=)

Monday, September 10, 2012

~Tersesat malu bertanya

Assalamualaikum..


Yeahhh...keyboard baru. Alhamdulillah akhirnya boleh la EN menyambung kerja penulisan di blog ni. Nasib tak mahal sangat tukar keyboard ni, daripada tukar laptop lagi mahalkan. Gua tak mampu beb.

Dikesempatan ini mau cerita sedikit pengalaman ngeri EN tersesat nak pergi OU. ehe bukan sesat pun sebenarnya, salah turun tempat je pun. 

Ceritanya bermula begini:

Permulaannya, kawan EN cik Saidah ajak teman dia pergi KL beraya di rumah mak sedaranya hari Khamis lepas bersamaan 30 hb Ogos sehari sebelum menyambut Hari Kemerdekaan akan tetapi last minit ajak so macam malas mau pergi. So, bagi tidak menghampakan permintaan cik Saidah EN pun bercadang untuk pergi hari Sabtu tu. Mula2 ingatkan macam malas nak pergi tapi oleh kerana kebosanan di rumah maka EN pun pergi jua.

Malam sebelum tu search la dalam internet laluan2 yang perlu diambil untuk pergi ke One Utama dari KL. Sebelum ni pergi OU dengan kereta je bersama Kak Adnin so tak pernah gi sana naik bus so memang tak tahu macam mana nak pergi. 

Ada beberapa pilihan atau cara nak gi sana, bagi yang mahu menaiki kenderaan awam. 

Dari Stesen bus pekeliling: 

LRT Titiwangsa(Laluan Ampang)--> LRT Masjid Jamek --> LRT Pasar seni (Tukar laluan Kelana Jaya) 

Kemudian dari pasar seni naik bus rapid U88 ke OU 

Ni cara laluan yang paling senang kot, laluan lain sila cari sendiri haha...

Lama jugak perjalanan dari Pasar seni ke Damansara, hampir sejam. EN terlepas tempat nak turun ke OU dan terpaksa patah balik naik bus rapid lain. Actually tak sure nak turun mana. Haha padan muka nak sangat jalan2. Sebenarnya ada lagi halangan2 nak sampai sana, tapi taknak cerita malu huhu.. Tapi Alhamdullillah akhirnya ketemu juga EN sama kawanku Saidah dengan selamat walaupun selama perjalanan tu cuak jugak al-maklumlah berseorangan.

Sepanjang hari kami ber'window shopping' di sana. Jalan2 sampai melecet kaki, nak sangat jalan amekkaw. Takde mende sangat nak beli so pulang dengan tangan kosong. 

Dari kiri: Miss EN, Cik Saidah, Cik Salmah (Tandas OU daebak huhu)
Hyun jung oppa. 

Man U? p/s:apasal EN nampak gemuk.
 
Tujuan gi KL pun nak beli hard disk, tapi kat kedai2 biasa sure2 mahal sikit. Kebetulan yang tak disangka EN ternampak banner "IT fair di Mid Valley dari 31/8-2/9" semasa menaiki bus. So Lucky. Jadi keesokan harinya ke sana lah kami. Malam tu tumpang tidur di rumah mak sedara Saidah. Hahh lupa, sempat lah berkenalan dengan kawan baik Saidah semasa di Form 6, Cik Salmah. Baik orangnya. Gembira bertemu kamu. 

Di Mid Valley... hooray dapat apa yang dikehendaki di IT FAIR itu dengan harga yang amat berpatutan. Dipendekkan cerita, setelah membeli belah barangan eletronik maka kami pulang. Tetapi kami berdua tidak bernasib baik sebab tiket bus ke Kuala Lipis habis. Tiket bus eskpress ke Pahang kebanyakannya dah sold out, tak sangka pulak. Lupa sebab orang nak balik dari menyambut kemerdekaan di ibu kota.

Last2 naik bus loncat2. Alhamdulillah dapat naik. Ok itu sajalah.


.............................................................................................

Fuhhh interview minggu depan tapi satu pun tak prepare. Tak tahu nak prepare apa. Doakan EN berjaya. 

Sekian.