=)

Sunday, December 23, 2012

~Hanya pada-NYA

Assalamualaikum




::hanya padamu tempatku mengadu
pahit yg kini menyiksaku
aku percaya tiada yg sia-sia
semua kan ada hikmahnya::

Dah lama tak dengar lagu ni. OST Hikmah. Siapa tengok?



::Hanya pada Allah saja aku mengadu:: 
Bukan Facebook,Twitter,Blackberry,Blog dan lain-lain :)
Ingat tu.

Kita sering kali lupa sebenarnya Allah itu Maha mendengar. Jika kita mengadu pada Allah,pasti Allah ada jalan penyelesaiannya. Kerana Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya.Berdoa dan mengadulah pada Allah, kita tidak akan rugi. Hati dan jiwa lebih tenang


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran "(2:186)


Kadang-kadang bila ada permasalahan kita terbiasa untuk mencari manusia untuk meluahkan. Dan apabila rasa tiada orang yang mahu mendengar mulalah rasa susah hati. Tidak perlu susah hati. Allah ada. Sebaiknya carilah ALLAH terlebih dahulu jika ada masalah. Selepas itu pasti hati kita rasa puas dan tenang.





Lain pula jika manusia menjadi tempat mengadu, manusia boleh mendengar tapi tidak semestinya mereka boleh menyelesaikan. Manusia itu lemah. Situasi yang lebih teruk apabila apa yang kita luahkan disalah-ertikan. Ada juga yang menyebarkan pula pada yang lain dan kemudian boleh timbul pula fitnah. Jadi pandai-pandailah memilih orang untuk mendengar luahan kita :)


Bagaimana pula yang sewenang-wenangnya meng'post' semuanya di FB,Twitter,Blog dan lain-lain? Elakkanlah. Ia bukan medium yang terbaik. Apa yang kita post kadang-kadang boleh memporakperandakan hubungan dan hati orang lain. Kita mahu orang memahami hati kita tapi sedarkah bila kita memperkatakan keburukan orang lain secara terbuka ianya juga menampakkan hati kita yang kurang suci. Berbaik sangkalah.


Peringatan untuk semua orang. Dan EN juga. Alhamdulillah setakat ini EN cuba untuk tidak meluahkan apa-apa ketidakpuasan hati atau masalah pada medium yang tak sepatutnya. Keep it to yourself and Allah. EN bukanlah baik sangat tapi cuba menjadi yang lebih baik. Pasti kita berasa sedihkan jika orang lain berkata tentang keburukan kita? Jadi, jangan lakukannya pada orang lain OK? Bagus. Allah,itu lah jawapan bagi setiap masalah kita. 



Hati kita Allah yang jaga :)


p/s : Suka baca post  Dena Bahrin yang terbaru :Hati kita Allah yang jaga.