=)

Tuesday, July 24, 2012

~Bubur pulut hitam

Assalamualaikum


This bubur is one of my favorite. Slrppp....

Resepi bubur pulut hitam

Bahan-bahan:

1. 2 cawan Pulut hitam
2. 1 cawan gula perang
3. 1/2 cawan gula pasir (kalau nak manis boleh tambah lagi)
4. 1 cawan santan cair
5. 1/2 cawan santan pekat
6. 2 helai daun pandan
7. Air (untuk rebus pulut hitam)

Cara-cara:

1. Rebuskan pulut hitam terlebih dahulu sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan santan cair, gula perang, gula pasir dan kacau. Biarkan mendidih seketika.
3 Masukkan daun pandan untuk menambahkan aroma.
4. Setelah mendidih, tambahkan santan pekat. Kacau sehingga mendidih untuk mengelakkan santan berketul.


Resepi ni sukatan dia pakai agak je. Untuk sukatan yang lebih tepat sila Google hehe.

Selamat mencuba :)

p/s: Frust  beb, Malaysia kalah kepada Arsenal pada minit2 terakhir. Rugi gila!!



Thursday, July 19, 2012

~Puding roti marble

Assalamualaikum...

Baru je selesai menyediakan puding roti marble yg tidak indah di mata tapi indah di perut hoho hopefully.

Macam bentuk kura-kura pun ada...


Untuk resepi sila search sendiri di google. Jahatnya kamu. Bukan apa time search resepi tu tengok mmg kat blog2 tu guna resepi yg satu tu je, so pilih lah mana2 blog untuk di klik.

Mak sedang sibuk membuat kuih talam berlauknya di dapur. Maklumlah esok ada jamuan besar-besaran sebelum menyambut bulan Ramadhan di sekolah beliau. Nak join boleh?

Oh oh esok dah start solat tarawikh kan. Alhamdulillah. Lusa dah start puasa. Alhamdulillah lagi.

Baiklah papai...


Wednesday, July 18, 2012

~I am a princess :p

Assalamualaikum....


NEVER KNEW I NEEDED: The princess and the frog soundtrack.:)

Baru nak tengok cerita "The princess and the frog" ni kat Disney channel.Ketinggalan ok. 

Yeah I like fantasy story. Cinderella, Snow white, Rapunzel and so on. Princess story. Is not that I want to be a princess anyway, but just I love to watch it. When LOVE rules at the ending and defeat bad power. Happy ending. That kind of things, I like.


hehehh Disney's princess character 

But still I want to imagine: I being a princess. Evil power suddenly create troubles. Then, a prince come and save me. Married him, we live happily ever after. Hmmm I just can imagine but it not gonna happen right. Anyway, Which princess character suits me? What? Any of them? Oh nope la *blushing* haha. Ok ok I stop.

........................................................................................................


Boringggggg.........


Bila duduk kat rumah TV la jadi sahabat. Huhu ok gurau. TV dan laptop sebenarnya. Waktu siang tgk TV sampai lebam, siap ada schedule lagi. Jam ni tgk cerita ni, seterusnya tgk cerita ni,bersambung-sambung.  Semua channel pasang, yg paling top of cors la KBS tv hohoho. Malam pulak menonton lagi online, di laptop pula. Tidur lewat. Insaf insaf lah cik EN. Buat lah kerja yg lebih bermakna. 

Think think. What should I do to spend this free time. 

Puasa=Ibadah. That's the best answer I guess. All da best miss EN :)


p/s: Nampaknya, setiap hari lah EN akan update blog nih. Bersiap sedialah. 





Tuesday, July 17, 2012

~Countdown to Ramadhan al-Mubarak

Assalamualaikum....

Draft thesis sudah dihantar. Sekarang goyang kaki sebentar.

Ya 3 hari dari sekarang, InsyaAllah kita akan menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.

Sekejapnya masa, rasa baru lagi menyambut bulan Ramadhan untuk tahun 2011. Rupanya setahun dah berlalu. :) So fast.

Tak bersedia lagi nih. Ayuh buat persiapan.




Persedian...


Azam puasa tahun 2012:

1. Puasa penuh. :)
2. Khatam al-Quran :)
3. Solat Tarawikh tak tinggal :)
4. Makan secara bersederhana :)
5. Tingkatkan ibadah yg lain :)
6. Kurangkan buat perkara tak berfaedah :)



Bukan tahun baru je nak ada azam. Setiap perkara yg kita buat mesti kena ada azam atau matlamat yg nak dicapai. Betoi tak.

Lastly, semoga Ramadhan tahun ini penuh dengan rahmat yg maha Esa. Semoga kita dipanjangkan umur supaya dapat merasa nikmat di bulan Ramdhan tahun ini.

Daaa.


Thursday, July 12, 2012

~Gembira hanya untuk sementara.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selesai sudah presentation thesis. Don't be too relax.. Masih ada kerja yg perlu disiapkan. Ya, thesis perlu dihantar dalam masa...xtau lagi. Satu lagi good news:"Submission untuk draft thesis di'postpone' ke hari isnin." Yipee yipee yay yay!!




<Pencilop gambar sudah kembali> Macam biasa gmbar di bawah dicilok dr FB.........

Muka happy, lega presentation yg mengerikan sudah selesai.


Judges tak rasmi dibelakang....


Last photoshoot. Hopefully not.


Terima kasih semua! Semuga berjumpa lagi. Hari raya jemput dtg rumah. Selamat Tinggal.


p/s: Off to Pahang again. Penghargaan kepada Cik Atiqah kerana bagi tumpang rumah beliau sepanjang persiapan Thesis presentation dan Viva. Daa.






Monday, July 9, 2012

~Everyone is unique in their own way

Assalamualaikum...


~Everyone is unique in their own way :) (copy balik tajuk)

Be ourselves is the best way to live our life happily. 

p/s: Gudbye my home,  I have to leave you again, but don't worry I'll comeback soon. Wish me luck. I really have not much confident to stand in front of people and talk. I'm really bad with it. Help me!! Bye Bye.







Friday, July 6, 2012

~Family Day 2012

Assalamualaikum....

Alhamdulillah relax sebentar selepas tamatnya interview, VIVA. Walaupun Viva ku sudah semestinya hancus. Tak prepare langsung. Logbook dan report pun siapkan last minit pukul 5 pagi tu baru siap bebb! Semua ini gara2 daku pergi bercuti pada waktu yg tidak sepatutnya full stop

~~~Family Day at De Rhu Beach Resort~~~






Uuuuuu first sekali kat De Rhu ni terdapat swimming pools yg berbagai2. Kalau tak silap ada 3 ke 4 swimming pool, untuk kanak2, beginner, yg pro berenang ala2 ikan duyung sedalam 9 kaki. Hopefully fakta tu betoi la,if not malu den. Itulah salah satu tarikan Resort ni kot, tourists lagi suka mandi dalam swimming pools ni dari mandi laut yang hanya terletak bersebelahan darinya. Tak percaya sila lah datang. :p


Cik Ijah: oihh dlm kolam ni ada tangga rupanya,nasib dorg tak buat escalator sekali kat dalam ni.

Future atlet perenang negara, Adek Airin. Suka benor dia pada ayor.



~DINNER + BOWLING~

Sebelah malamnya ada sedikit dinner di tepi swimming pool,romantik gitu bertemankan angin bayu yang bertiup kencang. Seriously, angin kuat gila mlm tu. Sayangnya tak tangkap gambar pula time tu. Cik Ijah siap dapat award, pakaian paling glamour kategori 12 tahun yg pakaiannya disponsor oleh EN.






Mat Wan : Waaw byk juga score gua walaupon first time main bowling. Bakat semula jadi kot ni.


Puan Anizun: Emmm boleh tahan. 


Cik Ijah: Ringan je bola ni macam pegang buah kelapa.



~SUKANEKA~

















Juara baling belon air jatuh kepada, Mat Wan Bajet dan pasangannya.



~PANTAI TIME~

Welcome...

Tapak kaki sulaiman??



Oh terangnya dunia ku. Silau gitu

Errr





Oh Encik Zul yang akhirnya muncul. Terpaksa pergi ke kursus pada saat akhir di Cherating. Nasib la berdekatan jugak dengan tempat Family Day ni. It would be great if you can join us together. Sob sob.



Ok lah ok lah. Malas dah. Siapkan thesis tu!!!! This is a warning!!!
Tapi Harry Potter??

p/s: Rasa best dapat berjumpa semula dengan cikgu lama walaupun berapa kerat je cikgu yang dikenali. Dapat berjumpa dengan kawan lama, junior2. Glad to see them walaupun malu2 siput nak bertegur. Maklumlah dah lama tak ketemu. Maafin saya dong.



-End for now-