=)

Tuesday, July 24, 2012

~Bubur pulut hitam

Assalamualaikum


This bubur is one of my favorite. Slrppp....

Resepi bubur pulut hitam

Bahan-bahan:

1. 2 cawan Pulut hitam
2. 1 cawan gula perang
3. 1/2 cawan gula pasir (kalau nak manis boleh tambah lagi)
4. 1 cawan santan cair
5. 1/2 cawan santan pekat
6. 2 helai daun pandan
7. Air (untuk rebus pulut hitam)

Cara-cara:

1. Rebuskan pulut hitam terlebih dahulu sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan santan cair, gula perang, gula pasir dan kacau. Biarkan mendidih seketika.
3 Masukkan daun pandan untuk menambahkan aroma.
4. Setelah mendidih, tambahkan santan pekat. Kacau sehingga mendidih untuk mengelakkan santan berketul.


Resepi ni sukatan dia pakai agak je. Untuk sukatan yang lebih tepat sila Google hehe.

Selamat mencuba :)

p/s: Frust  beb, Malaysia kalah kepada Arsenal pada minit2 terakhir. Rugi gila!!