=)

Monday, December 31, 2012

~Kalau salah tolong tunjukkan :)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Hari ini last day 2012. Esok 2013.
Ada yang g sambut tahun baru ke malam ni haha...EN memang bercadang nak join sambutan tahun baru di I-City  Dataran kemerdekaan Shah Alam hari ini, ala yang ada Ustaz Azhar Idrus tu macam tahun lepas, tapi tapi macam tak sempat nak pergi. Lagipun kalau takde orang nak bawak macam mana mahu pergi hoho..




Siapa yang berkesempatan sila lah pergi. Rugi tak pergi.


.........................................................................................

Sedar sedar rupanya EN tak update apa-apa lagi pasal 2nd posting ni. Posting medical kali ini. Sudah masuk minggu kelima, kurang 3 minggu lagi mau exam. Huaa takot meh...

Hari ini kena brainwash lagi dengan Dr. Terima kasih Dr. atas nasihat kalian. Kadang-kadang malu dengan dorang. Ok lah lepas ni akan lebih bersungguh-sungguh.Tu lah bersungguh-sungguh masa tu je, balik rumah dah lupa,masih buat kegiatan lama,berfacebook dan lain2 haishh grrr~


Memang ada kesalahan dan kesilapan semasa kita menuntut ilmu. Teguran dari orang lain bukanlah satu penghinaan tapi ianya untuk kita memperbaiki kesalahan itu. Kita bertuah jika ada orang yang sudi memperbetul kesalahan kita. Berterima kasihlah pada mereka.

Jangan mudah 'down' atau berputus asa. Jadikan ia sebagai motivasi untuk kita pergi dengan lebih jauh. Ramai orang hebat juga belajar dari bawah. Yang paling penting kita jangan sia-siakan peluang yang ada. Jauhi sifat malas. Terima nasihat dan teguran dengan hati terbuka. Dan nasihatlah orang lain juga jika mereka melakukan kesilapan.



Ok selamat tahun baru semua. Semoga 2013 adalah tahun yang sangat bermakna. :)