=)

Saturday, January 21, 2012

~Bawal SweetSour Hot

Assalamualaikum...

Wahhh makanan lagi tajuk kita ye...Alrite hari ini resepi ikan bawal masam manis dan pedas pula.

 Mula-mula, ikan2 yang hendak digoreng perlulah disaluti dengan tepung. Guna tepung berempah atau tepung untuk goreng ayam tu pun boleh. Tapi nak goreng biasa pun tak apa, nak bagi garing sikit je.


Ok selepas itu, panaskan minyak dalam kuali dan bolehlah goreng. Pastikan minyak tu banyak. Nak kasi masak dan garing baru sedap.



Lepas itu, sediakan bahan untuk tumis. Nak masak sweetsour kan. Jadi bahan-bahannya, lada kering (ikut lidah anda,tahan pedas ke tak), bawang putih, bawang merah, halia. Kisarkan bahan2 tu.


Tumis halia yang dipotong panjang2. Halia elok membuang angin dalam badan :). 

Lepas itu, bolehlah tumis bahan yang dikisar tadi. Tumis sampai naik minyak. Pastikan lada masak, nanti sakit perut.

Untuk menambahkan rasa, letak cili sos,garam dan gula secukup rasa. Yea masak pun.


Tuangkan kuah tadi ke atas ikan. Tadaaa. Beginilah hasilnya. Hias dengan daun sup.

Selamat mencuba! 

Alamak,dah jadi blog untuk masak memasak pula. Takpe kan. Cooking is my hobby :)

p/s: today is my mom's birthday. Alamak kena buat special entry ni.