=)

Monday, December 31, 2012

~Kalau salah tolong tunjukkan :)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Hari ini last day 2012. Esok 2013.
Ada yang g sambut tahun baru ke malam ni haha...EN memang bercadang nak join sambutan tahun baru di I-City  Dataran kemerdekaan Shah Alam hari ini, ala yang ada Ustaz Azhar Idrus tu macam tahun lepas, tapi tapi macam tak sempat nak pergi. Lagipun kalau takde orang nak bawak macam mana mahu pergi hoho..




Siapa yang berkesempatan sila lah pergi. Rugi tak pergi.


.........................................................................................

Sedar sedar rupanya EN tak update apa-apa lagi pasal 2nd posting ni. Posting medical kali ini. Sudah masuk minggu kelima, kurang 3 minggu lagi mau exam. Huaa takot meh...

Hari ini kena brainwash lagi dengan Dr. Terima kasih Dr. atas nasihat kalian. Kadang-kadang malu dengan dorang. Ok lah lepas ni akan lebih bersungguh-sungguh.Tu lah bersungguh-sungguh masa tu je, balik rumah dah lupa,masih buat kegiatan lama,berfacebook dan lain2 haishh grrr~


Memang ada kesalahan dan kesilapan semasa kita menuntut ilmu. Teguran dari orang lain bukanlah satu penghinaan tapi ianya untuk kita memperbaiki kesalahan itu. Kita bertuah jika ada orang yang sudi memperbetul kesalahan kita. Berterima kasihlah pada mereka.

Jangan mudah 'down' atau berputus asa. Jadikan ia sebagai motivasi untuk kita pergi dengan lebih jauh. Ramai orang hebat juga belajar dari bawah. Yang paling penting kita jangan sia-siakan peluang yang ada. Jauhi sifat malas. Terima nasihat dan teguran dengan hati terbuka. Dan nasihatlah orang lain juga jika mereka melakukan kesilapan.



Ok selamat tahun baru semua. Semoga 2013 adalah tahun yang sangat bermakna. :)



Sunday, December 23, 2012

~Hanya pada-NYA

Assalamualaikum




::hanya padamu tempatku mengadu
pahit yg kini menyiksaku
aku percaya tiada yg sia-sia
semua kan ada hikmahnya::

Dah lama tak dengar lagu ni. OST Hikmah. Siapa tengok?



::Hanya pada Allah saja aku mengadu:: 
Bukan Facebook,Twitter,Blackberry,Blog dan lain-lain :)
Ingat tu.

Kita sering kali lupa sebenarnya Allah itu Maha mendengar. Jika kita mengadu pada Allah,pasti Allah ada jalan penyelesaiannya. Kerana Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya.Berdoa dan mengadulah pada Allah, kita tidak akan rugi. Hati dan jiwa lebih tenang


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran "(2:186)


Kadang-kadang bila ada permasalahan kita terbiasa untuk mencari manusia untuk meluahkan. Dan apabila rasa tiada orang yang mahu mendengar mulalah rasa susah hati. Tidak perlu susah hati. Allah ada. Sebaiknya carilah ALLAH terlebih dahulu jika ada masalah. Selepas itu pasti hati kita rasa puas dan tenang.





Lain pula jika manusia menjadi tempat mengadu, manusia boleh mendengar tapi tidak semestinya mereka boleh menyelesaikan. Manusia itu lemah. Situasi yang lebih teruk apabila apa yang kita luahkan disalah-ertikan. Ada juga yang menyebarkan pula pada yang lain dan kemudian boleh timbul pula fitnah. Jadi pandai-pandailah memilih orang untuk mendengar luahan kita :)


Bagaimana pula yang sewenang-wenangnya meng'post' semuanya di FB,Twitter,Blog dan lain-lain? Elakkanlah. Ia bukan medium yang terbaik. Apa yang kita post kadang-kadang boleh memporakperandakan hubungan dan hati orang lain. Kita mahu orang memahami hati kita tapi sedarkah bila kita memperkatakan keburukan orang lain secara terbuka ianya juga menampakkan hati kita yang kurang suci. Berbaik sangkalah.


Peringatan untuk semua orang. Dan EN juga. Alhamdulillah setakat ini EN cuba untuk tidak meluahkan apa-apa ketidakpuasan hati atau masalah pada medium yang tak sepatutnya. Keep it to yourself and Allah. EN bukanlah baik sangat tapi cuba menjadi yang lebih baik. Pasti kita berasa sedihkan jika orang lain berkata tentang keburukan kita? Jadi, jangan lakukannya pada orang lain OK? Bagus. Allah,itu lah jawapan bagi setiap masalah kita. 



Hati kita Allah yang jaga :)


p/s : Suka baca post  Dena Bahrin yang terbaru :Hati kita Allah yang jaga.


Saturday, December 22, 2012

~Last BDay

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..bersyukur kepada ALLAH :D

Hampir di penghujung 2012. 2013 akan menjelang tiba.

Hmm What i'm gonna write now...bila dah bukak blog ni takde idea pulak nak tulis, kalo tak macam2 dalam kepala.

Ok lah,minggu lepas EN balik kampung. Saja sebab lepas ni maybe sebulan pulak tak balik, maklumlah banyak event yang kena attend cehh event la sangat. Dan lain sebab of course la nak sambut my birthday ehee...

Instant chocolate sponge cake making by Pn Anizun.
Topping and decoration by Pn Anizun, and the writing by EN :)


Takde la sambut formal pun,macam biasa bakar kek dan buat makan2 in family saja. Kali ni masak mee kari, suggested by EN. Da lama tak makan. Ohh my bro punya birthday sekali sambut je,dekat2 kan. Selalu kalau balik kampung sambut sekali dengan my wan(nenek),kat kampung best sikit la siap buat BBQ bagai. Anyway thanks to my mom sebab selalu sambut harijadi anak2 dia,dan terima kasih bagi hadiah juga. And thanks a lot for bringing me to this world.

Then, i would like to thank Miss Umbut bayas and Miss Afidah sebab sudi buat special entry sempena my birthday. Terharu gitu. Terima kasih sahabat. Walaupun kita jarang berjumpa tapi kalian tetap di hati ku. :)
Terima kasih jugak kepada yg wish kat FB. Oh dan thanks to my housemate jugak for the celebration and surprise.

Ok lah cukup cukup macam bagi ucapan anugerah dah.
........................................................................................................................................


Nak tulis something lagi, takpe lah see y'all in next post :p

Wednesday, December 12, 2012

~Special ke 121212?

Assalamualaikum...


I was here on 12/12/2012

Haha it's just a date and a number. Nothing special right.
But for others it might be a big thing:Wedding,birth date.
Well!


..............................................................................................................................

Sharing is caring


Anda ada masalah hati??
Haa ini ubatnya





:)


Tuesday, December 4, 2012

~Kisah saja-saja #3-Nak tolong ke tak??

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bersyukur padamu Ya Allah. 2nd posting is just started,yesterday. Medicine/Medical posting. Not bad la. Hari first @ semalam time briefing rasa macam alahai medicine lagi susah dari sebelum ni. Lepas tu masuk je wad dah macam kejutan tak berbudaya haha..bukan apa tengok wad penuh gila, bukan je pesakit kat dalam tu, doktor pelatih medikal students penjaga semua berkumpul dalam tu. Rasa macam sesak. Dah tu mula la compare keadaan time praktikal kat teluk intan aritu aman damai gitu huuu~ Padahal time orientasi dah melawat wad2 dan dah tau keadaan wad yg sesak ni. Tapi harini dah ok je, 'mak ok je'. Penuh memang penuh tapi kena pandai cari peluang nak approach patient.Janganlah time doktor tengah buat 'wardround' duk sibuk nak clerk, memanglah kena sejibik kan. Ok dah panjang. Hopefully everything gonna be fine the next day onwards.

.....................................................................................................

Ok tujuan sebenar entry kali ni nak cerita sikit pasal....err

Dipendekkan cerita,lepas exam OSCE dan EOP haritu balik rumah. Kemudian hari ahad balik Klang balik. Naik bas lambat,sengaja ingat boleh sampai awal,tiba-tiba trafik jam kat Bentong,sampai lambat,malam sampai KL. 

Time kat LRT Titiwangsa nak tunggu transit, tiba-tiba ada sorang lelaki tegur.Melayu. Mula-mula tak dengar. Then,tertoleh la. Ingat ke apa, rupanya dia cerita dia baru lepas kena pukau plus rompak kat mana entah. So habis semua laptop dia,dompet sekali kot dan lain2 kena rompak. Tujuan dia panggil EN tu nak mintak sumbangan la kiranya.

Mula-mula tu memang ada niat nak bagi, dalam RM10 ke hehe opss terbagitau pulak. Tapi tanpa ditanya dia cakap dia nak pinjam dalam RM100. Fulamak. What's my response then???

Lepas tu, EN tiba-tiba rasa ragu2. Bukan sebab dia mintak banyak tu,tapi ada sesuatu yg macam mencurigakan kot. Entahlah. Dia macam tau2 EN terbawak duet lebih time tu (berdasarkan cara dia tanya,seram...),selalunya bawak cukup2 untuk tambang je. Kali ni withdraw siap2 nak bayar sewa rumah+UNIFI+duet diner, sebab susah nak cari ATM bank islam kat sini (perlu ke mention :p) . Memang dia cakap akan bayar, tapi bukan mudah nak percaya orang yang tak dikenali. Memang ada rasa nak tolong tapi faham2 je la,banyak jugak tu. Takut benda lain yang jadi. Heee..  Macam yang EN pernah kena dulu. Dah la sorang-sorang time tu.

Lepas tu yang pelik, time dia mintak tumpang orang dtg KL, kenapa dia tak suruh orang tu hantar gi balai polis terus. Kan settle. Boleh hubungi keluarga dia at least. Hmm don't know la.

Lalu, bila sampai je LRT, EN terpaksa berlalu pergi dan meminta maaf kerana tidak 'mampu'(berani) untuk membantunya. Masa dalam train mula lah fikir macam-macam. Rasa bersalah pun ada. Allah nak uji EN ke, sejauh mana EN boleh tolong orang dalam kesusahan. Walaupun orang tu dalam keadaan mencurigakan

Fikir punya fikir lalu terlepas lah satu stesen, Bandaraya. Terpaksa patah balik dari Masjid Jamek, puas nak tukar platform kena pusing jauh. Nasib EN bukan jenis cepat cuak (puji diri sendiri ke,no lah). Apa2 yang terjadi keep calm ok, jangan gelabah. Yang penting yakin Allah sentiasa bersama kita.bila berlaku je perkara2 tak diingini takdelah mental breakdown terus.



Ok tu je la nak share story. What's the points from that? Hmm think by yourself haha...

Malam. Jom study.