=)

Sunday, December 4, 2011

~Ber'Ombak Rindu--Jogging,Shopping,Swimming

Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari yang sihat.

Tapi tapi sebelum EN teruskan, nak cakap ni. Semalam tengok Ombak Rindu. Hoho. Orang lain sibuk cakap cerita tu best. Mula-mula macam taknak tengok pun sebab baca novelnya pun tak, ehh baca tapi skip2 berapa muka surat je sempat baca. Emm overall ok la. Ada yang cakap cerita tu sedih, tapi bagi EN tak sangat. Mungkin sebab ramai orang kat sekeliling, tak boleh nak feel sangat kesedihan tu. Selalu je EN sob sob kalau tengok cerita sedih sorang2,opsss kantoi. 

 Adaptasi dari novel ke filem.

Pelakon dia? Aaron aziz (Abang long kita-KL Gangster), Maya Karin (Pontianak yg cantik), Lisa Surihani(Ayu yg berubah wajah-Lagenda budak setan), Bront Palarae(aaaa selalu jadik hero tuk drama2 terbitan RadiusOne-Sinderella,Rona Roni Makaroni) dan lain2. Kira menjadi la lakonan dorang ni. Agak sesuai dengan watak. Tak tahu la pendapat orang lain. 

Disebabkan semalam waktu cerita Ombak Rindu dekat internet tak sama dengan waktu sebenar, terpaksa la kitaorang tengok yang midnight. Ingat nak tengok yang 10.30pm tp sebenarnya 10.00pm, bukan apa rugi la kan kalau setengah jam ketinggalan.Hampir pukul3pagi baru habis. Shhh jangan bagitahu mak abah

Ok kembali pada titik (back to the point)

Semalam merancang nak gi jogging hari ini, jadi kitaorang proceed la dengan plan tersebut. (Hanya EN dan kak Jannatul Adnin je join,Anis Husna demam). Dapatlah round Stadium Shah Alam tu dua kali disamping matahari pagi yang terik memancar. Orang lain sibuk gi beli-belah kat pasar pagi. Aishhh mana boleh jadi kan,  kitaorang pon join la jugak lepas tu. Memang plan nak gi beli-belah jugak.

Actually kat Pasar pagi tu nak cari baju tuk Annual Dinner IMS MSU. hoho baru nak cari padahal dah beberapa bulan berlalu,last minit tu yg best...Alhamdulillah, comfirm juga akhirnya tarikh dan tempat dinner. 

2nd IMS ANNUAL DINNER: VINTAGE NIGHT

Yup, setelah round2 pasar pagi, EN jumpa la jugak dress yang ala2 vintage tu. Then, EN dan kak Adnin keliling lagi, sebab dia nak survey tudung. Kemudian, pergi Pasaraya Giant sebelah, keluarkan duit lagi, dan membeli baju. Datang semula ke pasarpagi, jalan2 lagi. Kak Adnin beli 2 pasang baju dan kain kotak2nya itu. Hehe. Lepas tu konon2 nak balik dah, singgah Pameran Agrofest jap nak cari cendawan, tapi tak jumpa ehh bukan booth cendawan tak bukak sepenuhnya lagi. 

Hari ini last, semalam tak sempat join aerobik  kerana berada di MSU

Tiba-tiba Kak Janna,kakak kepada Kak Adnin ada berhampiran iaitu di pasarpagi itu jugak lalu dia mengajak makan di bawah khemah oren,katanya. Di tangan ku sudah ada sebungkus nasi lemak, ingat mahu makan di rumah. Tetapi tak mengapa sebab lapar dong. 

Selesai itu, kami menuju ke Agrofest semula bersama Kak Janna dan suaminya. Nak survey cendawan. Singgah di booth..xtahu booth apa, masuk pertandingan teka biji labu. Lepas dari itu barulah membeli cendawan untuk ditanam, ehh bukan dibiakkan kot. 

Okeyh2 lepas itu kami balik. Lama jugak berada di sana, dari pukul 8pagi sampai 12 tengahari. err 4jam...

Aktiviti seterusnya. Swimming di kolam renang Persanda. Tak rancang pon, tiba2 time balik tadi nampak kolam tu macam memanggil2 kitaorg berdua. Dalam cuaca yang agak panas best jugak berendam. Lepas zohor kitaorg turun bersama housemate2 kak Adnin. 

Maka berenang katak, berkuak lentang dan bertenggelam timbul la kami di sana. Aaaa nak belajar berenang sampai pandai. Mata kami pedih dek kerana kandungan klorin yang kuat.

Akhirnya, EN pulang. 

Agak panjang ya kisah pada hari ini. Maklum lah dah lama tak buat karangan.

Baik itu sahaja kawan2. Sehingga bertemu kembali. Daaa