=)

Wednesday, January 30, 2013

~Resepi Simplest Pizza

Assalamualaikum..

Siapa kat sini suka makan pizza angkat tangan.

Put your hands up 2x..put put put put put...

Buat pizza bukanlah sesuatu yang mudah ehh bukanlah sesuatu yang susah, payah. Senang je. Tutup mata pon boleh buat. Ceitt! Tipu.

Tadi EN baru saja membakar pizza,2 jenis iaitu Pizza Ayam black pepper with potato and Pizza tomato sosej. Ahh pakai letak je nama tu.

Oklah kat bawah ni resepi nye.

Resepi Pizza

Pizza crust:

Bahan-bahan

1 mangkuk kecil Marjerin
1/2 kg tepung gandum
15g/sepeket mauripan(ibu roti)
Air secukupnya
Baking powder
Garam
Gula

Cara-cara
1. Bancuhkan ibu roti dengan air. Kacau sehingga sebati. Ketepikan dahulu.
2. Gaulkan marjerin dan tepung gandum sehingga marjerin menjadi halus.
3. Taburkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan juga sesudu kecil baking powder.
4. Kemudian, masukkan bancuhan ibu roti dan air secukupnya.
5. Uli sehingga menjadi doh.
6. Biarkan doh untuk mengembang.


Pizza sauce

Bahan-bahan
3 atau 4 biji tomato
4 ulas bawang putih
sesudu kecil lada hitam
2 biji lada besar
3 sudu besar cili sauce
Rempah oregano atau lain2
Garam

Cara-cara
1. Kisarkan kesemua bahan tadi sehingga sebati.
2. Boleh diubah mengikut cita rasa. Kalau malas buat beli saja tomato paste kat kedai :)


Pizza topping:

Untuk pizza topping macam2 kita boleh buat ikut kreativiti kita dan selera kita.

Bahan-bahan
sebungkus sosej
2 biji tomato
sepotong ayam
2 biji kentang
Mayonis
bawang besar
bawang putih
lada besar
lada hitam
daun sup

Cara-cara
1. First sekali untuk topping tomato sosej,potong sosej bentuk bulat dan potong dadu tomato.
2. Kemudian ambil doh yang telah kembang tadi dan leperkan di atas dulang.
3. Ratakan pizza sauce di atas doh,dan ratakan mayonis juga.
4. Kemudian taburkan tomato, sosej, bawang mengikut kemahuan.
5. Letakkan selapis lagi pizza sauce dan mayonis. Dan taburkan lada besar dan daun sup yang dicincang halus.
6. Siap dibakar dalam oven.

7. Untuk topping ayam black pepper, ayam dipotong dadu.
8. Sagat(lupa perkataan lain dia) kentang halus2.
9. Gaulkan ayam dan kentang bersama lada hitam, bawang putih dan sedikit garam.
10. Ok sediakan doh macam tadi atas dulang pembakar. Ratakan mayonis.
11. Ratakan topping ayam tadi atas doh.
12. Taburkan lada besar,daun sup,lada hitam.
13. Alrite siap untuk dibakar.



Resepi ni mengikut sukatan EN sendiri. Pakai agak je. Nanti tukar2 lah ikut kemahuan sendiri.
Selamat mencuba:)





Saturday, January 19, 2013

~Done medicine

Assalamualaikum....


Ok tamat sudah 2nd posting-Medicine.

Tapi lepas exam baru tamat sepenuhnya. Exam mula hari Isnin. Ohh untuk 3 posting sekaligus:

  • Theory Primary Care 
  • Theory Psychiatry
  • OSCE Medicine
Hari berikutnya pula Selasa Theory Medicine and last but not least Jumaat exam Long case.

Tahniah la eh gudluck lah.

I am supposed to be struggling now but what am i doing? Update my blog?

Haha takpe jangan stress stress. Sekarang bukan waktu sesuai untuk study, nak maghrib dah. Kalau study pun tak masuk. Itu EN lah orang lain tak tahu lah pulak. ngee~


Baiklah sedikit motivasi:

:: Kadang-kadang kita terlampau memikirkan pendapat orang lain tentang diri kita sehingga kita semakin jauh dari apa yang kita harapkan. Jadilah diri sendiri, itu sudah cukup membahagiakan ::




:: Jangan jadikan kesusahan, kesedihan, kesilapan kita sebagai nokhtah kerana ia sebenarnya menjadikan kita lebih kuat, lebih gembira dan lebih bijaksana ::





Gudluck my dear friends. Wish u all da best :)