=)

Wednesday, August 1, 2012

~Makaroni cheese bersama kentang lenyek

Assalamualaikum...

Sabtu yang lalu, EN turun Shah Alam untuk menghantar final draft thesis. Seperti biasa weekends memang pejabat tutup tapi EN pergi jugak MSU, dah alang2 my parents sudi nak hantarkan. Bukan apa, malas mahu naik bus semata-mata untuk hantar thesis,penat. Sampai je di MSU terus pergi office Dr. Red. Memang tahu dah pintu tu akan berkunci, niat dari awal nak letak thesis tu dekat bawah pintu office tu hehehh. Tapi tiba-tiba jenguk ke dalam office tu macam tengah renovate, tak tahulah kan sebab meja kerusi macam takde. Time tu dah cuak sikit tak tahu nak tinggalkan draft tu kat mana.

Mesej Dr dan Alhamdulillah Dr. reply. Nak tinggalkan draft tu kat IMS dia tak bagi. Dan akhirnya bawah pintu office itu lah jugak draft ditinggalkan. Selesai... Tapi tak berapa nak happy sebab draft tu EN print cincai, warna dipudarkan kononnya nak jimat ink. Tak tau pulak draft tu lah yang akan di'marks'kan untuk thesis. Huaaa takpe harap Dr. menilai isinya jugak.

Sampai Shah Alam sempatlah shopping kat PKNS sekejap. Sebelum tu borong barang kat Tesco. Yayy so kat Tesco la baru dapat beli bahan-bahan nak buat Makaroni cheese ni. Ye la, kat tempat EN susah benar nak cari cheese, setakat cheesedale tu ada la.

Ok lah. Moh lihat resepi.

Eh sebelum tu ni la rupanya.




Bahan-bahan:

Kentang lenyek (sebagai based)

1. Kentang 4-6 biji (direbus dulu)
2. Lada hitam
3. Garam
4. Serbuk Cheese nachos (tak letak takpe)
5. Susu air (sikit je)
6. Tepung gandum 

Makaroni (digoreng)

1. Ayam (dicincang halus)
2. Lada besar 2 biji
3. Bawang besar 1 biji
4. Bawang putih 2 ulas
5. Garam
6. Lada hitam dan lada sulah
7. Makaroni (direbus dahulu)
8. Daun sup
9. Pes tomato dan sos tomato

Topping 

1. Parmesan cheese
2. Mozarela cheese
3. Susu cair
4. 4 biji Telur
5. Daun sup

Cara-cara:

Kentang lenyek

1. Kentang yang sudah direbus dilenyek. Kemudian masukkan kesemua bahan2 seperti lada hitam, garam dan lain2. Gaul sehingga sebati. Ketepikan dulu.

Makaroni goreng

1. Panaskan minyak.Tumiskan bawang besar dan bawang putih. 
2. Setelah naik bau masukkan daging ayam. Kacau.
3. Kemudian masukkan pes tomato dan sos tomato. Kacau sebati.
4. Taburkan serbuk lada hitam, lada sulah, garam.Kacau sehingga ayam masak.
5. Masukkan lada besar dan kacau sedikit.
6. Letakkan makaroni yang telah direbus ke dalam kuali dan kacau sebati.
7. Last sekali masukkan daun sup untuk menambah rasa.

Makaroni cheese bakar

1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius.
2. Sediakan dulang pembakar dan sapukan sedikit marjerin pada sekeliling tu.
3. Kentang lenyek tadi diletakkan dulu pada dasar dulang dan ratakan.
4. Taburkan cheese parmesan meliputi kentang. 
5. Kemudian, letakkan makaroni goreng tadi dan ratakan.
6. Pukul telur bersama susu cair dan tuang ke dalam dulang.
7. Bakar separuh masak.
8. Keluarkan sebentar dan taburkan cheese mozarela dan daun sup. Bakar sebentar lagi. Dan siap.




Agak rumit jugak. Kentang lenyek tu tak letak takpe, itu EN saja je modified. Mula-mula nak buat lasagna tapi lasagna kat Tesco tak de tanda halal so waswas nak beli.  Ok, Selamat mencuba.


p/s: Hari ini untuk berbuka mahu masak Keow teow kungfu. Waccaaa!!