=)

Monday, January 16, 2012

~Last sem-Happy @ busy

Assalamualaikum...

Tajuk kita pada hari ini ialah berkaitan dengan errr masalah rumah tangga. Eh bukan bukan, tak layak lagi nak cakap pasal semua tu, kawen pon tak lagi. Adoyai. Dah teringin ke?? Oh belom belom. Takde calon dan paling penting  tak matang lagi. :p

Baiklah, sekarang EN sudah di semester akhir untuk BMS ni. Jadi, macam biasa sem akhir sangat sinonim dengan research projek atau thesis. Setakat ni semuanya tak berjalan lancar sangat. Research projek EN bertajuk 'Preavalence and practice of smoking among secondary school teacher in Shah Alam'. Tengok, teacher @ cikgu. Macam mana tu nak bagi questionnaire kat depa.

Agree! (selingan)

Yup, procedure dia macam leceh bebenor je nak pergi jumpa cikgu2 kat Shah Alam. Tadi baru je gi PPD Daerah dot dot dot(lupa daerah apa) kat Seksyen 19. Ingat kan dah terus boleh settle memandangkan  dah print proposal serta ada surat dari fakulti bagai. Nasib baik tak buat sorang-sorang, kami bertiga iaitu EN, Ila dan Ainul akan edar questionairre ni bersama-sama. Macam lega sikit. Nak kena edar 600 lebih tu beb, kalau sorang2 alamatnya jawab sendiri jelah mende tu.

Lepas tu tadi dapat berita kena apply permohonan buat research kat sekolah secara online. Memang mula2 rasa macam senang sikit kan, tak payah gi hantar application kat tempat sepatutnya, just isi dan click hantar. Tapi jeng jeng jeng...sistem web untuk nak apply tu macam bermasalah. Macam-macam. Hope next try boleh settle. 

Tak baik merungut...orang lain mungkin ada yang lagi susah. Kena buat kat kilang2, kawasan apartment @perumahan, tak ke lagi rumit tu kan. Apa-apa pun, EN berharap semua kawan2 se'batch' dapat mengharungi liku2 sepanjang sem last ni.

Ha'a lagi satu, tempat praktikal masih samar2 lagi. Sudah hantar permohonan untuk hospital government tapi tak kompem pun boleh dapat tak. Cuak. Harap dapat mana hospital, private pulak tak settle lagi.  


Beginilah kehidupan seorang pelajar di sem akhir. Kadang2 bzy kadang2 tak tahu nak buat apa bila ada masa free. Apa-apa pun kena bersyukur sebab dah nak habis belajar pun, tahun ni jugak InsyaAllah konvo. Ye ke? Dengar cerita begitu lah. Amin. 


p/s: birthday mak tak lama dah weh. mak nak apa ye,kakak tak tau nak bagi apa. dah beli dah something tuk semua. it should be enough kot. heee. ha'ah befday mat wan sekali(my bro). bagi seposen cukup kan beli cekelat. :p