=)

Wednesday, January 4, 2012

~Kisah saja-saja 2# -Makcik RM10 yang pelik

Assalamualaikum....



Selalu kecik2 mak kita akan pesan. Jangan cakap dengan orang yg tak dikenali. Dalam tv @ radio pun ada iklan tentang ni. So apa kena - mengenanya  hal tersebut dengan tajuk di atas.

Aaaa...panjang ceritanya, melebihi 100 patah perkataan. Jadi mari kita pendekkan.

Ok cerita pendeknya, pada hari jumaat yang lalu, atau tahun lepas bersamaan dengan 30/12/2011, sedang EN menunggu bus untuk pulang ke Pahang, EN didatangi oleh seorang perempuan. Jeng jeng jeng. Kepulangan ke Pahang pada kali ini tidaklah dirancang sama sekali. On the spot. Ok cerita kemudian lah.

Berbalik kepada perempuan itu. Perempuan itu adalah seorang makcik. Nasib baik bukan pakcik ngeee~ Dia duduk disebelah EN. EN pun terpandang lah dia. Lalu dia pun berkata-kata:

MakCik RM10: Adik, tambang pergi Kuantan berapa ya?


EN: Ha? tak tahu la.


MC10: Oh tambang pergi Jengka berapa?


EN: Tak tahu.


MC10: Adik nak pergi mana?


EN: Kuala Lipis.


MC10: Oh tambang ke Kuala Lipis berapa?


EN: RM 14.


MC10: Oh adik boleh tak makcik nak pinjam RM10. Kejap lagi makcik ganti balik.


EN: aaaaaa......


MC10: Tak tadi anak sedara makcik balik dulu. Makcik nak gi Bandar Tasik Selatan.


EN: hA???


MC10: Makcik nak g BTS nanti makcik pulang balik. Tadi anak sedara makcik balik dulu.

(ohhhh dah tadi kenapa dia tanya pasal Kuantan semua tu detik hatiku. hoho)

MC10: Takpe nanti makcik bagi balik. Pinjam RM10. Bagi no telefon adik. 

(Lalu dia mengeluarkan kertas dan pen)

MC10: Berapa no telefon? 019???


EN: 013-4****** (dengan nak tak nak nya)


MC10: Nama apa?


EN: Ili.


MC10: hA???? apa (reaksi biasa orang, lepas EN bagitahu nama.)


EN: Ili!!


MC10: Ha?? EE macam ni. Macam ni ke?


EN: Ha'a (Anggukkan je walaupun ternyata salah)


MC10: Nama apa macam ni. Nama penuh apa??


EN: Nur Ili (  dalam hati macam dah cuak je, takut jugak.)


MC10: Tambang gi Kuantan berapa? 


EN: Saya tak tahulah makcik saya bukan nak gi sana.


MC10: Adik nak gi mana?

 (Dalam hati sedikit bengang. Dan tertanya2. makcik ni betul tak. Ulang benda sama. Bukan tadi nak gi tempat lain)

Ada lagi dia tanya apa ntah, malas mahu tulis.

MC10: Jum lah adik kita pergi beli tiket.


EN: mmmmmmmmmmmm


(Terus dia bangun menuju ke bus yang EN nak naik. aaaaa malas nye nak ikut. )


MC10: Ni kan bus yang adik nak naik. Makcik nak cepat ni.


EN: Ehhh makcik kena beli tiket kat kaunter dulu... (salah faham)


MC10: makcik nak gi BTS ni. meh la duet 

La apahal, tadi tanya pasal Kuantan lah itu ini. Tak faham betul la time tu. Tapi EN bagi jugak duet RM10 tu tanpa berfikir panjang. Lepas tu dia laju je pergi dari situ. EN pulak naik bas sambil terpinga-pinga. 

Masa dalam bus barulah terfikir. oH tak mungkin makcik tu akan pulangkan balik RM10 tu. Dalam dompet EN hanya ada RM5 je time tu. Memang selalu bawak cukup2 tuk tambang je pun. 

Bukan apa, kalau makcik tu memang nak guna gila2 duet tu cakap je lah. Boleh lah EN niat sebagai derma atau sebagainya. Ni tak, janji nak bagi balik. Tu yang mengharap jugak. Hoho takpe biar masa yang menentukan. Sekarang EN sudah back to realiti. Maka anggap je lah duet tu sudah menjadi milik makcik itu. Dah rezeki dia. 

Lepas ni, EN cuba untuk tidak bercakap dengan orang yang mencurigakan. Takut jugak, dah la selalu balik sorang2 kat KL tu. Kalau orang mintak tolong InsyaAllah EN tolong.
...................................................................................................................

Oh actually EN balik aritu sebab nak gi klinik. Pagi-pagi tu bangun rasa telinga perit gila, disamping sakit tekak. Lalu tengok kat cermin. MasyaAllah apakah ini haha. Huhu Takdelah. Tengok tonsil besar gila,siap ada macam nanah. eeeee 

Dalam kelas tak boleh tumpu. Terus buat keputusan nak balik. Klinik kat Shah Alam kan ada? Tak mau, nak pergi ngan mak jugak hahaha. Takut jadik apa-apa kan. 

Maka ber'New Year' lah di rumah.

Tak terlambat lagi kan nak ucap

Jom pasang azam baru tuk tahun baru ni. Moga tahun 2012 ni lebih berseri dan bermakna serta lebih diberkati Allah.

 Study time!! Nite.