=)

Sunday, February 24, 2013

Tahukah kau wahai ADAM?

Assalamualaikum.


Tahukah anda?


  • Seorang muslimah yang tak melayan lelaki apabila ditegur, janganlah kau kata dia sombong
  • Seorang muslimah yang tiada teman lelaki, janganlah kau kata dia tidak laku
  • Seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat, janganlah kau kata dia kolot
  • Seorang muslimah yang tak pandang kau tika bersemuka, janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang


Tahukah kau wahai adam...

Apa yang ada disebalik sekeping hati muslimah? Ketahuilah
  • Dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu
  • Dia mahukan engkau menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu
  • Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah
  • Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq Allah dengan mengambil alih singghasana Allah dalam hatimu



P/S: Copy and typing back from FB. Credit to the page. 

Hua3 sempat lagi update,oh case write up. Anyway ada something untuk dikongsi, apa salahnya.  K settlekan .




Saturday, February 16, 2013

~Pengalaman

Assalamualaikum...

Apa khabar saudara saudari..Ceh mcm ramai je baca blog EN nih.

Ok never mind.

Sekarang dah masuk minggu ke-3 posting surgery. Masih blur sket. Kena pick up cepat2 nanti ketinggalan. Posting surgery mengingatkan EN pada praktikal di Hospital Teluk Intan. Ishh dah berapa kali sebut menda sama kan. Nak buat macam mana,pengalaman kat sana tu antara yg pertama.

Rasa rugi pun ye juga kerana sedikit mensia-siakan masa di Teluk Intan dulu. Bukan apa, objektif praktikal tu sekadar observe atau melihat jadi itulah yg kami buat,kalau ada modul at least sedikit bermakna juga. My opinion je la. At least kalau tahu macam mana nak clerk patient pon dah ok sob sob.

Di sana semuanya first time experience

Surgery : Masuk minor OT tengok scope, buang cyst abscess lump, ikot grand ward round bersama HO beramai-ramai hampir 20 org kot sekali ward round dgn HOD,Mr. Stephen sampai 4-5 jam berdiri. Jumpa doktor2 yg best :)

O&G : Masuk labour room, tgk mak-mak beranak secara normal. Jadi chevron(mcm mana ejaan dia pon tak tahu) time doktor buat VE, fuhh sakit haha.

Paediatric : Tengok baby baru lahir menangis, cumel. Buli adik-adik ehh  bukan layan adik-adik kt situ. Ikut ward round Dr Hoy Hoy, kecik tapi tegas. . Banyak juga kes-kes yg menarik tapi kasihan sama adik-adik yg dlm kesakitan.

Medicine : Macam biasa ward yg busy. Pengalaman tengok Dr menyelamatkan nyawa patient dalam ward, buat CPR, tapi Allah lebih menyayangi beliau. Inalillah. Macam2 lagi.


Tapi apapun sekarang kena dapatkan lebih pengalaman kat HTAR. Jangan sia-siakan peluang yg ada. Ok!




.................................................................................................


16 February 2013

Oh today is Cik Mun aka Munirah Hayati bt Abdul Halim BIRTHDAY.

HAPPY BIRTHDAY MUN! Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga Allah sentiasa merahmati kamu. Semoga berjaya dunia akhirat. Amin. Kahwin jangan lupa jemput hehe.



Konsert Anuar Zain! Siapa pergi?? Kesian cik Ila, tapi nanti kita pergi rumah dia mintak dia nyanyi khas untuk kita hoho...





Saturday, February 2, 2013

~NEVER

Assalamualaikum...




Never forget to preserve : Heart(feel),Tongue(speech),Eyes(sight)
Never talks about : Others badness, Own goodness

Always never forget : ALLAH SWT & AKHIRAT