=)

Wednesday, September 12, 2012

~Oh DIET!

Assalamualaikum...

Topik hari ini ialah Diet. Tiba-tiba rasa nak diet. Sebelum ni honestly tak pernah fikir nak diet miet ni. Yup i'm satisfied with my body figure ececehh tak sebab sebelum ni berat badan ku masih ideal tapi sekarang?? Huaa....

Tak payah timbang dah tahu yang EN sudah gemok. Tengok pipi lah. Bila ditimbang pulak memang terbukti fakta kegemukan diriku. Semua ini bermula dari time praktikal di Teluk Intan tu. Selama 3 bulan tu memang banyak makan. Hampir setiap hari makan luar, 2 kali sehari. Berbanding sebelum ni, di Shah Alam makan berat sehari sekali je.

Dan sekarang duduk di rumah lagi lah. Ya ampun makan tidur, tidur makan. Mana tak gem nye. Kat Shah Alam ada la jugak exercise nye. Setiap hari berjalan ke kampus, naik tangga gi kelas, kadang2 joging sebab tu boleh maintain.Hehhe iyolah...

Tapi tak pandai lah diet diet ni. Jikalau diterima masuk MBBS nanti (Amin) EN akan kembali kepada rutin harian macam time BMS tu. Itu dah memadai kot. Tak payah nak diet sangatlah.

Nampak tembam tak hehehh

Ok lah. Countdown. Lagi berapa hari je lagi ni mau interview. My preparation adalah baca blog yang ada pengalaman time interview medik. Yup sangat membantu. Kebanyakannya bukan lah soalan akademik tapi soalan pasal diri kita sendiri dan isu semasa. Hopefully interview MBBS MSU nanti pun begitu.

Gudluck kawan2.