=)

Monday, December 31, 2012

~Kalau salah tolong tunjukkan :)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Hari ini last day 2012. Esok 2013.
Ada yang g sambut tahun baru ke malam ni haha...EN memang bercadang nak join sambutan tahun baru di I-City  Dataran kemerdekaan Shah Alam hari ini, ala yang ada Ustaz Azhar Idrus tu macam tahun lepas, tapi tapi macam tak sempat nak pergi. Lagipun kalau takde orang nak bawak macam mana mahu pergi hoho..




Siapa yang berkesempatan sila lah pergi. Rugi tak pergi.


.........................................................................................

Sedar sedar rupanya EN tak update apa-apa lagi pasal 2nd posting ni. Posting medical kali ini. Sudah masuk minggu kelima, kurang 3 minggu lagi mau exam. Huaa takot meh...

Hari ini kena brainwash lagi dengan Dr. Terima kasih Dr. atas nasihat kalian. Kadang-kadang malu dengan dorang. Ok lah lepas ni akan lebih bersungguh-sungguh.Tu lah bersungguh-sungguh masa tu je, balik rumah dah lupa,masih buat kegiatan lama,berfacebook dan lain2 haishh grrr~


Memang ada kesalahan dan kesilapan semasa kita menuntut ilmu. Teguran dari orang lain bukanlah satu penghinaan tapi ianya untuk kita memperbaiki kesalahan itu. Kita bertuah jika ada orang yang sudi memperbetul kesalahan kita. Berterima kasihlah pada mereka.

Jangan mudah 'down' atau berputus asa. Jadikan ia sebagai motivasi untuk kita pergi dengan lebih jauh. Ramai orang hebat juga belajar dari bawah. Yang paling penting kita jangan sia-siakan peluang yang ada. Jauhi sifat malas. Terima nasihat dan teguran dengan hati terbuka. Dan nasihatlah orang lain juga jika mereka melakukan kesilapan.



Ok selamat tahun baru semua. Semoga 2013 adalah tahun yang sangat bermakna. :)



Sunday, December 23, 2012

~Hanya pada-NYA

Assalamualaikum




::hanya padamu tempatku mengadu
pahit yg kini menyiksaku
aku percaya tiada yg sia-sia
semua kan ada hikmahnya::

Dah lama tak dengar lagu ni. OST Hikmah. Siapa tengok?



::Hanya pada Allah saja aku mengadu:: 
Bukan Facebook,Twitter,Blackberry,Blog dan lain-lain :)
Ingat tu.

Kita sering kali lupa sebenarnya Allah itu Maha mendengar. Jika kita mengadu pada Allah,pasti Allah ada jalan penyelesaiannya. Kerana Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya.Berdoa dan mengadulah pada Allah, kita tidak akan rugi. Hati dan jiwa lebih tenang


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran "(2:186)


Kadang-kadang bila ada permasalahan kita terbiasa untuk mencari manusia untuk meluahkan. Dan apabila rasa tiada orang yang mahu mendengar mulalah rasa susah hati. Tidak perlu susah hati. Allah ada. Sebaiknya carilah ALLAH terlebih dahulu jika ada masalah. Selepas itu pasti hati kita rasa puas dan tenang.





Lain pula jika manusia menjadi tempat mengadu, manusia boleh mendengar tapi tidak semestinya mereka boleh menyelesaikan. Manusia itu lemah. Situasi yang lebih teruk apabila apa yang kita luahkan disalah-ertikan. Ada juga yang menyebarkan pula pada yang lain dan kemudian boleh timbul pula fitnah. Jadi pandai-pandailah memilih orang untuk mendengar luahan kita :)


Bagaimana pula yang sewenang-wenangnya meng'post' semuanya di FB,Twitter,Blog dan lain-lain? Elakkanlah. Ia bukan medium yang terbaik. Apa yang kita post kadang-kadang boleh memporakperandakan hubungan dan hati orang lain. Kita mahu orang memahami hati kita tapi sedarkah bila kita memperkatakan keburukan orang lain secara terbuka ianya juga menampakkan hati kita yang kurang suci. Berbaik sangkalah.


Peringatan untuk semua orang. Dan EN juga. Alhamdulillah setakat ini EN cuba untuk tidak meluahkan apa-apa ketidakpuasan hati atau masalah pada medium yang tak sepatutnya. Keep it to yourself and Allah. EN bukanlah baik sangat tapi cuba menjadi yang lebih baik. Pasti kita berasa sedihkan jika orang lain berkata tentang keburukan kita? Jadi, jangan lakukannya pada orang lain OK? Bagus. Allah,itu lah jawapan bagi setiap masalah kita. 



Hati kita Allah yang jaga :)


p/s : Suka baca post  Dena Bahrin yang terbaru :Hati kita Allah yang jaga.


Saturday, December 22, 2012

~Last BDay

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..bersyukur kepada ALLAH :D

Hampir di penghujung 2012. 2013 akan menjelang tiba.

Hmm What i'm gonna write now...bila dah bukak blog ni takde idea pulak nak tulis, kalo tak macam2 dalam kepala.

Ok lah,minggu lepas EN balik kampung. Saja sebab lepas ni maybe sebulan pulak tak balik, maklumlah banyak event yang kena attend cehh event la sangat. Dan lain sebab of course la nak sambut my birthday ehee...

Instant chocolate sponge cake making by Pn Anizun.
Topping and decoration by Pn Anizun, and the writing by EN :)


Takde la sambut formal pun,macam biasa bakar kek dan buat makan2 in family saja. Kali ni masak mee kari, suggested by EN. Da lama tak makan. Ohh my bro punya birthday sekali sambut je,dekat2 kan. Selalu kalau balik kampung sambut sekali dengan my wan(nenek),kat kampung best sikit la siap buat BBQ bagai. Anyway thanks to my mom sebab selalu sambut harijadi anak2 dia,dan terima kasih bagi hadiah juga. And thanks a lot for bringing me to this world.

Then, i would like to thank Miss Umbut bayas and Miss Afidah sebab sudi buat special entry sempena my birthday. Terharu gitu. Terima kasih sahabat. Walaupun kita jarang berjumpa tapi kalian tetap di hati ku. :)
Terima kasih jugak kepada yg wish kat FB. Oh dan thanks to my housemate jugak for the celebration and surprise.

Ok lah cukup cukup macam bagi ucapan anugerah dah.
........................................................................................................................................


Nak tulis something lagi, takpe lah see y'all in next post :p

Wednesday, December 12, 2012

~Special ke 121212?

Assalamualaikum...


I was here on 12/12/2012

Haha it's just a date and a number. Nothing special right.
But for others it might be a big thing:Wedding,birth date.
Well!


..............................................................................................................................

Sharing is caring


Anda ada masalah hati??
Haa ini ubatnya





:)


Tuesday, December 4, 2012

~Kisah saja-saja #3-Nak tolong ke tak??

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bersyukur padamu Ya Allah. 2nd posting is just started,yesterday. Medicine/Medical posting. Not bad la. Hari first @ semalam time briefing rasa macam alahai medicine lagi susah dari sebelum ni. Lepas tu masuk je wad dah macam kejutan tak berbudaya haha..bukan apa tengok wad penuh gila, bukan je pesakit kat dalam tu, doktor pelatih medikal students penjaga semua berkumpul dalam tu. Rasa macam sesak. Dah tu mula la compare keadaan time praktikal kat teluk intan aritu aman damai gitu huuu~ Padahal time orientasi dah melawat wad2 dan dah tau keadaan wad yg sesak ni. Tapi harini dah ok je, 'mak ok je'. Penuh memang penuh tapi kena pandai cari peluang nak approach patient.Janganlah time doktor tengah buat 'wardround' duk sibuk nak clerk, memanglah kena sejibik kan. Ok dah panjang. Hopefully everything gonna be fine the next day onwards.

.....................................................................................................

Ok tujuan sebenar entry kali ni nak cerita sikit pasal....err

Dipendekkan cerita,lepas exam OSCE dan EOP haritu balik rumah. Kemudian hari ahad balik Klang balik. Naik bas lambat,sengaja ingat boleh sampai awal,tiba-tiba trafik jam kat Bentong,sampai lambat,malam sampai KL. 

Time kat LRT Titiwangsa nak tunggu transit, tiba-tiba ada sorang lelaki tegur.Melayu. Mula-mula tak dengar. Then,tertoleh la. Ingat ke apa, rupanya dia cerita dia baru lepas kena pukau plus rompak kat mana entah. So habis semua laptop dia,dompet sekali kot dan lain2 kena rompak. Tujuan dia panggil EN tu nak mintak sumbangan la kiranya.

Mula-mula tu memang ada niat nak bagi, dalam RM10 ke hehe opss terbagitau pulak. Tapi tanpa ditanya dia cakap dia nak pinjam dalam RM100. Fulamak. What's my response then???

Lepas tu, EN tiba-tiba rasa ragu2. Bukan sebab dia mintak banyak tu,tapi ada sesuatu yg macam mencurigakan kot. Entahlah. Dia macam tau2 EN terbawak duet lebih time tu (berdasarkan cara dia tanya,seram...),selalunya bawak cukup2 untuk tambang je. Kali ni withdraw siap2 nak bayar sewa rumah+UNIFI+duet diner, sebab susah nak cari ATM bank islam kat sini (perlu ke mention :p) . Memang dia cakap akan bayar, tapi bukan mudah nak percaya orang yang tak dikenali. Memang ada rasa nak tolong tapi faham2 je la,banyak jugak tu. Takut benda lain yang jadi. Heee..  Macam yang EN pernah kena dulu. Dah la sorang-sorang time tu.

Lepas tu yang pelik, time dia mintak tumpang orang dtg KL, kenapa dia tak suruh orang tu hantar gi balai polis terus. Kan settle. Boleh hubungi keluarga dia at least. Hmm don't know la.

Lalu, bila sampai je LRT, EN terpaksa berlalu pergi dan meminta maaf kerana tidak 'mampu'(berani) untuk membantunya. Masa dalam train mula lah fikir macam-macam. Rasa bersalah pun ada. Allah nak uji EN ke, sejauh mana EN boleh tolong orang dalam kesusahan. Walaupun orang tu dalam keadaan mencurigakan

Fikir punya fikir lalu terlepas lah satu stesen, Bandaraya. Terpaksa patah balik dari Masjid Jamek, puas nak tukar platform kena pusing jauh. Nasib EN bukan jenis cepat cuak (puji diri sendiri ke,no lah). Apa2 yang terjadi keep calm ok, jangan gelabah. Yang penting yakin Allah sentiasa bersama kita.bila berlaku je perkara2 tak diingini takdelah mental breakdown terus.



Ok tu je la nak share story. What's the points from that? Hmm think by yourself haha...

Malam. Jom study.


Sunday, November 25, 2012

~Goodbye psychiatry

Assalamualakum.

Alhamdulillah,dah nak habis first posting. Sekejapnya 2 bulan. Rasa sedih pun ada, nak kena tinggalkan jabatan psychiatry buat sementara waktu ehehh. Posting psychiatry tak disangka menjadi feveret of me for this time hahaha. Bukan apa, sangat relax. Pergi klinik clerk patient yang banyak story dan pelbagai. Kebanyakan cerita dorang memang tak logik,penuh fantasi hehe iyalah dorang kan sakit. Itu semua symptom hallucination, delusion. Kadang-kadang tergelak pun ada, can't help it. Tapi depan patient cover la kan gelak tu. 

Pastu as I said before, doctor-doctor HTAR sangat membantu espeacially yang in charge ktorg, Dr. Chin :)

Next posting, Medicine. Hopefully fine. 

Next week sudah start EOP @ OSCE. Nebes wehh. First time is always like that. Walaupun dah ada briefing sikit pasal exam ni ditambah cerita dari senior tapi still tak dapat nak bayangkan macam mana sebab tak mengalaminya lagi kot. Wait and see. 

Anyway study group sangat membantu. Bahagi topik, buat notes, lepas tu present. It's worth. Save time, study sendiri kadang-kadang tu tak berapa nak masuk. Mengantuklah, itu lah ini lah. Bila kita menyampaikan ilmu dan berkongsi ilmu, In sya Allah ilmu tu akan lebih melekat. Caya ke tidak? Try la. Thanks a lot housemate aka classmate. 

Photo: Books induce psychosis..
Pembahagian topic :]

Ok di akhir kata, selamat berjaya kawan-kawanku sekalian. Dan tidak lupa, Pray for Gaza. Jom berdoa untuk saudara kita di sana semoga mereka sentiasa dilindungi Allah.


This is my journey. In sya Allah :)




Thursday, November 15, 2012

~Hijrah diri

Assalamualaikum....

SALAM MAAL HIJRAH SEMUA :)
DAN SALAM AWAL MUHARAM :)

Macam mana, tadi sempat tak baca Doa akhir tahun dan awal tahun? Harap sempat la kan.

So, excited tak masuk tahun Tahun baru  Islam? Sekarang dah tahun 1434 hijriah. Bersyukur kepada Allah sebab kita masih dapat menempuh hari baru. Harap-harap semua tahu maksud awal Muharam dan Maal hijrah, InsyaAllah. Bagi yang tak tahu,silalah ambil tahu sebab ia salah satu peristiwa penting dalam sejarah Islam. 

Jadi-jadi selain tahu maksudnya, apa lagi yang kita boleh buat. Hehe. selalunya masa tahun baru Masihi kita sibuk nak perbaharui azam lah, nak ada matlamat lah kan. Sebenarnya kita boleh buat semua tu lebih awal, nak tunggu new year lambat 'sikit' lagi. Kita orang Islam, so tahun baru kita adalah bila masuknya 1 Muharam, bukan 1 Januari. Betol tak? 

Tapi apa-apa pun, perkara pertama yang kita boleh buat ialah perbaharui niat. Niat kerana Allah. Biar apa pun niat kita (ke arah kebaikan) mestilah kerana Allah. Jika tak macam sia-sia je lah. 

Ok-ok kat bawah ni tips untuk hijrahkan diri.




Boleh lah hijrahkan diri mulai esok. Buat secara perlahan-lahan pun tidak salah, asalkan hari demi hari ada perubahan(ke arah kebaikan) yang kita lakukan pada diri sendiri.

Baiklah, kat bawah ni pulak petua untuk menyenangkan hati.



Selamat beramal ye kawan-kawan. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah. Amin.



Monday, November 12, 2012

~Santai Jom

Assalamualaikum...

Just wanna share few songs. Can listen to them while relaxing. Santai gitu.



JUNIEL FT YONGHWA- MY FIRST JUNE / FOOL


TASHA MANSHAHAR - BE MINE (official mv)

BRUNO MARS - TODAY MY LIFE IS BEGIN


JASON MRAZ - I WON'T GIVE UP

G-FRAGON - MISSING YOU


Recommendation:

Kalau nak dengar lagu santai KOREA boleh try search artis/group2 ni:
-JUNIEL
-BUSKER BUSKER
-URBAN ZAKAPA
-10CM
-YOUNHA
-dan lain-lain

Artis ENGLISH:
-BRUNO MARS
-JASON MRAZ
-COLBIE CALLAIT
-lagi artis yg main gitar espeacially hoho

MALAYSIA:
-YUNA
-AIZAT
-AMIR JAHARI
-search sendirik haha


Santai-santai jugak. STUDY Cik EN!! 

OK plz enjoy the songs :)



Sunday, November 11, 2012

~Psychiatry :)

Assalamualaikum...

Memasuki minggu kedua untuk posting psychiatry.

Minggu pertama boleh dikatakan best. Interesting. Doktor2 kat klinik sangat baik, membantu especially Dr. Chin yg incharge kitaorg. 

Patient biasa dan patient psychiatry berbeza. Dulu-dulu dalam otak mesti fikir psychiatry ni untuk orang sakit jiwa je. Tapi sebenarnya bidang ni pasal penyakit yang berkaitan dengan otak. Antara penyakit 'famous' schizophrenia, bipolar disorder, dementia(nyanyuk) dan delirium (meroyan). For more information ask Mr. Google.


Seronok jugak buat history taking kat patient psy. Ada yang bagi kerjasama ada yang tak. Best melayan dorang. Tapi kalau terlebih layan ke laut pulak. 

Itu je lah kot nak kongsi. Nanti update lain.


.....................................................................................................


Remember Allah will never let you down. :)




p/s: Apasal entry arini macam skema je. Hmmmm...




Saturday, November 3, 2012

~Masa kita ditarik?

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KEPADA ALLAH.

Selesai sudah satu posting. PRIMARY CARE. Fiuhhh. Tapi baru hantar logbook, case-write and report. Exam dengan OSCE nya belom lagi cik EN oii. Jgn duk abaikan terus, lagi 4minggu OSCE, dah la time tu tgh posting psychiatry. Tak taulah macam mana. Nak fokus yang mana satu tak tau skrg ni.

Tadi dah start kelas Psychiatry. Ok fine. Sabtu pun ada kelas. Ingat lepas abes satu posting boleh la nak rehat sebentar. Jangan berangan la cik EN, awak tu bukan lagi budak BMS, yang boleh duduk ber'facebook' 'twitter' 'runningman' macam dolu-dolu. 

Apa yang EN perasan sekarang, masa berlalu memang pantas gila. Tak sempat nak pejam celik, dah weekend sekarang. Ok tipu. Mana boleh tak pejam n celik.


Tiba-tiba cakap pasal masa, EN ada search dan terjumpa beberapa teori pasal masa.
  1. Kepanjangan masa yang di lalui oleh setiap manusia adalah berlainan.
  1. Masa adalah satu medium. Lain tempat, lain kelajuan masa yang berjalan. 
  1. Kalau kita dapat bergerak lagi laju dari kelajuan cahaya, kita boleh pintas waktu. (Future)
  1. Bila buat perkara lalai, Allah tarik 'masa' yang ada kat k
  2. ita.


Ok, untuk teori keempat tu memang EN rasa betul je. Cuba kita renungkan. Pernah tak kita rasa, bila kita buat perkara melalaikan atau tak berfaedah rasa macam masa berlalu cepat sangat. Contohnya bila kita nak buat kerja, sambil tu kita berfacebook atau main game, tengok-tengok jam dah lewat. Padahal kita rasa baru je bukak. 

Berbanding bila kita buat ibadah macam sembahyang, berzikir atau mengaji. Masa berlalu lambat. 

Actually, pernah tak kita fikir, sebenarnya bila kita buat benda yang melalaikan, Allah dah tarik sebahagian waktu supaya ianya habis macam tu je? Dan bila kita buat ibadah, Allah lambatkan masa supaya kita boleh buat lagi ibadah dengan banyak.


Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Maksudnya: ''Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah berlaku peredaran yang terlalu singkat umpama setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan sejam dan sejam bagaikan sekelip mata. - Riwayat Ahmad

Ada juga berpendapat, bila seseorang tu rasa masa selalu tak cukup atau masa terlampau cepat berlalu, sebenarnya dia tak ada keberkatan masa. Disebabkan dia banyak buat maksiat.

Ok selamat merenung. Opss teori diatas EN ambil kat satu blog ni. Boleh berkunjung kat situ untuk maklumat lebih lanjut. Credit tu tuan punya blog. 



Sunday, October 14, 2012

~It's hard at first

Assalamualaikum..



Yeah right know I might be feeling like this. Going through a new things is not that easy. Have to adapt to environment. Have to meet many kind of people. Have to learn things quickly. Have to cope nervousness. Have to build self-confident. But slowly I feel eager, knowing that this is my right path I have to move along.

------------------------------------------------------------------------------

First week posting. Apa yang EN boleh katakan, penuh dengan perasaan 'blur'. Banyak yang tak berapa nak faham terutama tentang timetable, presentation, exam. Tapi Alhamdulillah perlahan-lahan semua itu dapat difahami. Biarlah kita bertanya beberapa kali pun pasal benda yang sama, asalkan nanti tak tersasar jauh.

Primary care posting di KK Botanik. First week kat OPD. Dapat lihat macam mana cara Dr. berinteraksi dengan pesakit, cara dorang ambil history taking. Walaupun dah ada experience time praktikal aritu, dapat tambah lagi experience la hehe. Tapi ada perbezaan KK dan klinik di hospital. I think kat hospital lagi best kot :p

Apa yang EN rasa agak susah sikit adalah masa nak approach patient. Untuk clinical presentation kitaorang kena clerk sebanyak patient yang boleh. Kat klinik ni terpaksalah approach dorang nak ambil history taking, Alhamdulillah dengan bantuan kawan2 ok lah.


 Dari kiri, Dr. to be : Khalilah, Atiqah, Izzati, Shiqiin, Ili (EN)


~Ya Allah terangi dan lembutkan hati hambamu, supaya dapatku menerima ilmu mu, supaya dapatku tahu  yang zahir dan bathil, supaya dapatku menerima setiap keadaan serta redha atas segala ketentuanmu. Amin~





Saturday, October 6, 2012

~Entah

Assalamualaikum

Bersyukur pada Allah atas segalanya. Alhamdulillah.

5 hari lepas padat dengan kelas. Introductory klas lebih kurang. Belajar tentang History taking and physical examination. Nampak senang je kan, konon nyalah tapi belum try clerk patient lagi. Nanti nak cakap ngan patient pun tergagap. Adehhh.

Start next week dah kena pergi klinik. Cabaran besar. Year 3 ni kitaorang terbahagi kepada 5 group. EN Group E, and for our group flow ktorg camni:

Primary care&Psyciatric-> Medicine->O&G->Paedriatric

Harap semua dipermudahkan. Amin. Luckily satu rumah satu group bersyukur senang nak gi kelas.

Suprisingly, sekarang EN berada di rumah yahooo!! Sengaja mau balik. Mula2 ingatkan nak settlekan MARA tapi nmpaknya tak boleh jugak ada problem lagi ishhh. Then, alasan kedua nak pergi klinik check kulit muka huhu. Semalam sampai je Lipis terus gi klinik Chung. Nasib bukak lagi.

Dapat lah belajar macam mana doktor amek history taking and me as the patient cehh dan dan je. Tapi sikit je dia tanya sebab penyakit tak kronik. 

My Chief complain : Muka kering dan kemerah-merahan, start 2 mggu lepas
Symptom : Kulit menggelupas dan gatal2 dekat muka
Medical Hx : Pernah sapu ubat panau kat muka 2 minggu lepas. Sapu moisturizer Simple setiap hari
Diagnosis : Allergic to medication?? kot
Management : Krim sapu (tak tahu nama) dan ubat gatal

Tu je kot briefly yang dia ambil. 

Malu je time tu. EN cakap EN sapu ubat panau kat muka sebab owner kedai ubat tu cakap ubat tu boleh pakai untuk hilangkan jerawat. So I tried jelah, ubat tu berangin kat muka macam best pulak. Ubat panau tu actually untuk my bro huhu. Then, Doktor tu cakap first time dia dengar ubat panau boleh pakai untuk jerawat sambil gelak-gelak. Asisstant dia kat tepi pun duk gelak sama. Malu malu. Tulah lain kali nak cuba produk apa-apa tengok lah dulu sesuai tak ngan kulit. Padan muka. Bwek bwek...


Ok ok satu pun tak prepare tuk posting next week. From now on I have to be hardworking. Rajin rajin rajin.







Wednesday, October 3, 2012

~New beginning

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, successfully entered clinical Year of MBBS at MSU. First week, packed with classes. New exposure. New environment, at old campus huhu.

Hopefully, slowly me and my friends can adapt.

Goodluck guyz.

Wednesday, September 19, 2012

Adamu :)

Assalamualaikum.



Interview done. Now waiting for result.

Bersabar ya, apa pun keputusan itulah sebaik-baik keputusan yang telah pun ditentukan oleh Allah SWT. Yakin, Allah tahu apa yang terbaik buat kita.

"Kau berikan ku kekuatan, untuk berpegang pada jalan
                Walau penuh dengan cabaran, kutahu ku adamu Allah"   (Adamu-NL)



Saturday, September 15, 2012

~Tanda kita sukakan seseorang 2

Assalamualaikum...

Sebelum ini EN ada buat entry yang sama kat atas kan. So sekarang nak sambung.

Kali ni nak cakap tanda-tanda tu dari sudut pandangan EN, iaitu apa yang  pernah dirasai bila menyukai seseorang ahakss, gatai no.

...........................................................................................................................

Pertama : Jantung tiba-tiba rasa dupdap2. walaupun baru kali pertama jumpa. Kira macam jatuh tangga ehh jatuh cintan pandang pertama. Cehwah. Tapi bagi yang dah lama kenal, tanda ini juga boleh diguna pakai. Kira macam berdebar-debar bila berjumpa atau berkata2 dengan si dia.


Kedua : Percakapan jadi kucar-kacir. Apa yang kita cuba sampaikan tak tercapai. Haishh susah betol nak susun ayat. Dan apatah lagi bila dia tegur kita secara tiba-tiba. Alahai. Kelu lidah tidak terkata.


Ketiga : Tak boleh pandang muka dia. Tapi sebenarnya kita akan pandang dia secara senyap2. Bila tak ada orang perasan, mata kita sebenarnya tertumpu kat dia je secara halus atau sembunyi. Nak nak kalau kita nampak si dia dari jauh. Spy in action.


Ke-4(ishh malas type no,spe suruh) : Mukanya terngiang-ngiang di kepala. Ia berlaku tak kira masa, tiba-tiba time kita makan si lauk ikan itu berubah menjadi kepala si dia. Jadi kita pun tak lalu nak makan sebab tak sampai hati nak makan kepala dia hahaha,itu sudah menipu namanya. Makan tetap makan. Contoh lain, time kita nak study, mukanya menembusi buku dan kita terpaksa merenung buku itu akan tetapi satu apa pun dalam buku tu kita tak dapat. (ayat tunggang langgang harap boleh terjemah sendiri)


Ke-5 : Rasa cemburu atau jealous. Bila dia didekati makhluk yang sejenis dengan kita (uishh kasar no bahasa, i'm sorry) iaitu dengan kata lain perempuan lain, tiba-tiba kita terjealous sambil hentak2 kaki. Padahal si dia itu bukanlah kepunyaan kita pun atau BF atau suami kita pun. 


Ke-6 : Rasa ingin tahu. Secara tak sengaja kita akan cuba mengorek rahsia si dia dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Interested la konon. Dari hal keluarganya, asal usulnya sampai lah ke jenis darah dia kita nak tahu. Masalahnya,perlukah tahu darah dia jenis apa haa?? 


Ke-7 : Haa sambung sendiri lah. Banyak lagi la kot tanda2 seperti, mandi pun tak basah makan pun tak kenyang walaupun mandi tak basah sebab mandi style P Ramlee.

................................................................................................................................



Yeah this one is right! Our relationship with Allah should be the first!

-Jodoh Pertemuan Ajal Maut ditangan Allah S.W.T. Yang penting bila jodoh kita sudah sampai, walau ditolak bagaimana pun dia tetap jodoh kita maka terimalah dengan seadanya. Apatah lagi maut, memang sekali-kali tidak boleh ditolak. Maka bersiap-sedialah kita dengan amal ibadah bila ajal menjemput kerana itu yang dihisab di akhirat kelak-

Sekian.


Wednesday, September 12, 2012

~Oh DIET!

Assalamualaikum...

Topik hari ini ialah Diet. Tiba-tiba rasa nak diet. Sebelum ni honestly tak pernah fikir nak diet miet ni. Yup i'm satisfied with my body figure ececehh tak sebab sebelum ni berat badan ku masih ideal tapi sekarang?? Huaa....

Tak payah timbang dah tahu yang EN sudah gemok. Tengok pipi lah. Bila ditimbang pulak memang terbukti fakta kegemukan diriku. Semua ini bermula dari time praktikal di Teluk Intan tu. Selama 3 bulan tu memang banyak makan. Hampir setiap hari makan luar, 2 kali sehari. Berbanding sebelum ni, di Shah Alam makan berat sehari sekali je.

Dan sekarang duduk di rumah lagi lah. Ya ampun makan tidur, tidur makan. Mana tak gem nye. Kat Shah Alam ada la jugak exercise nye. Setiap hari berjalan ke kampus, naik tangga gi kelas, kadang2 joging sebab tu boleh maintain.Hehhe iyolah...

Tapi tak pandai lah diet diet ni. Jikalau diterima masuk MBBS nanti (Amin) EN akan kembali kepada rutin harian macam time BMS tu. Itu dah memadai kot. Tak payah nak diet sangatlah.

Nampak tembam tak hehehh

Ok lah. Countdown. Lagi berapa hari je lagi ni mau interview. My preparation adalah baca blog yang ada pengalaman time interview medik. Yup sangat membantu. Kebanyakannya bukan lah soalan akademik tapi soalan pasal diri kita sendiri dan isu semasa. Hopefully interview MBBS MSU nanti pun begitu.

Gudluck kawan2.




Monday, September 10, 2012

~Tersesat malu bertanya

Assalamualaikum..


Yeahhh...keyboard baru. Alhamdulillah akhirnya boleh la EN menyambung kerja penulisan di blog ni. Nasib tak mahal sangat tukar keyboard ni, daripada tukar laptop lagi mahalkan. Gua tak mampu beb.

Dikesempatan ini mau cerita sedikit pengalaman ngeri EN tersesat nak pergi OU. ehe bukan sesat pun sebenarnya, salah turun tempat je pun. 

Ceritanya bermula begini:

Permulaannya, kawan EN cik Saidah ajak teman dia pergi KL beraya di rumah mak sedaranya hari Khamis lepas bersamaan 30 hb Ogos sehari sebelum menyambut Hari Kemerdekaan akan tetapi last minit ajak so macam malas mau pergi. So, bagi tidak menghampakan permintaan cik Saidah EN pun bercadang untuk pergi hari Sabtu tu. Mula2 ingatkan macam malas nak pergi tapi oleh kerana kebosanan di rumah maka EN pun pergi jua.

Malam sebelum tu search la dalam internet laluan2 yang perlu diambil untuk pergi ke One Utama dari KL. Sebelum ni pergi OU dengan kereta je bersama Kak Adnin so tak pernah gi sana naik bus so memang tak tahu macam mana nak pergi. 

Ada beberapa pilihan atau cara nak gi sana, bagi yang mahu menaiki kenderaan awam. 

Dari Stesen bus pekeliling: 

LRT Titiwangsa(Laluan Ampang)--> LRT Masjid Jamek --> LRT Pasar seni (Tukar laluan Kelana Jaya) 

Kemudian dari pasar seni naik bus rapid U88 ke OU 

Ni cara laluan yang paling senang kot, laluan lain sila cari sendiri haha...

Lama jugak perjalanan dari Pasar seni ke Damansara, hampir sejam. EN terlepas tempat nak turun ke OU dan terpaksa patah balik naik bus rapid lain. Actually tak sure nak turun mana. Haha padan muka nak sangat jalan2. Sebenarnya ada lagi halangan2 nak sampai sana, tapi taknak cerita malu huhu.. Tapi Alhamdullillah akhirnya ketemu juga EN sama kawanku Saidah dengan selamat walaupun selama perjalanan tu cuak jugak al-maklumlah berseorangan.

Sepanjang hari kami ber'window shopping' di sana. Jalan2 sampai melecet kaki, nak sangat jalan amekkaw. Takde mende sangat nak beli so pulang dengan tangan kosong. 

Dari kiri: Miss EN, Cik Saidah, Cik Salmah (Tandas OU daebak huhu)
Hyun jung oppa. 

Man U? p/s:apasal EN nampak gemuk.
 
Tujuan gi KL pun nak beli hard disk, tapi kat kedai2 biasa sure2 mahal sikit. Kebetulan yang tak disangka EN ternampak banner "IT fair di Mid Valley dari 31/8-2/9" semasa menaiki bus. So Lucky. Jadi keesokan harinya ke sana lah kami. Malam tu tumpang tidur di rumah mak sedara Saidah. Hahh lupa, sempat lah berkenalan dengan kawan baik Saidah semasa di Form 6, Cik Salmah. Baik orangnya. Gembira bertemu kamu. 

Di Mid Valley... hooray dapat apa yang dikehendaki di IT FAIR itu dengan harga yang amat berpatutan. Dipendekkan cerita, setelah membeli belah barangan eletronik maka kami pulang. Tetapi kami berdua tidak bernasib baik sebab tiket bus ke Kuala Lipis habis. Tiket bus eskpress ke Pahang kebanyakannya dah sold out, tak sangka pulak. Lupa sebab orang nak balik dari menyambut kemerdekaan di ibu kota.

Last2 naik bus loncat2. Alhamdulillah dapat naik. Ok itu sajalah.


.............................................................................................

Fuhhh interview minggu depan tapi satu pun tak prepare. Tak tahu nak prepare apa. Doakan EN berjaya. 

Sekian.


Saturday, August 25, 2012

Raya 2012

Assalamualaikum....



Alhamdulillah sudah memasuki 7 Ramadhan. Bagi yang nak puasa 6 dah boleh start da. Oh masih nak gi beraya, takpe still boleh puasa. Ziarah je rumah sanak-saudara atau sahabat handai tapi tak payah makan huhu.

Raya tahun ni for EN dalam keadaan sederhana saja. Tahun ni beraya di kampung Abah di Kg Bolok, Lanchang, Pahang. Gilir-gilir dgn kampung Mak. Yalah baru adil. Sebab tu EN nak calon suami yang duduk dekat2, senang tak yah gaduh2. Amboi Amboi Amboi.

Macam biasa pagi raya gi solat raya, bersalaman, pemberian duit raya. EN still dpt duit raya yeah walaupun dah besar gedabak. Rezeki jangan ditolak. Selepas itu, menziarahi pusara datuk moyang dan ziarah sanak saudara.


Sedih gamba tak clear, dan dan je kamera takda bateri

Syawal ke-3 ke Cherating. Last minit plan, ingat tak boleh join da tapi stelah diajak yeah dpt gi. Sebelum tu singgah di Kuantan, rumah Mak De berhari raya.

Ok sebelum piknik bentang tikar dulu


Ishhh Kak Ili ni sibuk pulak nak tangkap gamba, Ada tak sabar nak berenang.


Jom jom cepat Ada, Tiah da tunggu dari tadi


Wahh bestnye Iman tidur, angin bertiup sepoi2 bahasa

Eh Tiah cepat lah,tdi kata nak mandi. Wan da turun ni

Pakcik Sharil buat apa tu? Memancing? LOL

Ishh kesian ikan tak dapat raya, lepaskan mereka ke laut semula

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dari EN sekeluarga :)


Bye bye Cherating




 p/s: Seksa type post ni, keyboard mengong hehe


Saturday, August 4, 2012

~Huruf keybo@rd laptop tak berfungsi

Assalamualaikum....

Hua apasal keybord EN ni tiba-tiba bermasalah. Aritu ok je. Dah la huruf yang penting pulak tu yg tak boleh, huruf A,F,N dan lain2, titik(.) pun tak berfungsi. Adoyai. Ni terpaksa taip guna On-screen keyboard.

Untuk aktifkan On-screen keyboard:

Start > All program > Accesory> Accessability > On-screen keyboard


Ni yg akan keluar


Bagi sesiapa yang menghadapi masalah macam ni rasanya anda memerlukan external keyboard, takpun try hantar kedai tukar keyboard  baru huhu... Hmmm EN tak tahu la nak buat apa dulu. Nasib dah abis blaja. Macam mana kalau tukar laptop baru? Oh tak mungkin kot. No money no talk. Laptop ni sudah pun berusia 7 tahun, memang patut pun meragam sikit2.

Ok lah,letih kena tekan satu2. Kalau ada siapa2 ada jln penyelesaian dan sudi membantu, boleh tggalkn komen. TQ.


Wednesday, August 1, 2012

~Makaroni cheese bersama kentang lenyek

Assalamualaikum...

Sabtu yang lalu, EN turun Shah Alam untuk menghantar final draft thesis. Seperti biasa weekends memang pejabat tutup tapi EN pergi jugak MSU, dah alang2 my parents sudi nak hantarkan. Bukan apa, malas mahu naik bus semata-mata untuk hantar thesis,penat. Sampai je di MSU terus pergi office Dr. Red. Memang tahu dah pintu tu akan berkunci, niat dari awal nak letak thesis tu dekat bawah pintu office tu hehehh. Tapi tiba-tiba jenguk ke dalam office tu macam tengah renovate, tak tahulah kan sebab meja kerusi macam takde. Time tu dah cuak sikit tak tahu nak tinggalkan draft tu kat mana.

Mesej Dr dan Alhamdulillah Dr. reply. Nak tinggalkan draft tu kat IMS dia tak bagi. Dan akhirnya bawah pintu office itu lah jugak draft ditinggalkan. Selesai... Tapi tak berapa nak happy sebab draft tu EN print cincai, warna dipudarkan kononnya nak jimat ink. Tak tau pulak draft tu lah yang akan di'marks'kan untuk thesis. Huaaa takpe harap Dr. menilai isinya jugak.

Sampai Shah Alam sempatlah shopping kat PKNS sekejap. Sebelum tu borong barang kat Tesco. Yayy so kat Tesco la baru dapat beli bahan-bahan nak buat Makaroni cheese ni. Ye la, kat tempat EN susah benar nak cari cheese, setakat cheesedale tu ada la.

Ok lah. Moh lihat resepi.

Eh sebelum tu ni la rupanya.




Bahan-bahan:

Kentang lenyek (sebagai based)

1. Kentang 4-6 biji (direbus dulu)
2. Lada hitam
3. Garam
4. Serbuk Cheese nachos (tak letak takpe)
5. Susu air (sikit je)
6. Tepung gandum 

Makaroni (digoreng)

1. Ayam (dicincang halus)
2. Lada besar 2 biji
3. Bawang besar 1 biji
4. Bawang putih 2 ulas
5. Garam
6. Lada hitam dan lada sulah
7. Makaroni (direbus dahulu)
8. Daun sup
9. Pes tomato dan sos tomato

Topping 

1. Parmesan cheese
2. Mozarela cheese
3. Susu cair
4. 4 biji Telur
5. Daun sup

Cara-cara:

Kentang lenyek

1. Kentang yang sudah direbus dilenyek. Kemudian masukkan kesemua bahan2 seperti lada hitam, garam dan lain2. Gaul sehingga sebati. Ketepikan dulu.

Makaroni goreng

1. Panaskan minyak.Tumiskan bawang besar dan bawang putih. 
2. Setelah naik bau masukkan daging ayam. Kacau.
3. Kemudian masukkan pes tomato dan sos tomato. Kacau sebati.
4. Taburkan serbuk lada hitam, lada sulah, garam.Kacau sehingga ayam masak.
5. Masukkan lada besar dan kacau sedikit.
6. Letakkan makaroni yang telah direbus ke dalam kuali dan kacau sebati.
7. Last sekali masukkan daun sup untuk menambah rasa.

Makaroni cheese bakar

1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius.
2. Sediakan dulang pembakar dan sapukan sedikit marjerin pada sekeliling tu.
3. Kentang lenyek tadi diletakkan dulu pada dasar dulang dan ratakan.
4. Taburkan cheese parmesan meliputi kentang. 
5. Kemudian, letakkan makaroni goreng tadi dan ratakan.
6. Pukul telur bersama susu cair dan tuang ke dalam dulang.
7. Bakar separuh masak.
8. Keluarkan sebentar dan taburkan cheese mozarela dan daun sup. Bakar sebentar lagi. Dan siap.




Agak rumit jugak. Kentang lenyek tu tak letak takpe, itu EN saja je modified. Mula-mula nak buat lasagna tapi lasagna kat Tesco tak de tanda halal so waswas nak beli.  Ok, Selamat mencuba.


p/s: Hari ini untuk berbuka mahu masak Keow teow kungfu. Waccaaa!!




Tuesday, July 24, 2012

~Bubur pulut hitam

Assalamualaikum


This bubur is one of my favorite. Slrppp....

Resepi bubur pulut hitam

Bahan-bahan:

1. 2 cawan Pulut hitam
2. 1 cawan gula perang
3. 1/2 cawan gula pasir (kalau nak manis boleh tambah lagi)
4. 1 cawan santan cair
5. 1/2 cawan santan pekat
6. 2 helai daun pandan
7. Air (untuk rebus pulut hitam)

Cara-cara:

1. Rebuskan pulut hitam terlebih dahulu sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan santan cair, gula perang, gula pasir dan kacau. Biarkan mendidih seketika.
3 Masukkan daun pandan untuk menambahkan aroma.
4. Setelah mendidih, tambahkan santan pekat. Kacau sehingga mendidih untuk mengelakkan santan berketul.


Resepi ni sukatan dia pakai agak je. Untuk sukatan yang lebih tepat sila Google hehe.

Selamat mencuba :)

p/s: Frust  beb, Malaysia kalah kepada Arsenal pada minit2 terakhir. Rugi gila!!



Thursday, July 19, 2012

~Puding roti marble

Assalamualaikum...

Baru je selesai menyediakan puding roti marble yg tidak indah di mata tapi indah di perut hoho hopefully.

Macam bentuk kura-kura pun ada...


Untuk resepi sila search sendiri di google. Jahatnya kamu. Bukan apa time search resepi tu tengok mmg kat blog2 tu guna resepi yg satu tu je, so pilih lah mana2 blog untuk di klik.

Mak sedang sibuk membuat kuih talam berlauknya di dapur. Maklumlah esok ada jamuan besar-besaran sebelum menyambut bulan Ramadhan di sekolah beliau. Nak join boleh?

Oh oh esok dah start solat tarawikh kan. Alhamdulillah. Lusa dah start puasa. Alhamdulillah lagi.

Baiklah papai...


Wednesday, July 18, 2012

~I am a princess :p

Assalamualaikum....


NEVER KNEW I NEEDED: The princess and the frog soundtrack.:)

Baru nak tengok cerita "The princess and the frog" ni kat Disney channel.Ketinggalan ok. 

Yeah I like fantasy story. Cinderella, Snow white, Rapunzel and so on. Princess story. Is not that I want to be a princess anyway, but just I love to watch it. When LOVE rules at the ending and defeat bad power. Happy ending. That kind of things, I like.


hehehh Disney's princess character 

But still I want to imagine: I being a princess. Evil power suddenly create troubles. Then, a prince come and save me. Married him, we live happily ever after. Hmmm I just can imagine but it not gonna happen right. Anyway, Which princess character suits me? What? Any of them? Oh nope la *blushing* haha. Ok ok I stop.

........................................................................................................


Boringggggg.........


Bila duduk kat rumah TV la jadi sahabat. Huhu ok gurau. TV dan laptop sebenarnya. Waktu siang tgk TV sampai lebam, siap ada schedule lagi. Jam ni tgk cerita ni, seterusnya tgk cerita ni,bersambung-sambung.  Semua channel pasang, yg paling top of cors la KBS tv hohoho. Malam pulak menonton lagi online, di laptop pula. Tidur lewat. Insaf insaf lah cik EN. Buat lah kerja yg lebih bermakna. 

Think think. What should I do to spend this free time. 

Puasa=Ibadah. That's the best answer I guess. All da best miss EN :)


p/s: Nampaknya, setiap hari lah EN akan update blog nih. Bersiap sedialah. 





Tuesday, July 17, 2012

~Countdown to Ramadhan al-Mubarak

Assalamualaikum....

Draft thesis sudah dihantar. Sekarang goyang kaki sebentar.

Ya 3 hari dari sekarang, InsyaAllah kita akan menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.

Sekejapnya masa, rasa baru lagi menyambut bulan Ramadhan untuk tahun 2011. Rupanya setahun dah berlalu. :) So fast.

Tak bersedia lagi nih. Ayuh buat persiapan.




Persedian...


Azam puasa tahun 2012:

1. Puasa penuh. :)
2. Khatam al-Quran :)
3. Solat Tarawikh tak tinggal :)
4. Makan secara bersederhana :)
5. Tingkatkan ibadah yg lain :)
6. Kurangkan buat perkara tak berfaedah :)



Bukan tahun baru je nak ada azam. Setiap perkara yg kita buat mesti kena ada azam atau matlamat yg nak dicapai. Betoi tak.

Lastly, semoga Ramadhan tahun ini penuh dengan rahmat yg maha Esa. Semoga kita dipanjangkan umur supaya dapat merasa nikmat di bulan Ramdhan tahun ini.

Daaa.


Thursday, July 12, 2012

~Gembira hanya untuk sementara.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selesai sudah presentation thesis. Don't be too relax.. Masih ada kerja yg perlu disiapkan. Ya, thesis perlu dihantar dalam masa...xtau lagi. Satu lagi good news:"Submission untuk draft thesis di'postpone' ke hari isnin." Yipee yipee yay yay!!




<Pencilop gambar sudah kembali> Macam biasa gmbar di bawah dicilok dr FB.........

Muka happy, lega presentation yg mengerikan sudah selesai.


Judges tak rasmi dibelakang....


Last photoshoot. Hopefully not.


Terima kasih semua! Semuga berjumpa lagi. Hari raya jemput dtg rumah. Selamat Tinggal.


p/s: Off to Pahang again. Penghargaan kepada Cik Atiqah kerana bagi tumpang rumah beliau sepanjang persiapan Thesis presentation dan Viva. Daa.






Monday, July 9, 2012

~Everyone is unique in their own way

Assalamualaikum...


~Everyone is unique in their own way :) (copy balik tajuk)

Be ourselves is the best way to live our life happily. 

p/s: Gudbye my home,  I have to leave you again, but don't worry I'll comeback soon. Wish me luck. I really have not much confident to stand in front of people and talk. I'm really bad with it. Help me!! Bye Bye.







Friday, July 6, 2012

~Family Day 2012

Assalamualaikum....

Alhamdulillah relax sebentar selepas tamatnya interview, VIVA. Walaupun Viva ku sudah semestinya hancus. Tak prepare langsung. Logbook dan report pun siapkan last minit pukul 5 pagi tu baru siap bebb! Semua ini gara2 daku pergi bercuti pada waktu yg tidak sepatutnya full stop

~~~Family Day at De Rhu Beach Resort~~~






Uuuuuu first sekali kat De Rhu ni terdapat swimming pools yg berbagai2. Kalau tak silap ada 3 ke 4 swimming pool, untuk kanak2, beginner, yg pro berenang ala2 ikan duyung sedalam 9 kaki. Hopefully fakta tu betoi la,if not malu den. Itulah salah satu tarikan Resort ni kot, tourists lagi suka mandi dalam swimming pools ni dari mandi laut yang hanya terletak bersebelahan darinya. Tak percaya sila lah datang. :p


Cik Ijah: oihh dlm kolam ni ada tangga rupanya,nasib dorg tak buat escalator sekali kat dalam ni.

Future atlet perenang negara, Adek Airin. Suka benor dia pada ayor.



~DINNER + BOWLING~

Sebelah malamnya ada sedikit dinner di tepi swimming pool,romantik gitu bertemankan angin bayu yang bertiup kencang. Seriously, angin kuat gila mlm tu. Sayangnya tak tangkap gambar pula time tu. Cik Ijah siap dapat award, pakaian paling glamour kategori 12 tahun yg pakaiannya disponsor oleh EN.






Mat Wan : Waaw byk juga score gua walaupon first time main bowling. Bakat semula jadi kot ni.


Puan Anizun: Emmm boleh tahan. 


Cik Ijah: Ringan je bola ni macam pegang buah kelapa.



~SUKANEKA~

















Juara baling belon air jatuh kepada, Mat Wan Bajet dan pasangannya.



~PANTAI TIME~

Welcome...

Tapak kaki sulaiman??



Oh terangnya dunia ku. Silau gitu

Errr





Oh Encik Zul yang akhirnya muncul. Terpaksa pergi ke kursus pada saat akhir di Cherating. Nasib la berdekatan jugak dengan tempat Family Day ni. It would be great if you can join us together. Sob sob.



Ok lah ok lah. Malas dah. Siapkan thesis tu!!!! This is a warning!!!
Tapi Harry Potter??

p/s: Rasa best dapat berjumpa semula dengan cikgu lama walaupun berapa kerat je cikgu yang dikenali. Dapat berjumpa dengan kawan lama, junior2. Glad to see them walaupun malu2 siput nak bertegur. Maklumlah dah lama tak ketemu. Maafin saya dong.



-End for now-