=)

Tuesday, April 30, 2013

~Book fair PWTC,Jalan TAR,SOGO,Masjid Biru part 3

Assalamualaikum...

Third part hoyeehh..

Lepas hantarin Dr. ke kediaman beliau, ktorg direct pergi Masjid Biru. Masjid Biru tu yg mana ea? Ala Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. We all call it Masjid Biru sebab ia kebiruan di waktu malam,siang pon la heee...Tak caya tengok bawah.


Nampak. Biru kan.

Nak balik Klang dulu dah pukul 7 mlm time tu. So, walaupun belengas* kami teruskan pergi. Actually ada apa kat Masjid Biru? Ohhh ada Majlis selawat burdah. Check the banner below.






Mula-mula EN ingat ceramah ala-ala UAI. Ianya majlis bacaan selawat burdah pimpinan Habib Ali. :) Dan ada ceramah juga selepas itu.

Seronok. First time join. Bagi siapa yang pergi Malam Cinta Rasul kat Dataran Merdeka pada bulan Mac yang lalu mesti tahu. Aaaa kenapalah time tu EN exam, mmg hajat mahu pergi pon.

Anyway apa itu selawat burdah?

Selawat atau qasidah burdah ialah syair memuji Nabi Muhammad SAW yang dikarang oleh penyair Mesir, al-Busiri. Ia terkenal dengan pelbagai irama yang dinyanyikan segenap umat Islam kerana faktor rentak dan alunannya yang mudah dinyanyikan.


Rentaknya memang best, pelbagai. Senang untuk diikuti. Seronok la,sambil baca sambil tengok maksud dia lagi best. Ada sejarah tentang Nabi Muhammad. Bunyi instrumen yang dimain secara live lagi rasa semangat nak ikut.

Ikut bersama, ayuh.

Takpe next month boleh join lagi. Jom pergi sama-sama. Terubat rasa rindu dekat Masjid Biru :)


Baiklah itu saja aktiviti yang berlaku pada Sabtu yang lalu.  Esok EN nak g lagi pesta buku PWTC siapa nak ikut? Ok lah jumpa di sana. In sya Allah.