=)

Saturday, September 15, 2012

~Tanda kita sukakan seseorang 2

Assalamualaikum...

Sebelum ini EN ada buat entry yang sama kat atas kan. So sekarang nak sambung.

Kali ni nak cakap tanda-tanda tu dari sudut pandangan EN, iaitu apa yang  pernah dirasai bila menyukai seseorang ahakss, gatai no.

...........................................................................................................................

Pertama : Jantung tiba-tiba rasa dupdap2. walaupun baru kali pertama jumpa. Kira macam jatuh tangga ehh jatuh cintan pandang pertama. Cehwah. Tapi bagi yang dah lama kenal, tanda ini juga boleh diguna pakai. Kira macam berdebar-debar bila berjumpa atau berkata2 dengan si dia.


Kedua : Percakapan jadi kucar-kacir. Apa yang kita cuba sampaikan tak tercapai. Haishh susah betol nak susun ayat. Dan apatah lagi bila dia tegur kita secara tiba-tiba. Alahai. Kelu lidah tidak terkata.


Ketiga : Tak boleh pandang muka dia. Tapi sebenarnya kita akan pandang dia secara senyap2. Bila tak ada orang perasan, mata kita sebenarnya tertumpu kat dia je secara halus atau sembunyi. Nak nak kalau kita nampak si dia dari jauh. Spy in action.


Ke-4(ishh malas type no,spe suruh) : Mukanya terngiang-ngiang di kepala. Ia berlaku tak kira masa, tiba-tiba time kita makan si lauk ikan itu berubah menjadi kepala si dia. Jadi kita pun tak lalu nak makan sebab tak sampai hati nak makan kepala dia hahaha,itu sudah menipu namanya. Makan tetap makan. Contoh lain, time kita nak study, mukanya menembusi buku dan kita terpaksa merenung buku itu akan tetapi satu apa pun dalam buku tu kita tak dapat. (ayat tunggang langgang harap boleh terjemah sendiri)


Ke-5 : Rasa cemburu atau jealous. Bila dia didekati makhluk yang sejenis dengan kita (uishh kasar no bahasa, i'm sorry) iaitu dengan kata lain perempuan lain, tiba-tiba kita terjealous sambil hentak2 kaki. Padahal si dia itu bukanlah kepunyaan kita pun atau BF atau suami kita pun. 


Ke-6 : Rasa ingin tahu. Secara tak sengaja kita akan cuba mengorek rahsia si dia dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Interested la konon. Dari hal keluarganya, asal usulnya sampai lah ke jenis darah dia kita nak tahu. Masalahnya,perlukah tahu darah dia jenis apa haa?? 


Ke-7 : Haa sambung sendiri lah. Banyak lagi la kot tanda2 seperti, mandi pun tak basah makan pun tak kenyang walaupun mandi tak basah sebab mandi style P Ramlee.

................................................................................................................................



Yeah this one is right! Our relationship with Allah should be the first!

-Jodoh Pertemuan Ajal Maut ditangan Allah S.W.T. Yang penting bila jodoh kita sudah sampai, walau ditolak bagaimana pun dia tetap jodoh kita maka terimalah dengan seadanya. Apatah lagi maut, memang sekali-kali tidak boleh ditolak. Maka bersiap-sedialah kita dengan amal ibadah bila ajal menjemput kerana itu yang dihisab di akhirat kelak-

Sekian.