=)

Saturday, November 3, 2012

~Masa kita ditarik?

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KEPADA ALLAH.

Selesai sudah satu posting. PRIMARY CARE. Fiuhhh. Tapi baru hantar logbook, case-write and report. Exam dengan OSCE nya belom lagi cik EN oii. Jgn duk abaikan terus, lagi 4minggu OSCE, dah la time tu tgh posting psychiatry. Tak taulah macam mana. Nak fokus yang mana satu tak tau skrg ni.

Tadi dah start kelas Psychiatry. Ok fine. Sabtu pun ada kelas. Ingat lepas abes satu posting boleh la nak rehat sebentar. Jangan berangan la cik EN, awak tu bukan lagi budak BMS, yang boleh duduk ber'facebook' 'twitter' 'runningman' macam dolu-dolu. 

Apa yang EN perasan sekarang, masa berlalu memang pantas gila. Tak sempat nak pejam celik, dah weekend sekarang. Ok tipu. Mana boleh tak pejam n celik.


Tiba-tiba cakap pasal masa, EN ada search dan terjumpa beberapa teori pasal masa.
  1. Kepanjangan masa yang di lalui oleh setiap manusia adalah berlainan.
  1. Masa adalah satu medium. Lain tempat, lain kelajuan masa yang berjalan. 
  1. Kalau kita dapat bergerak lagi laju dari kelajuan cahaya, kita boleh pintas waktu. (Future)
  1. Bila buat perkara lalai, Allah tarik 'masa' yang ada kat k
  2. ita.


Ok, untuk teori keempat tu memang EN rasa betul je. Cuba kita renungkan. Pernah tak kita rasa, bila kita buat perkara melalaikan atau tak berfaedah rasa macam masa berlalu cepat sangat. Contohnya bila kita nak buat kerja, sambil tu kita berfacebook atau main game, tengok-tengok jam dah lewat. Padahal kita rasa baru je bukak. 

Berbanding bila kita buat ibadah macam sembahyang, berzikir atau mengaji. Masa berlalu lambat. 

Actually, pernah tak kita fikir, sebenarnya bila kita buat benda yang melalaikan, Allah dah tarik sebahagian waktu supaya ianya habis macam tu je? Dan bila kita buat ibadah, Allah lambatkan masa supaya kita boleh buat lagi ibadah dengan banyak.


Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Maksudnya: ''Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah berlaku peredaran yang terlalu singkat umpama setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan sejam dan sejam bagaikan sekelip mata. - Riwayat Ahmad

Ada juga berpendapat, bila seseorang tu rasa masa selalu tak cukup atau masa terlampau cepat berlalu, sebenarnya dia tak ada keberkatan masa. Disebabkan dia banyak buat maksiat.

Ok selamat merenung. Opss teori diatas EN ambil kat satu blog ni. Boleh berkunjung kat situ untuk maklumat lebih lanjut. Credit tu tuan punya blog.