=)

Sunday, December 18, 2011

~Kisah saja-saja-1#


Assalamualaikum...


Kelas asyik cancel. Esok presentation. But EN present selasa. Lega sikit.


Ada kerja tapi bosan. So, EN nak berceritalah. Yup of cors about me. Untuk suka-suka. Ignore je ok kalau tak best. Warning! Panjang berjela.


____________________________________________________________________


Actually nak cerita apa yang berlaku kat EN last week. Tak tahulah apa pengajarannya lagi. 


Emmmm...hari khamis tu, Kak Adnin dah balik Perak. Ila, Kai dan Zaty pon sama. Dorang balik Penang + Perak. Time tu jeles gila dorang balik. Alah kenapa tak balik jugak?? Bukan apa, Jumaat still ada kelas Pengajian Islam. Petangnya rehearsal untuk Dinner. Serba salah nak balik. Walaupun bukan EN penting sangat pun tuk rehearsal tu, tak ada kerja pun nak buat, tapi kesian pulak kat Wawa nanti sorang2 handle sebab Kak Adnin dah balik. Huaaa malam tu rasa gila sikit sebab nak balik..

Yahoo perkara teruk berlaku. Kelas Pengajian Islam tak ada. Haha teruk ke. :( Baik balik je semalam:EN cakap dalam hati. Tak boleh, petang ni ada rehearsal, kena bagi support kat committee2 lain. Heeeeehee

Petang tu saja datang lambat, ingat tak start lagi, rupanya dah mula. Kumpulan tarian BMS dah start buat rehearsal. Ok tarian diorang memang mantap. Tapi tapi kena ke dengan tema vintage. Ok lah tu kot, dorang memang best. 

Lepas persembahan tu yang lain bincang pasal kerja masing2. EN pun pergi kat Wawa tanya apa2 yang patut. Then, kitaorang just kena tunggu tuk hari kejadian je. So, EN start tak keruan. Nak buat apa lagi ni ya? Tak ada apa dah kot. EN pergi kat Anis. Anis, jom balik. Haha buat jahat. Anis macam nak join tapi kesian kat Kak Soleha, nanti takut ada rehearsal tuk usher. 

EN tak kira time tu, macam jiwa dah tak tenteram hehe. Tengok jam, ohh still pukul 4 lebih. Sempat ni kejar bas last kul 7.30malam kat Pekeliling. Cepat2 ambil barang kat Persanda. Sebelum tu memang nak bawa terus barang2 tu tapi tak yakin dapat balik Pahang tak. Haha peluang keemasan. Maka keyakinan itu datang. Hehhhh

Huu sampai kat tempat teksi depan Tesco, tak ada teksi pun nak antar pergi KTM batu tiga. Huaaa cam nak nangis je bila pakcik tu cakap tak antar pergi batu tiga. Pakcik sorang tu langsung tak jawab apa2 dan buat tak tahu time tanya pergi batu tiga tak? Oh what's their problem? Takut jam kot. Tapi, EN tak adalah menangis, still calm.

Tiba2 muncul sorang adik ni, Indian. 'Akak nak pergi mana? Batu 3 ke?':dia tanya.

'Ha'a, tapi tak ada teksi nak antar.Takot jam kot', EN balas.


On the right time, ada satu teksi ni. Pakcik Indian, dia tanya nak pergi mana? Adik tu cakap nak pergi Batu 3. Then, that uncle cakap: 'Boleh tapi kena bayar asing'


Ahhh lantak lah janji sampai KTM. Ha sampai pon. Cepat2 beli tiket dan tunggu.


Time tunggu tu sempat lah borak2 ngan adik tu tadi. Adehhh kadang-kadang EN selalu perasan muda. haha. Ambil course accounting katanya,yup kat MSU. EN bukanlah seorang yang peramah tapi bila ada yang sudi nak borak layan jelah. 


Fiuhh sampai pon train. Adik tadi naik coach lain, EN naik 'women coach' only tu. Ye lah kalo sesak ngan orang takdelah langgar2 lelaki. Eeee tak sudi, nak2 yang mat bangla. Seram.


Stesen Bank Negara, sampai kat situ nak dekat pukul6 jugak. Sempat tak? Kalau boleh nak naik bas pukul 6.30 petang. Ha'a lah, tak solat asar lagi. Singgah kat surau KTM tu dulu. Doa harap2 dapat tiket bas untuk hari ini. 


Lari-lari...tak lari pon actually. Turun je LRT kat Titiwangsa terus pergi kaunter tiket. Alamak ada orang tengah beratur. Tapi kenapa dia tak cakap apa2 kat uncle tiket tu. So, serba salah nak lintas dia. Tiba-tiba ada aunty tanya uncle tu tiket ke Raub. Haaa cuak! Sempat tak dapat tiket ni. 


bus ohhh bus


Lega, dapat cakap ngan uncle tu. Haha. 'Tiket ke Kuala Lipis satu ada?' EN tanya. Uncle tu tunjuk kat satu kertas. Oooo pukul 7.30malam. Ok nak satu ye. Time tu gembira gila dapat tiket. Lepas tu ada orang tanya uncle tu, kalau tak silap. Tiket ke Raub dan Kuala Lipis untuk hari itu dah habis. What??? So, i got the last ticket. Sungguh tak menyangka. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.


Fuhh baru 6.30petang. Lagi sejam. Lapar dan dahaga. Makan roti je pon. Pergi beli air kat stesen LRT atas tu jap. Saja naik balik sebab nak air yang betol2 sejuk. Turun balik. Cari makanan. Pergi ke kenderaan berkedai atau kedai berkenderaan?? Mana2 lah. Nak beli cucuk-cucuk. Kenyang ke? Ok burger lah. Dan buah jambu sekali hihihiihi


Tunggu sambil melantak burger. Dah pukul 7malam? Pergi surau dululah. Alamak penuh. Haishhh takpe ada ruang lagi. Baik selesaikan perkara fardhu sekarang. Nanti sampai rumah rehat dan tidur. 


Elok-elok je selesai pukul 7.20 lebih kurang. Menuju ke bas. ooo bas dah penuh. Ada 2-3 kakak ni merayu kat uncle bas, nak naik bas tu. Maklumlah tu bas yang terakhir ke KL-Raub-KL (Lipis haha). Ha'a baru teringat, tiket yang last EN yang dapat. Wahh syukur. Naik. Keliru tempat duduk, tak nampak nombor. Ohh dapat duduk sebelah aunty tadi. We are lucky aunty haha takdelaah cakap macam tu pulak kan.


Enjin start, masa untuk tidor zzzzzzzz~~


Celik2 je dah kat Raub. Aunty tu tanya: kat mana ni? 


'Kat IPD Raub.' EN balas.


'Stesen bas belom kan?' aunty tanya lagi. 


Ha'a belom.


.................


EN:Ni stesen bas baru aunty. 


Aunty:Ok, thanks.


Tengok belakang. Haa?? tak ada sape2. Seram. Berganjak ke tempat duduk depan sikit yang kosong. Sejam lagi sampai Lipis. 


Sampai stesen bas Lipis. Nampak kereta abah. Tapi mana mak abah?? Turun bas nampak dorang kat kereta.


Mak: Dah makan?


EN: Makan kat rumah je lah. ( Nak balik cepat, nak tengok Maharaja Lawak Mega(MLM) actually. Mak tak ingatlah tu.)


Mak: Ari ni masak nasi goreng je. Nanti balik takut habis budak2 kat rumah makan.


EN: Ikotlah


So, pergi ke kedai mamak. Makan nasi. Nikmat. Alhamdulillah.


...............................................................................................................................


Rumahku.. masuk rumah letak barang. Terus tengok tv. Oooo MLM dah separuh mula. Baru je duduk, my bro  Ikram tanya,'Mana jersi?,


'Ha? Mende apa?' EN buat tak tahu.


Beberapa minit kemudian...


Ikram: Kakak, mana jersi?


EN : yelah yelah.


Suka lah tu dapat pilih dulu. Siap pilih baru dia panggil adik laki sorang lagi, Mat Wan suruh tengok jersi tu. Sorang lagi my bro kat kampung, nasib tak berebut Lantak korang lah dah besar. Aritu gi uptown Sek 24, sempat tanya dorang nak jersi tak. Of cors la nak kan. Yang sorang tu hantu jersi. Abah pon nak?? Alamak takde size, aritu tak cakap nak. Ye tak ye jugak aku ni, kenapa tak beli je satu untuk abahku, mesti dia kecik hati haha. Sorry over bajet time tu.


............................................................................................................................................


Ijah: Kakak, dah dapat hadiah birthday? 


EN: ha? takde pon. Menda apa? Beg ea?


Ijah: Tak delah, baju.


Ijah naik atas, dia ambilkan 2 keychain. Satu huruf 'E' stand for what ea? Namaku Ili, supposed to be 'I'
Oooo maybe sebab EN selalu eja begini. Eleey. Suka huruf I lagi tapi nevermind still like it. Thanks. Ha lagi satu keychain yang tulis, 21st Besday. Adik ku yang lagi satu tempah, Nana. Tapi mesti semua tu mak EN yang bayarkan hehe. Hari sebelum tu my family pergi Cameron Highland. Sedih tak dapat ikot :( Takpe thanks u ollz.


Mak: Esok kita buat makan2, untuk family je. Satay. 


Yup my advanced birthday celebration. Thanks mak, abah. 


5 hari EN kat rumah best je. Jumaat- selasa. Suruh mak otter baju dinner yang labuh tu. Pastu tengok tv memanjang. Makan masakan mak. Buat spagetti. 


_____________________________________________________________________________


Ok tu jelah. sengaja nak tulis panjang2. Kenan kot. Sebab baca novel semalam. Dah teringin nak tulis2 cerita macam novel. 


p/s: pukul 10 dah rupanya. mentang2 esok takde kelas, presentation selasa. Gudluck to my frens yang present RP esok. Hwaiting!!