=)

Sunday, November 25, 2012

~Goodbye psychiatry

Assalamualakum.

Alhamdulillah,dah nak habis first posting. Sekejapnya 2 bulan. Rasa sedih pun ada, nak kena tinggalkan jabatan psychiatry buat sementara waktu ehehh. Posting psychiatry tak disangka menjadi feveret of me for this time hahaha. Bukan apa, sangat relax. Pergi klinik clerk patient yang banyak story dan pelbagai. Kebanyakan cerita dorang memang tak logik,penuh fantasi hehe iyalah dorang kan sakit. Itu semua symptom hallucination, delusion. Kadang-kadang tergelak pun ada, can't help it. Tapi depan patient cover la kan gelak tu. 

Pastu as I said before, doctor-doctor HTAR sangat membantu espeacially yang in charge ktorg, Dr. Chin :)

Next posting, Medicine. Hopefully fine. 

Next week sudah start EOP @ OSCE. Nebes wehh. First time is always like that. Walaupun dah ada briefing sikit pasal exam ni ditambah cerita dari senior tapi still tak dapat nak bayangkan macam mana sebab tak mengalaminya lagi kot. Wait and see. 

Anyway study group sangat membantu. Bahagi topik, buat notes, lepas tu present. It's worth. Save time, study sendiri kadang-kadang tu tak berapa nak masuk. Mengantuklah, itu lah ini lah. Bila kita menyampaikan ilmu dan berkongsi ilmu, In sya Allah ilmu tu akan lebih melekat. Caya ke tidak? Try la. Thanks a lot housemate aka classmate. 

Photo: Books induce psychosis..
Pembahagian topic :]

Ok di akhir kata, selamat berjaya kawan-kawanku sekalian. Dan tidak lupa, Pray for Gaza. Jom berdoa untuk saudara kita di sana semoga mereka sentiasa dilindungi Allah.


This is my journey. In sya Allah :)




Thursday, November 15, 2012

~Hijrah diri

Assalamualaikum....

SALAM MAAL HIJRAH SEMUA :)
DAN SALAM AWAL MUHARAM :)

Macam mana, tadi sempat tak baca Doa akhir tahun dan awal tahun? Harap sempat la kan.

So, excited tak masuk tahun Tahun baru  Islam? Sekarang dah tahun 1434 hijriah. Bersyukur kepada Allah sebab kita masih dapat menempuh hari baru. Harap-harap semua tahu maksud awal Muharam dan Maal hijrah, InsyaAllah. Bagi yang tak tahu,silalah ambil tahu sebab ia salah satu peristiwa penting dalam sejarah Islam. 

Jadi-jadi selain tahu maksudnya, apa lagi yang kita boleh buat. Hehe. selalunya masa tahun baru Masihi kita sibuk nak perbaharui azam lah, nak ada matlamat lah kan. Sebenarnya kita boleh buat semua tu lebih awal, nak tunggu new year lambat 'sikit' lagi. Kita orang Islam, so tahun baru kita adalah bila masuknya 1 Muharam, bukan 1 Januari. Betol tak? 

Tapi apa-apa pun, perkara pertama yang kita boleh buat ialah perbaharui niat. Niat kerana Allah. Biar apa pun niat kita (ke arah kebaikan) mestilah kerana Allah. Jika tak macam sia-sia je lah. 

Ok-ok kat bawah ni tips untuk hijrahkan diri.




Boleh lah hijrahkan diri mulai esok. Buat secara perlahan-lahan pun tidak salah, asalkan hari demi hari ada perubahan(ke arah kebaikan) yang kita lakukan pada diri sendiri.

Baiklah, kat bawah ni pulak petua untuk menyenangkan hati.



Selamat beramal ye kawan-kawan. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah. Amin.



Monday, November 12, 2012

~Santai Jom

Assalamualaikum...

Just wanna share few songs. Can listen to them while relaxing. Santai gitu.



JUNIEL FT YONGHWA- MY FIRST JUNE / FOOL


TASHA MANSHAHAR - BE MINE (official mv)

BRUNO MARS - TODAY MY LIFE IS BEGIN


JASON MRAZ - I WON'T GIVE UP

G-FRAGON - MISSING YOU


Recommendation:

Kalau nak dengar lagu santai KOREA boleh try search artis/group2 ni:
-JUNIEL
-BUSKER BUSKER
-URBAN ZAKAPA
-10CM
-YOUNHA
-dan lain-lain

Artis ENGLISH:
-BRUNO MARS
-JASON MRAZ
-COLBIE CALLAIT
-lagi artis yg main gitar espeacially hoho

MALAYSIA:
-YUNA
-AIZAT
-AMIR JAHARI
-search sendirik haha


Santai-santai jugak. STUDY Cik EN!! 

OK plz enjoy the songs :)



Sunday, November 11, 2012

~Psychiatry :)

Assalamualaikum...

Memasuki minggu kedua untuk posting psychiatry.

Minggu pertama boleh dikatakan best. Interesting. Doktor2 kat klinik sangat baik, membantu especially Dr. Chin yg incharge kitaorg. 

Patient biasa dan patient psychiatry berbeza. Dulu-dulu dalam otak mesti fikir psychiatry ni untuk orang sakit jiwa je. Tapi sebenarnya bidang ni pasal penyakit yang berkaitan dengan otak. Antara penyakit 'famous' schizophrenia, bipolar disorder, dementia(nyanyuk) dan delirium (meroyan). For more information ask Mr. Google.


Seronok jugak buat history taking kat patient psy. Ada yang bagi kerjasama ada yang tak. Best melayan dorang. Tapi kalau terlebih layan ke laut pulak. 

Itu je lah kot nak kongsi. Nanti update lain.


.....................................................................................................


Remember Allah will never let you down. :)




p/s: Apasal entry arini macam skema je. Hmmmm...




Saturday, November 3, 2012

~Masa kita ditarik?

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KEPADA ALLAH.

Selesai sudah satu posting. PRIMARY CARE. Fiuhhh. Tapi baru hantar logbook, case-write and report. Exam dengan OSCE nya belom lagi cik EN oii. Jgn duk abaikan terus, lagi 4minggu OSCE, dah la time tu tgh posting psychiatry. Tak taulah macam mana. Nak fokus yang mana satu tak tau skrg ni.

Tadi dah start kelas Psychiatry. Ok fine. Sabtu pun ada kelas. Ingat lepas abes satu posting boleh la nak rehat sebentar. Jangan berangan la cik EN, awak tu bukan lagi budak BMS, yang boleh duduk ber'facebook' 'twitter' 'runningman' macam dolu-dolu. 

Apa yang EN perasan sekarang, masa berlalu memang pantas gila. Tak sempat nak pejam celik, dah weekend sekarang. Ok tipu. Mana boleh tak pejam n celik.


Tiba-tiba cakap pasal masa, EN ada search dan terjumpa beberapa teori pasal masa.
  1. Kepanjangan masa yang di lalui oleh setiap manusia adalah berlainan.
  1. Masa adalah satu medium. Lain tempat, lain kelajuan masa yang berjalan. 
  1. Kalau kita dapat bergerak lagi laju dari kelajuan cahaya, kita boleh pintas waktu. (Future)
  1. Bila buat perkara lalai, Allah tarik 'masa' yang ada kat k
  2. ita.


Ok, untuk teori keempat tu memang EN rasa betul je. Cuba kita renungkan. Pernah tak kita rasa, bila kita buat perkara melalaikan atau tak berfaedah rasa macam masa berlalu cepat sangat. Contohnya bila kita nak buat kerja, sambil tu kita berfacebook atau main game, tengok-tengok jam dah lewat. Padahal kita rasa baru je bukak. 

Berbanding bila kita buat ibadah macam sembahyang, berzikir atau mengaji. Masa berlalu lambat. 

Actually, pernah tak kita fikir, sebenarnya bila kita buat benda yang melalaikan, Allah dah tarik sebahagian waktu supaya ianya habis macam tu je? Dan bila kita buat ibadah, Allah lambatkan masa supaya kita boleh buat lagi ibadah dengan banyak.


Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Maksudnya: ''Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah berlaku peredaran yang terlalu singkat umpama setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan sejam dan sejam bagaikan sekelip mata. - Riwayat Ahmad

Ada juga berpendapat, bila seseorang tu rasa masa selalu tak cukup atau masa terlampau cepat berlalu, sebenarnya dia tak ada keberkatan masa. Disebabkan dia banyak buat maksiat.

Ok selamat merenung. Opss teori diatas EN ambil kat satu blog ni. Boleh berkunjung kat situ untuk maklumat lebih lanjut. Credit tu tuan punya blog.