=)

Tuesday, December 4, 2012

~Kisah saja-saja #3-Nak tolong ke tak??

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bersyukur padamu Ya Allah. 2nd posting is just started,yesterday. Medicine/Medical posting. Not bad la. Hari first @ semalam time briefing rasa macam alahai medicine lagi susah dari sebelum ni. Lepas tu masuk je wad dah macam kejutan tak berbudaya haha..bukan apa tengok wad penuh gila, bukan je pesakit kat dalam tu, doktor pelatih medikal students penjaga semua berkumpul dalam tu. Rasa macam sesak. Dah tu mula la compare keadaan time praktikal kat teluk intan aritu aman damai gitu huuu~ Padahal time orientasi dah melawat wad2 dan dah tau keadaan wad yg sesak ni. Tapi harini dah ok je, 'mak ok je'. Penuh memang penuh tapi kena pandai cari peluang nak approach patient.Janganlah time doktor tengah buat 'wardround' duk sibuk nak clerk, memanglah kena sejibik kan. Ok dah panjang. Hopefully everything gonna be fine the next day onwards.

.....................................................................................................

Ok tujuan sebenar entry kali ni nak cerita sikit pasal....err

Dipendekkan cerita,lepas exam OSCE dan EOP haritu balik rumah. Kemudian hari ahad balik Klang balik. Naik bas lambat,sengaja ingat boleh sampai awal,tiba-tiba trafik jam kat Bentong,sampai lambat,malam sampai KL. 

Time kat LRT Titiwangsa nak tunggu transit, tiba-tiba ada sorang lelaki tegur.Melayu. Mula-mula tak dengar. Then,tertoleh la. Ingat ke apa, rupanya dia cerita dia baru lepas kena pukau plus rompak kat mana entah. So habis semua laptop dia,dompet sekali kot dan lain2 kena rompak. Tujuan dia panggil EN tu nak mintak sumbangan la kiranya.

Mula-mula tu memang ada niat nak bagi, dalam RM10 ke hehe opss terbagitau pulak. Tapi tanpa ditanya dia cakap dia nak pinjam dalam RM100. Fulamak. What's my response then???

Lepas tu, EN tiba-tiba rasa ragu2. Bukan sebab dia mintak banyak tu,tapi ada sesuatu yg macam mencurigakan kot. Entahlah. Dia macam tau2 EN terbawak duet lebih time tu (berdasarkan cara dia tanya,seram...),selalunya bawak cukup2 untuk tambang je. Kali ni withdraw siap2 nak bayar sewa rumah+UNIFI+duet diner, sebab susah nak cari ATM bank islam kat sini (perlu ke mention :p) . Memang dia cakap akan bayar, tapi bukan mudah nak percaya orang yang tak dikenali. Memang ada rasa nak tolong tapi faham2 je la,banyak jugak tu. Takut benda lain yang jadi. Heee..  Macam yang EN pernah kena dulu. Dah la sorang-sorang time tu.

Lepas tu yang pelik, time dia mintak tumpang orang dtg KL, kenapa dia tak suruh orang tu hantar gi balai polis terus. Kan settle. Boleh hubungi keluarga dia at least. Hmm don't know la.

Lalu, bila sampai je LRT, EN terpaksa berlalu pergi dan meminta maaf kerana tidak 'mampu'(berani) untuk membantunya. Masa dalam train mula lah fikir macam-macam. Rasa bersalah pun ada. Allah nak uji EN ke, sejauh mana EN boleh tolong orang dalam kesusahan. Walaupun orang tu dalam keadaan mencurigakan

Fikir punya fikir lalu terlepas lah satu stesen, Bandaraya. Terpaksa patah balik dari Masjid Jamek, puas nak tukar platform kena pusing jauh. Nasib EN bukan jenis cepat cuak (puji diri sendiri ke,no lah). Apa2 yang terjadi keep calm ok, jangan gelabah. Yang penting yakin Allah sentiasa bersama kita.bila berlaku je perkara2 tak diingini takdelah mental breakdown terus.



Ok tu je la nak share story. What's the points from that? Hmm think by yourself haha...

Malam. Jom study.