=)

Tuesday, March 19, 2013

~Habis dah..3rd posting Surgery

Assalamualaikum...

HUekkk huwekkkk...(ala-ala baby nangis)

Tak sangka posting ketiga (surgery) dah nak habis. Next week dah nak EOP exam.

Let's push push push push ourselves friends...

Ok termasuk minggu depan genap 7 minggu atau hampir 2 bulan daku tak pulang ke kampung. Cekalnya hati hamba tiada siapa yg tahu cehwahh tu pon nak bagitau. Actually dah tak tahu nak bagitahu apa. Stock post ada, cuma bukan masa yg sesuai lagi nak post muhahahaha...curious tak curious tak,ok nantikan. eee poyos tak.

krikkk krikkk...

Dah alang-alang tak tahu nak post apa, mari kita berkongsi-kongsian. Marilah kita meng'post' sesuatu yang bermanfaat kepada semua.




Ok siapa tahu ayat kat atas ni dari mana sumbernya? 

Ya ya ya dah ada tulis kat situ, dari Al-fatihah yang bermaksud dalam melayunya:

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan yang engkau kurniakan nikmat ke atas mereka, bukan jalan yang engkau murkai dan bukan juga jalan orang yang sesat"


Sebaik-baiknya marilah kita menghafal maksud surah al-Fatihah, supaya sembahyang kita lebih khusyuk. 


Mari baca hadith kat bawah nih.

Hadith al-Ala ibnu Abdur Rahman Maula al-Harwah dari bapanya dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW;

Firman Allah SWT yang bermaksud ;
  • Aku telah membahagikan solat (Al Fatihah) kepada dua bahagian. Separuhnya untuk-Ku dan separuh lagi adalah untuk hamba-Ku. Apa saja yang di pohonkan kepada-Ku apabila hama-Ku berkata : 'ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN'
  • Allah SWT menjawab : 'HAMBA-KU TELAH MEMUJIKU'
  • Apabila hamba-Ku berkata : 'ARROHMAA NIRROHIM'
  • Allah SWT menjawab : 'HAMBA-KU TELAH MEMBERI SANJUNGAN KEPADA-KU'
  • Dan apabila hamba-Ku berkata : 'MAALIKIAU MIDDIN'
  • Allah SWT menjawab : 'HAMBA-KU TELAH MENGAGUNG-AGUNGKAN-KU'
  • Dan apabila hamba-Ku berkata : 'IYYAKANAK BUDU WAIYYA KANASTAIN'
  • Allah SWT menjawan : 'INI DI ANTARA HAMBA-KU DENGAN AKU DAN UNTUK HAMBA-KU APA SAHAJA YANG DI POHONKAN KEPADA-KU'
  • Apabila hamba-Ku berkata : IHDINASSIRATAL MUSTAKIM. SIRATALLAZI NAANAMTA ALAIHIM GHAIRILMAGHDHUBI ALAIHIM WALAAD DALLIN... AMIN'
  • Allah SWT menjawab : INI UNTUK HAMBA-KU DAN UNTUK HAMBA-KU APA SAHAJA YANG DI POHONKAN KEPADA-KU' 
'SADAKALLAHULAZIM'

credit to the blog :)



Berkongsi-berkongsi jugak tapi pilih lah bahan yang berguna hehe. Cehh tiba-tiba jadi baik ke apa nih. Selalu mengarut, merepek je kan. Takpe-takpe berubah-berubah hoho..sebelum kita post sesuatu mari kita fikir adakah post itu bagi effect kat orang lain? Jika effect baik Alhamdulillah, jika buruk nauzubillah. 





Huhhh takoitnya nak exam. Nyte nyte :)