa EN senang sangat rasa "annoying" dengan keadaan. Sangat senang. Kadang-kadang annoying dengan diri sendiri hehe. Jadi latih diri untuk lebih bersabar. Bila rasa nak marah, tarik nafas dalam2. Ok saya cuba. Kalau tak leh gi jugak pergi ambil wuduk baca Al-quran. In sya Allah dapat menambahkan pahala. 


Bulan puasa juga kita perlu menjaga hati dan bersangka baik dengan lebih lagi. Kadang-kadang biasalah kita terasa hati kan. Tapi janganlah ikutkan hati nanti...haaa. Orang lain adalah orang lain jadi mereka tak mungkin sama dengan diri kita. Janganlah bila cara mereka berlainan dengan cara kita, kita rasa pelik. Setiap manusia itu Allah ciptakan berlainan bukan. Jadi, sila terima orang lain seadanya seperti mana mereka menerima kita yang serba kekurangan ini.


Dan lagi kurangkanlah bercerita buruk tentang orang lain. Kadang-kadang..eh kadang2 lagi tukarlah. Sometimes, dapat dilihat di laman sosial. Masih ada je status2 yang tak berapa enak dibaca walaupun di bulan puasa. Kenapakah? Entahlah, EN sangat mangat kurang respect manusia yang suka post sesuka hati. Anti dari dulu. Cehhh.. perlukah ianya menjadi tempat meluah perasaan yang tak berapa nak enak. Ingat ramai tau yang baca. Mungkin lah nak tuju kat sorang je tapi tengok orang lain yang baca pon boleh tersentap. Tak ke err jadi lain. Jadi, hentikan. Lebih baik kan jika kita bagitau kat Allah saja.Tak pon bagitau je direct dengan cara berhemah lebih afdhal. (dah keberapa kali tulis tntg ini ngeee)


Lagi, hendaklah kita kurangkan aktiviti tidak berfaedah. Kurangkan tidur, kurangkan bermain, kurangkan bersosial, dan lain2. He2 peringatan untuk EN juga. Jadi, marilah kita meningkatkan ibadah kepada Allah yang esa. Bulan Ramadan hanya datang sebulan je setahun. Mari kita rebut fadhilah dan rahmat di bulan ini. Tingkatkan solat sunat, membaca al-quran, berzikir, dan bersedekah. Anggaplah ini Ramadan terakhir bagi kita.




oklah. selamat memanfaatkan bulan Ramadhan :)