=)

Monday, April 8, 2013

~Gaga gugu GIGI :)

Assalamualaikum...

Okayh, first day of O&G posting. Not much to say because it's just first day. :)


Nyut nyut nyut....macam tulah bunyi yg keluar dari sisi mulutku. (kalau pakai steteskop maybe boleh dengar kot) Waduh tak sangka masih berdenyutan.

Masa nak cabut aritu giler excited. Sekarang?? Terima jelah ye. Nak dijadikan cerita gigi geraham belakang ku yang belah kiri ni dah lama di'treasure' atau disimpan. Hampir 5 tahun.


"Fuh lega dapat mandi",kata gigi.


Teringat pulak,peristiwa yang terjadi masa PLKN,tengah kunyah2 something, batu  kacang kalau tak silap. Tiba2 sebelah dari gigi atau serpihan gigi tercabut. Nasib tak tertelan, kalau tak mungkin dah tumbuh gigi baru dalam perut <---cerita dongeng waktu kecik2.


Masa tu okay lagi. Masuk je matriks kesakitan yang amat sangat melanda diriku. Memang rasa macam nak hantuk2 kepala je kat dinding (mungkin pernah buat time tu) nak tahan sakit. Maklumlah pepatah mengatakan, sakit gigi adalah yang ke-3 paling sakit selepas sakit hendak meninggal dunia dan sakit melahirkan anak. Betul tak ha??


Nak cabut masa tengah sakit memang tak boleh kan. Lepas makan ubat dan sakit itu menghilangkan diri selama beberapa tahun daku seperti telah melupakan kecacatan yang ada di dalam mulutku.

Sehinggalah dapat peluang nak cabut minggu lepas. Alhamdulillah ingatkan Klinik Pergigian kat Kuala Lipis sudah tidak wujud. Masih ada rupanya.


Gigi-gigi kita. Gigi bongsu siapa dah tumbuh angkat tangan.


Fiuhhh panjang benar cerita pasal gigi. Rugi tak bawak balik gigi tu masa Dr. Ng tu tanya haritu, boleh framekan dan tunjuk kat anak cucu. Ok mengarut.


Alang-alang cerita pasal gigi nak share tips kurangkan kesakitan selepas mencabut gigi yang di copypaste saja. Maaf.


  1. Gigit kapas dengan erat sehingga darah berhenti. Ok dah buat
  2. Hanya berkumur sekiranya darah dan air liur penuh dalam mulut. Ye ke?Adoyai EN kumur sepanjang masa
  3. Jangan ambil minuman panas. Kena minum yang sejuk2 kan. I like
  4. Jangan usik atau sentuh kawasan cabutan dengan lidah/jari. Ermmm opss i did it
  5. Telan aspririn. PCM ubat tahan sakit,ok dah telan
  6. Kurangkan kerja-kerja berat. hur3 mmg tak pernah angkat berat
  7. Jangan makan makanan yang mudah tersangkut dalam gusi.  sorry zinger burger ku ngap je beberapa jam selepas cabut
  8. Berkumur dengan air garam sekiranya gusi bengkak selepas 24 jam. Ohhhh baru hari ni tahu dan buat,dah terlebih 24jam patutlah bengkak tak ilang2.



Hmm patutlah tak hilang2 sakitnya sob2..


Oklah itu saja.


p/s : dulu pernah apply dentistry kat Mesir dan dapat pun. Tapi takde rezeki, tak mampu. Itsokey Allah lebih tahu.