=)

Monday, December 26, 2011

~Cara dapat pahala walaupun selepas mati

Assalamualaikum...

8 CARA DAPAT PAHALA WALAUPUN SELEPAS MATI:


1.Sedekahkan Al-Quran. Setiap kali orang lain membacanya, kamu akan mendapat pahala. InsyaAllah.

2.Ajar seseorang membaca doa. Setiap kali dia mengamalkan doa itu, kamu akan dapat pahala. InsyaAllah.

3.Tanam pokok. Setiap kali manusia atau binatang berteduh dan mendapat hasil darinya, kamu akan dapat  pahala. InsyaAllah.

4.Tolong bina masjid. Setiap kali orang Islam beribadah di dalamnya, kamu akan dapat pahala. InsyaAllah.

5.Dermakan kerusi  roda kepada hospital. Setiap kali pesakit menggunakannya untuk sembuh, kamu akan dapat pahala. InsyaAllah.

6.Letakkan atau dermakan 'water cooler' di tempat khalayak seperti masjid. Setiap kali orang ramai minum air darinya untuk hilangkan dahaga,kamu akan dapat pahala. InsyaAllah.

7.Berikan barang keperluan seperti pakaian kepada orang memerlukan. Setiap kali mereka menggunakannya ke arah kebaikan,kamu akan dapat pahala. InsyaAllah.

8.Kongsikan mesej ini dengan orang lain. Jika mereka mempraktikkan walau satu dari di atas, kamu akan dapat pahala. InsyaAllah,dengan izin Allah.


Jadilah seorang muslim yang boleh memberi manfaat kepada muslim yang lain. Nescaya kita akan mendapat manfaat yang lebih baik dari Allah iaitu pahala.