=)

Tuesday, April 30, 2013

~Book fair PWTC,Jalan TAR,SOGO,Masjid Biru part 3

Assalamualaikum...

Third part hoyeehh..

Lepas hantarin Dr. ke kediaman beliau, ktorg direct pergi Masjid Biru. Masjid Biru tu yg mana ea? Ala Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. We all call it Masjid Biru sebab ia kebiruan di waktu malam,siang pon la heee...Tak caya tengok bawah.


Nampak. Biru kan.

Nak balik Klang dulu dah pukul 7 mlm time tu. So, walaupun belengas* kami teruskan pergi. Actually ada apa kat Masjid Biru? Ohhh ada Majlis selawat burdah. Check the banner below.






Mula-mula EN ingat ceramah ala-ala UAI. Ianya majlis bacaan selawat burdah pimpinan Habib Ali. :) Dan ada ceramah juga selepas itu.

Seronok. First time join. Bagi siapa yang pergi Malam Cinta Rasul kat Dataran Merdeka pada bulan Mac yang lalu mesti tahu. Aaaa kenapalah time tu EN exam, mmg hajat mahu pergi pon.

Anyway apa itu selawat burdah?

Selawat atau qasidah burdah ialah syair memuji Nabi Muhammad SAW yang dikarang oleh penyair Mesir, al-Busiri. Ia terkenal dengan pelbagai irama yang dinyanyikan segenap umat Islam kerana faktor rentak dan alunannya yang mudah dinyanyikan.


Rentaknya memang best, pelbagai. Senang untuk diikuti. Seronok la,sambil baca sambil tengok maksud dia lagi best. Ada sejarah tentang Nabi Muhammad. Bunyi instrumen yang dimain secara live lagi rasa semangat nak ikut.

Ikut bersama, ayuh.

Takpe next month boleh join lagi. Jom pergi sama-sama. Terubat rasa rindu dekat Masjid Biru :)


Baiklah itu saja aktiviti yang berlaku pada Sabtu yang lalu.  Esok EN nak g lagi pesta buku PWTC siapa nak ikut? Ok lah jumpa di sana. In sya Allah.





Sunday, April 28, 2013

~Book fair PWTC,Jalan TAR,SOGO,Masjid Biru part 2

Assalamualaikum...

Here comes the second update about yesterday.

Ok lah after keluar je dari PWTC terus cari tempat makan. Masing2 kelaparan. Nak bawak Dr. g makan kat mana pon taktahu time tu al-maklumlah tak arif sangat pasal KL nih. Ingat nak makan kat mall seberang tu kot2 ada foodcourt tapi tengan under-maintenance. Nasib la nampak ada medan makan2 berdekatan PWTC,tersorok kat bawah.

Ramai orang tapi nasib dapat tmpt duduk. Dr. awal2 pesan Nasi lemak ayam dan Lemon ice tapi tengahari macam tu mana nak ada. So, suggest kat dia Nasi ayam. Haha yg kelakarnya dia cakap memang dia nak makan tu pon. Aiihhh nih mesti pengaruh dalam kelas, asyik sebut Nasi lemak ayam nasi lemak ayam tu. Untuk lemon ice yg pasti takde kat situ ditukar kepada Air limau. Nasib rasa sama.

This nasi lemak looks nice. Slrppp....hee

Pastu ktorg meneruskan perjalanan berpatah balik ke stesen Bandaraya dan ke Jalan TAR. Nak cari kain cotton untuk Dr. Memang itu pun tujuan dia nak datang KL, nak bawak balik Bangalore katanya buat Salwa Kamezz. Terpaksalah jadi tourist guide. Yelah Dr. MJ tu kan foreigner.

Woooo jap jap, maksudnya dah 3minggu berturut2 weekend EN pergi Jalan TAR. So?

Bawak masuk kedai Gulati's. Banyak eh kain cantik2. Ada yang sampai beratus ribu. Perghhh, tak mampu mak. Ila menjadi translator masa nak pilih kain, hebat. EN awal2 dah surrender. Sorry tak pandai nak layan tourist, I ni pemalu, nak kena cakap BI lagi. Oh my English! Then, terpaksa tinggalkan Dr. nak menunaikan solat di SOGO.

After that we get back together. Memandangkan SOGO tengah sale, Dr. pon terkesima dengan harga barang yang branded tapi murah. Jadi berlegar2 lagi dalam SOGO. EN duduk keletihan di kala mereka memilih kasut weee penat.

Ok g minum dulu chatting pasal apa2 yg patut. Dr. tanya pasal makanan, kueh yang kitaorg makan. Pperghh taktahu nak explain mcm mana tentang kueh seri muka,kueh koci,my English vocabulary is so poor eeee. Then, tak sangka Dr. tahu pasal Nabi Muhammad dan dia nak tahu pasal Aisyah R.A sebab Shiqiin beli buku tu kat bookfair. Kitaorg pon ada  borak2 pasal politik, beza antara Malaysia dan India. Banyak woo Dr. tahu pasal Malaysia.

     Tembam kan gue...

Org kat belakang pandang slack ke??


Ok masa untuk pulang. Keletihan. Tapi actually Dr. ada ajak g Pasar seni pulak time tu. Time tu dah pukul 6. Sorrylah Dr. tak dapat nak tunaikan hajat. Sebab lepas tu ada plan nak g Masjid Biru Shah Alam. Maka kami pon balik.


Baiklah part 2 dah habis. Part 3 akan menyusul tentang aktiviti di Masjid Biru yang kami join pada Sabtu. Best woo rugi siapa tak g. Ada Habib Ali.

here the part 3 last part 

K la K la. Daaa nak siapkan case write up T.T




~Book fair PWTC,Jalan TAR,SOGO,Masjid Biru part 1

Assalamualaikum...



Siapa dah pergi pesta buku angkat tangan!!  SAYA!!

Fiuhh arini sehari suntuk di KL + Shah Alam from 8 am to 12am.

With Khalilah and Shiqiin and our invited guest Dr.MJ we went to Bookfair. Why Dr.MJ ikut sekali? Panjang ceritanya hehe.

Parking kereta kat KTM Batu 3 then naik KTM to PWTC. Sampai2 je dah penuh hall, baru pukul 10. Actually ni kali pertama EN g pesta buku heee maklumlah sebelum ni bzy. Ek?? And i don't really like crowded places. Errr...

Masuk2 je dah nampak novel murah @booth Kaki Novel. Tapi bertahan lagi sebab mesti banyak kat dalam2. Kami berpecah dgn Dr. bagi memudahkan masing2. Stop at PTS first,beli beberapa buku termasuk buku Hilal Asyraf bertajuk dot dot dot hahaha... Kebetulan beliau ada kat situ,tak perasan mula2. Alang2 mintak autograph la, tapi mintak tolong Cik Ila mintakkan,malu seh. Beliau berkata : "semoga memberi (buku) manfaat".  In sya Allah.

Ni lah Hilal Asyraf tuan puan


Then, Jalan depan sikit ada bilik 'negeri'. Dewan Kelantan packed gila sebab kat situ 'pangkalan' KaryaSeni. Gila nak masuk berasak2. Kami gagahi jua sebab cik Shiqiin nak beli novel SSID tu,I got mine already heee. Tapi masuk je banyak novel best,so amek la beberapa yg bestseller dan yg berkenan di hati. Cik Ila paling byk beli,diakan kaki novel tak mcm EN.

Perghhh nak bayar punya la sesak,EN keluar dulu rasa macam tercungap2 dah 'i am gasping for air'. Shqiin n Ila bayarkan. Ila siap mintak autograph kat novelis lagi dalam sesak2,cekal dan teguh gila haha....

Huuuu tak sangka beli novel dapat pas eksklusif jumpa Adiputra&NoraDanish(Sabtu) dan Izzue Islam(Ahad). Anyway dapat satu pas jelah sebab ktaorg bayar sekali. Ikut kan hati cik Shiqiin dia nak p jumpa en Adi tapi memandangkan Dr dah tunggu terpaksalah chiow dulu.



Huaaaa tapi kan tak puas la p bookfair semalam (Sabtu) sebab sekejap sangat.

Apa kata pagi nanti pergi lagi jumpa Izzue. Nak....tapi tapi case write up tak siap huk2.. Rugikan pas tu. Siapa nak angkat kening! Dan esok dia akan berada di SACC Mall Shah Alam jugak. Terror benor boleh ada kat dua tempat. Takpelah ada jodoh kita jumpa ea Ijue... :p



#promote2: SSID every Friday at TV3 heeee

Tapi we got another plan. Nak pergi lagi Rabu ni,kan public holiday. Tak puas nak pusing2 explore2. Siapa nak join moh la kiter.

Ok lah nanti sambung part seterusnya. Part 2  Part 3

Daaaa....





Monday, April 22, 2013

~20 April 2013

Assalamualaikum...

1)Hari penamaan calon PRU13

Semangat dop nak mengundi nih. Of cors la first time la katekan. Sebelum penamaan calon lagi EN dah tengok sape calon2 yang nak bertanding kat tempat mengundi tu. Nampak?Semangat tak?

Hari sabtu lepas masa on da way p KL sempat la tengok kemeriahan penamaan calon masa lalu kat bandar Bentong. Siap jammed lagi kat situ. Meriah-meriah heee.

Any tips for this election? Ok lah tips from EN : Undilah pemimpin yang layak memimpin,dan pilihlah pemimpin Islam  :)


2)Hari jadi abah ke-54

Semangat gila nak p menyopping kat KL, sampai lupa befday abah. Dah sampai KL baru teringat. Abah pesan kek 7 tingkat tapi tak sempat nak bawak balik kedai dah tutup masa balik tu huhu. Nak buat kek pon dah tak sempat.

Anyway semoga panjang umur dan murah rezeki :)


3)Shopping di SOGO,Jalan TAR,GM Klang

Alhamdulillah first cheque da dapat tu yang planning g shopping. Mak dan kawan-kawannya, Cikgu Shikin, Cikgu Ina dan my dongsaeng Ijah, kitaorang berlima.

EN ni memang jenis 'buta jalan' ataupun fail bab2 jadi GPS bergerak nih. Selalu g KL naik pengangkutan awam,naik kereta pon kadang-kadang time g Kamal bookstore so mana la cam sangat jalan. Berpandukan jalan laluan bas ke Pekeliling dan direction dari Cik Atiqah maka sampai la jugak kat SOGO.

Lepas SOGO -> Jalan TAR -> AEON Bukit Tinggi -> PLaza GM Klang

Hamek nak sangat jalan. EN tak beli papepon. Takde yang berkenan,cehh padahal demand. Tak betul, takde apa yg berkenan di hati. Tapi takpe hati berbunga-bunga sebab jumpa novel 'Sebenarnya saya isteri dia' kat kedai buku di Jalan TAR. Sebelum cari kat kedai buku dah habis. Siap ada diskaun, harga RM30 jadi RM24. :)



Lepas nih bila pulak nak p shopping???  Duit dah kureng huuuuu...

Oklah oklah... esok CP. Cuak sehh. Gudluck everybody hehe :)



Monday, April 8, 2013

~Gaga gugu GIGI :)

Assalamualaikum...

Okayh, first day of O&G posting. Not much to say because it's just first day. :)


Nyut nyut nyut....macam tulah bunyi yg keluar dari sisi mulutku. (kalau pakai steteskop maybe boleh dengar kot) Waduh tak sangka masih berdenyutan.

Masa nak cabut aritu giler excited. Sekarang?? Terima jelah ye. Nak dijadikan cerita gigi geraham belakang ku yang belah kiri ni dah lama di'treasure' atau disimpan. Hampir 5 tahun.


"Fuh lega dapat mandi",kata gigi.


Teringat pulak,peristiwa yang terjadi masa PLKN,tengah kunyah2 something, batu  kacang kalau tak silap. Tiba2 sebelah dari gigi atau serpihan gigi tercabut. Nasib tak tertelan, kalau tak mungkin dah tumbuh gigi baru dalam perut <---cerita dongeng waktu kecik2.


Masa tu okay lagi. Masuk je matriks kesakitan yang amat sangat melanda diriku. Memang rasa macam nak hantuk2 kepala je kat dinding (mungkin pernah buat time tu) nak tahan sakit. Maklumlah pepatah mengatakan, sakit gigi adalah yang ke-3 paling sakit selepas sakit hendak meninggal dunia dan sakit melahirkan anak. Betul tak ha??


Nak cabut masa tengah sakit memang tak boleh kan. Lepas makan ubat dan sakit itu menghilangkan diri selama beberapa tahun daku seperti telah melupakan kecacatan yang ada di dalam mulutku.

Sehinggalah dapat peluang nak cabut minggu lepas. Alhamdulillah ingatkan Klinik Pergigian kat Kuala Lipis sudah tidak wujud. Masih ada rupanya.


Gigi-gigi kita. Gigi bongsu siapa dah tumbuh angkat tangan.


Fiuhhh panjang benar cerita pasal gigi. Rugi tak bawak balik gigi tu masa Dr. Ng tu tanya haritu, boleh framekan dan tunjuk kat anak cucu. Ok mengarut.


Alang-alang cerita pasal gigi nak share tips kurangkan kesakitan selepas mencabut gigi yang di copypaste saja. Maaf.


  1. Gigit kapas dengan erat sehingga darah berhenti. Ok dah buat
  2. Hanya berkumur sekiranya darah dan air liur penuh dalam mulut. Ye ke?Adoyai EN kumur sepanjang masa
  3. Jangan ambil minuman panas. Kena minum yang sejuk2 kan. I like
  4. Jangan usik atau sentuh kawasan cabutan dengan lidah/jari. Ermmm opss i did it
  5. Telan aspririn. PCM ubat tahan sakit,ok dah telan
  6. Kurangkan kerja-kerja berat. hur3 mmg tak pernah angkat berat
  7. Jangan makan makanan yang mudah tersangkut dalam gusi.  sorry zinger burger ku ngap je beberapa jam selepas cabut
  8. Berkumur dengan air garam sekiranya gusi bengkak selepas 24 jam. Ohhhh baru hari ni tahu dan buat,dah terlebih 24jam patutlah bengkak tak ilang2.



Hmm patutlah tak hilang2 sakitnya sob2..


Oklah itu saja.


p/s : dulu pernah apply dentistry kat Mesir dan dapat pun. Tapi takde rezeki, tak mampu. Itsokey Allah lebih tahu.




Monday, April 1, 2013

~I Love cook

Assalamualaikum..

Sebelum proceed dengan lebih lanjut tentang entry kali ini,ada siapa2 perasan tak tajuk entry ni salah grammarnya.

 I love cook = Saya sayang tukang masak @ chef

eh betol apa,mana salahnya...

ni pengakuan ke apa? Tak2 betul, saya suka chef. Chef yg paling saya admire chef Riz anak Chef Wan :p Chef Sherson Lian yg dlam 5 rencah 5 rasa. :) Huhu Ok ini semua bukan agenda utama.


Tak actually nak cerita yang EN ni pandai suka masak. Hoho poyo ke?? :p Betul la, my hobby apa sejak kecil. Ye lah anak sulung mestilah kena pandai masak. Lagi satu, nak kahwin kenalah pandai masak. Eee Nak kenyang dan makan sedap kenalah tahu masak.  La tak perasan ke entry2 resepi yg EN post tu semua I masak sendiri U. Gila poyo??

Dah-dah stop ini semua poyo =.= Ok bergurau je eh.serabut je poyo-poyo ni semua.



Tapi yang sedihnya, EN sekarang jarang masak. Sedihkan. Sejak duduk bandar Klang ni,jarang sekali ku menjenguk dapur. Dalam 3-4 minggu sekali je begitu. Busy-busy + Lazy-lazy.

Ahh dulu ada lah berangan-rangan nak masak tiap-tiap hari tapi angan-angan hanya tinggal ang-ang . Ha???

Hanya bila cuti, dan masa pulang ke kampung halaman saja dapatku cooking2. Kalau cuti, dapur dah jadi kawan baik. eee...tolonglah ayat itu.

Masa tu lah nak try masak macam-macam, Western lah eastern lah Southern lah aaaa utara apa? Channel TV selain KBS world mestilah TLC (707), AFC(703) jarang bukak. I like TLC more hihi. Then, masterchef, dan rancangan realiti masak lain kat DIVA(702). wehh abes promote channel astro nih.



Maknae Izzah, aka adik bongsuku siap cakap : "Wehh kakak,masuklah masterchef. Nanti jadi macam Chef Ezany."

Oh tidak!! Homai, sedap sangat ke masakan ku sampai dia suruh masuk pertandingan "Main masak2". Ok dah terlebih perasan ni.



Hmmm...Nak bagitahu satu rahsia,  dulu UPU kan EN dapat course Dietition dekat UDM,Ganu. Masa tu entah kenapa EN sanggup menolak tawaran itu dan memilih MSU. mungkin sebab fikir dietition tak banyak peluang pekerjaan. Sekarang rasa sedikit menyesal sebab tak berfikir panjang.

No no tak baik menyesal2. Tapi apa-apa pun,ini jalan yang telah ditentukan olehnya. Redha. Mungkin ada hikmahnya.


Oklah sebelum EN cuba untuk memuji masakan sendiri baik berhenti di sini dulu. nanti kalau ada apa-apa resepi nak dikongsi I'll post here.


Selamat menjamu selera,eh tiba-tiba. Daaa..

p/s : sorry la kalau entry ni ntah pape. dah lama tak mengarut. malu jugak nak post tapi dah terpost agagaga :p