=)

Thursday, February 23, 2012

~FYP a.k.a research project- Imam muda Ashraf??

Assalamualaikum...

Uhuk uhuk* batuk jap,blog ni mcm dah berabuk, dah lame tak update. Biasa lah bzy woman bwekk :p ehh tak actually sejak dua menjak ni tak tau apa nak kongsi pon disamping mmg agak bzy, sebagai pelajar tahun akhir mmg lumrah nya begitu lah kan.

Oh pasal my research project, atau yang budak IPTA panggil FYP tu kan kan, sangat-sangat mengecewakan pada mulanya. Apa tak nya, orang lain semua dah start distribute questionnaire, EN masih satu habuk kertas pun tak edar lagi. Salah siapa kah ini?


Huuu entahlah, procedure yang sangat merumitkan. Like I told before, kena buat kat sekolah kajian ke atas guru2. So terpaksalah mintak permission dari KPM. Alrite yang tu dah lulus. Alhamdulillah semalam dapat feedback dah di approvekan. Setelah call pihak mereka beberapa kali. Syukur lah.

Then tadi pergi JPS (Jabatan Pendidikan Selangor) pulak nak mintak permission masuk sekolah. Hadoii kena tunggu lagi, 27 hari katanya. Macam ni tak tahulah bila boleh edarkan questionnaire itu. Bayangkan 600 copy kena bagi kat cikgu2. 

Tapi apa2 pun kena bersabar sikit lah kan. Hopefully lepas JPS approve nanti, semua boleh settle dengan cepat. Amin. Tak lama lagi nak praktikal pulak, mesti lagi bzy. So, kena settlekan before that laa. Alhamdulillah ada Ila, Ainul, yang sama-sama akan edarkan soalan2 tu nanti. Terima kasih jugak kat Kak Adnin sudi hantarkan ke JPS tadi. :)

..........................................................................................................................

Cuba teka siapa dia?? huhu

Yup inilah Imam Muda kita Ustaz Ashraf. Semalam beliau hadir ke MSU untuk memberi talk di bawah ni.



Memang sesuai dengan gelaran beliau, talk yang diberikan sangat best. Content talk tu sesuai dengan remaja2 sekarang. Ada lawaknya, ada pengisiannya dan perkongsiannya.Sharing... Semoga yang datang semalam dapat manfaat. Sayangilah kedua ibu bapa anda selagi mereka masih hidup dan berbakti lah kepada mereka. Walaupun, kita tak akan mungkin dapat membalas jasa2 mereka terhadap kita selama ini tapi kita masih perlu berbakti kepada mereka selagi termampu. Itulah pesan beliau semalam.

Syabas PMI, teruskan program seperti ini.

.......................................................................................................

Oh kat MSU ada karnival kelab dan persatuan hari ini. Malas mahu pergi Jap lagi ada kelas pulak pukul 4. Presentation?? mahu prepare sikit...

Ok berjummpa di lain waktu. daaa