=)

Monday, December 26, 2011

~Cara dapat pahala walaupun selepas mati

Assalamualaikum...

8 CARA DAPAT PAHALA WALAUPUN SELEPAS MATI:


1.Sedekahkan Al-Quran. Setiap kali orang lain membacanya, kamu akan mendapat pahala. InsyaAllah.

2.Ajar seseorang membaca doa. Setiap kali dia mengamalkan doa itu, kamu akan dapat pahala. InsyaAllah.

3.Tanam pokok. Setiap kali manusia atau binatang berteduh dan mendapat hasil darinya, kamu akan dapat  pahala. InsyaAllah.

4.Tolong bina masjid. Setiap kali orang Islam beribadah di dalamnya, kamu akan dapat pahala. InsyaAllah.

5.Dermakan kerusi  roda kepada hospital. Setiap kali pesakit menggunakannya untuk sembuh, kamu akan dapat pahala. InsyaAllah.

6.Letakkan atau dermakan 'water cooler' di tempat khalayak seperti masjid. Setiap kali orang ramai minum air darinya untuk hilangkan dahaga,kamu akan dapat pahala. InsyaAllah.

7.Berikan barang keperluan seperti pakaian kepada orang memerlukan. Setiap kali mereka menggunakannya ke arah kebaikan,kamu akan dapat pahala. InsyaAllah.

8.Kongsikan mesej ini dengan orang lain. Jika mereka mempraktikkan walau satu dari di atas, kamu akan dapat pahala. InsyaAllah,dengan izin Allah.


Jadilah seorang muslim yang boleh memberi manfaat kepada muslim yang lain. Nescaya kita akan mendapat manfaat yang lebih baik dari Allah iaitu pahala.




Thursday, December 22, 2011

~Biar mimpi sampai ke bintang

Assalamualaikum...


Baru habis tengok crita ni kat Astro Ria. Ok lah sebab suka tengok adik Elfira Loy ni berlakon. Orang lain mesti tengok sebab minat kat Randy tu kan kan. Actually EN tak kenal sangat pun hero tu, jarang sudah tengok cerita Indon sekarang. But anyways the whole drama ok lah. Ala2 fairy tale. Ye ke? Kisahnya, yang si hero tu anak org kaya tapi menyamar jadi miskin, yang heroin pula sebaliknya. So faham2 la ending nya last sekali macam mana.

Tapi kan, tiba-tiba EN rasa pelik pada diri sendiri about something. Mesti dorang pun pelik kan. Pelik apa ya? Pelik sangat. Malu pun ada. Tutup muka.

........................................................................................................................................

Surprise!!!


Tengahari tadi, time makan kat Seksyen 2 tu kan, tiba-tiba ada orang hulur kek kan,sambil wish happy birthday kan. Wahhhhh! Padahal EN dah tahu kan sebab nampak kotak kek atas meja kan. Hehe anyways thanks u all. You all memang terbaik! I love u guyz so much. Korang semua lah yang membuat kan hari-hariku di MSU ni lebih bermakna dan ceria. 

Muahhh XOXO

Thanks kak Adnin. Ini semua plan kamu kan. Elehh semalam konon nak berahsia. Tak nak bagitau pergi mana. Jangan nak rahsia rahsia sangat lah dengan orang. :p I know your secret very well. :p Orang dah boleh agak something :p Anyways tenkiu sangat2. Siap buat kek kat atas ni sendiri, special for me. Yup I do terharu . Tapi mesti kak Adnin tak nampak keterharuan itu. Orang hanya mampu berterima kasih. Cukup tak? Kalau tak bagitu lah ok. Nanti org peluk + kiss at pipi.  And lagi satu video tu. Alahai susah2 je. Yup I know banyak stock gambarku dalam simpanan mu itu. Gunakan dengan sebaiknya tau. Jangan buat benda buruk dengan gambar2 tersebut. Cehhh gurau je u. Semoga selamat sampai di Kedah bersama Tinie, Nani dan Kai. 

............................................................................................................................................................

Can't wait for tomorrow. After class I shall directly go back home lalallala. Esok, balik kampung abah nak buat makan-makan sikit, kenduri kot. Entahlah, mak kata abah nak buat makan2 sebab dia naik pangkat. Ha? Tak tau pun. Emm cikgu kan ada kenaikan pangkat yg DG DG tu. Tak berapa arif tentang tu. Anyways can't wait. Mahu balik. eeee

Sabtu kenduri kat Bolok, Ahad kahwin Kak Su, my cousin. Boleh tahan tentetif hujung minggu ni. Boleh isi perut dengan secukupnya. Maklumlah sejak minggu2 ni makan kureng, malas mau masak.

Baiklah semoga mimpi indah. Baca doa tidor dan basuh kaki. Nanti ngigau.

Malam.



Sunday, December 18, 2011

~Kisah saja-saja-1#


Assalamualaikum...


Kelas asyik cancel. Esok presentation. But EN present selasa. Lega sikit.


Ada kerja tapi bosan. So, EN nak berceritalah. Yup of cors about me. Untuk suka-suka. Ignore je ok kalau tak best. Warning! Panjang berjela.


____________________________________________________________________


Actually nak cerita apa yang berlaku kat EN last week. Tak tahulah apa pengajarannya lagi. 


Emmmm...hari khamis tu, Kak Adnin dah balik Perak. Ila, Kai dan Zaty pon sama. Dorang balik Penang + Perak. Time tu jeles gila dorang balik. Alah kenapa tak balik jugak?? Bukan apa, Jumaat still ada kelas Pengajian Islam. Petangnya rehearsal untuk Dinner. Serba salah nak balik. Walaupun bukan EN penting sangat pun tuk rehearsal tu, tak ada kerja pun nak buat, tapi kesian pulak kat Wawa nanti sorang2 handle sebab Kak Adnin dah balik. Huaaa malam tu rasa gila sikit sebab nak balik..

Yahoo perkara teruk berlaku. Kelas Pengajian Islam tak ada. Haha teruk ke. :( Baik balik je semalam:EN cakap dalam hati. Tak boleh, petang ni ada rehearsal, kena bagi support kat committee2 lain. Heeeeehee

Petang tu saja datang lambat, ingat tak start lagi, rupanya dah mula. Kumpulan tarian BMS dah start buat rehearsal. Ok tarian diorang memang mantap. Tapi tapi kena ke dengan tema vintage. Ok lah tu kot, dorang memang best. 

Lepas persembahan tu yang lain bincang pasal kerja masing2. EN pun pergi kat Wawa tanya apa2 yang patut. Then, kitaorang just kena tunggu tuk hari kejadian je. So, EN start tak keruan. Nak buat apa lagi ni ya? Tak ada apa dah kot. EN pergi kat Anis. Anis, jom balik. Haha buat jahat. Anis macam nak join tapi kesian kat Kak Soleha, nanti takut ada rehearsal tuk usher. 

EN tak kira time tu, macam jiwa dah tak tenteram hehe. Tengok jam, ohh still pukul 4 lebih. Sempat ni kejar bas last kul 7.30malam kat Pekeliling. Cepat2 ambil barang kat Persanda. Sebelum tu memang nak bawa terus barang2 tu tapi tak yakin dapat balik Pahang tak. Haha peluang keemasan. Maka keyakinan itu datang. Hehhhh

Huu sampai kat tempat teksi depan Tesco, tak ada teksi pun nak antar pergi KTM batu tiga. Huaaa cam nak nangis je bila pakcik tu cakap tak antar pergi batu tiga. Pakcik sorang tu langsung tak jawab apa2 dan buat tak tahu time tanya pergi batu tiga tak? Oh what's their problem? Takut jam kot. Tapi, EN tak adalah menangis, still calm.

Tiba2 muncul sorang adik ni, Indian. 'Akak nak pergi mana? Batu 3 ke?':dia tanya.

'Ha'a, tapi tak ada teksi nak antar.Takot jam kot', EN balas.


On the right time, ada satu teksi ni. Pakcik Indian, dia tanya nak pergi mana? Adik tu cakap nak pergi Batu 3. Then, that uncle cakap: 'Boleh tapi kena bayar asing'


Ahhh lantak lah janji sampai KTM. Ha sampai pon. Cepat2 beli tiket dan tunggu.


Time tunggu tu sempat lah borak2 ngan adik tu tadi. Adehhh kadang-kadang EN selalu perasan muda. haha. Ambil course accounting katanya,yup kat MSU. EN bukanlah seorang yang peramah tapi bila ada yang sudi nak borak layan jelah. 


Fiuhh sampai pon train. Adik tadi naik coach lain, EN naik 'women coach' only tu. Ye lah kalo sesak ngan orang takdelah langgar2 lelaki. Eeee tak sudi, nak2 yang mat bangla. Seram.


Stesen Bank Negara, sampai kat situ nak dekat pukul6 jugak. Sempat tak? Kalau boleh nak naik bas pukul 6.30 petang. Ha'a lah, tak solat asar lagi. Singgah kat surau KTM tu dulu. Doa harap2 dapat tiket bas untuk hari ini. 


Lari-lari...tak lari pon actually. Turun je LRT kat Titiwangsa terus pergi kaunter tiket. Alamak ada orang tengah beratur. Tapi kenapa dia tak cakap apa2 kat uncle tiket tu. So, serba salah nak lintas dia. Tiba-tiba ada aunty tanya uncle tu tiket ke Raub. Haaa cuak! Sempat tak dapat tiket ni. 


bus ohhh bus


Lega, dapat cakap ngan uncle tu. Haha. 'Tiket ke Kuala Lipis satu ada?' EN tanya. Uncle tu tunjuk kat satu kertas. Oooo pukul 7.30malam. Ok nak satu ye. Time tu gembira gila dapat tiket. Lepas tu ada orang tanya uncle tu, kalau tak silap. Tiket ke Raub dan Kuala Lipis untuk hari itu dah habis. What??? So, i got the last ticket. Sungguh tak menyangka. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.


Fuhh baru 6.30petang. Lagi sejam. Lapar dan dahaga. Makan roti je pon. Pergi beli air kat stesen LRT atas tu jap. Saja naik balik sebab nak air yang betol2 sejuk. Turun balik. Cari makanan. Pergi ke kenderaan berkedai atau kedai berkenderaan?? Mana2 lah. Nak beli cucuk-cucuk. Kenyang ke? Ok burger lah. Dan buah jambu sekali hihihiihi


Tunggu sambil melantak burger. Dah pukul 7malam? Pergi surau dululah. Alamak penuh. Haishhh takpe ada ruang lagi. Baik selesaikan perkara fardhu sekarang. Nanti sampai rumah rehat dan tidur. 


Elok-elok je selesai pukul 7.20 lebih kurang. Menuju ke bas. ooo bas dah penuh. Ada 2-3 kakak ni merayu kat uncle bas, nak naik bas tu. Maklumlah tu bas yang terakhir ke KL-Raub-KL (Lipis haha). Ha'a baru teringat, tiket yang last EN yang dapat. Wahh syukur. Naik. Keliru tempat duduk, tak nampak nombor. Ohh dapat duduk sebelah aunty tadi. We are lucky aunty haha takdelaah cakap macam tu pulak kan.


Enjin start, masa untuk tidor zzzzzzzz~~


Celik2 je dah kat Raub. Aunty tu tanya: kat mana ni? 


'Kat IPD Raub.' EN balas.


'Stesen bas belom kan?' aunty tanya lagi. 


Ha'a belom.


.................


EN:Ni stesen bas baru aunty. 


Aunty:Ok, thanks.


Tengok belakang. Haa?? tak ada sape2. Seram. Berganjak ke tempat duduk depan sikit yang kosong. Sejam lagi sampai Lipis. 


Sampai stesen bas Lipis. Nampak kereta abah. Tapi mana mak abah?? Turun bas nampak dorang kat kereta.


Mak: Dah makan?


EN: Makan kat rumah je lah. ( Nak balik cepat, nak tengok Maharaja Lawak Mega(MLM) actually. Mak tak ingatlah tu.)


Mak: Ari ni masak nasi goreng je. Nanti balik takut habis budak2 kat rumah makan.


EN: Ikotlah


So, pergi ke kedai mamak. Makan nasi. Nikmat. Alhamdulillah.


...............................................................................................................................


Rumahku.. masuk rumah letak barang. Terus tengok tv. Oooo MLM dah separuh mula. Baru je duduk, my bro  Ikram tanya,'Mana jersi?,


'Ha? Mende apa?' EN buat tak tahu.


Beberapa minit kemudian...


Ikram: Kakak, mana jersi?


EN : yelah yelah.


Suka lah tu dapat pilih dulu. Siap pilih baru dia panggil adik laki sorang lagi, Mat Wan suruh tengok jersi tu. Sorang lagi my bro kat kampung, nasib tak berebut Lantak korang lah dah besar. Aritu gi uptown Sek 24, sempat tanya dorang nak jersi tak. Of cors la nak kan. Yang sorang tu hantu jersi. Abah pon nak?? Alamak takde size, aritu tak cakap nak. Ye tak ye jugak aku ni, kenapa tak beli je satu untuk abahku, mesti dia kecik hati haha. Sorry over bajet time tu.


............................................................................................................................................


Ijah: Kakak, dah dapat hadiah birthday? 


EN: ha? takde pon. Menda apa? Beg ea?


Ijah: Tak delah, baju.


Ijah naik atas, dia ambilkan 2 keychain. Satu huruf 'E' stand for what ea? Namaku Ili, supposed to be 'I'
Oooo maybe sebab EN selalu eja begini. Eleey. Suka huruf I lagi tapi nevermind still like it. Thanks. Ha lagi satu keychain yang tulis, 21st Besday. Adik ku yang lagi satu tempah, Nana. Tapi mesti semua tu mak EN yang bayarkan hehe. Hari sebelum tu my family pergi Cameron Highland. Sedih tak dapat ikot :( Takpe thanks u ollz.


Mak: Esok kita buat makan2, untuk family je. Satay. 


Yup my advanced birthday celebration. Thanks mak, abah. 


5 hari EN kat rumah best je. Jumaat- selasa. Suruh mak otter baju dinner yang labuh tu. Pastu tengok tv memanjang. Makan masakan mak. Buat spagetti. 


_____________________________________________________________________________


Ok tu jelah. sengaja nak tulis panjang2. Kenan kot. Sebab baca novel semalam. Dah teringin nak tulis2 cerita macam novel. 


p/s: pukul 10 dah rupanya. mentang2 esok takde kelas, presentation selasa. Gudluck to my frens yang present RP esok. Hwaiting!!





Saturday, December 17, 2011

~Hariku yang berwarna-warni

Assalamualaikum...

Nak update something kat sini tapi tentang apa ya??

Ok lah. Minggu ini agak menyeronokkan. Kenapa tu? Menang cabutan bertuah ke? Or ada orang meminang kah?

Ouchhh no no tak mungkin ada orang meminang, kerana buah pinang belum masak. :p

Hehe tak adalah, acara yang dinanti2 sudah pon datang dan selesai. Ya ya ya 2nd IMS Dinner,pada Rabu yang lalu. Peace. Maka dengan itu semua committee boleh tidur dengan nyenyaknya. Eh tak ok, Isnin @ selasa kena present RP la. Ingat tu. But anyways, good job for those who contributed in that event walau sekecil zarah pon bantuan anda, macam EN tolong sikit2 je pon.


Bersama Princess of the night, Kak Ayu kita! Cantik u.

Alahh gambar beramai2 bersama committee tak ada orang yang upload lagi. Kak Adnin, cepat upload!! haha.


What?? Kak Adnin nak lamar EN? Untunglah kan :p

Keesokan harinya, tanpa disangka atau sudah dijangka atau berprasangka, kelas tidak ada. Maka semua orang bersorak dengan girang dek keletihan. Ye ke? Entahlah, EN selamba je tidor dan anggap tak ada kelas,mesej2 yang masuk dan bertanyakan tentang kelas, EN tak perasan. Sorry ok pada kawan2 yang berkenaan.

Lagi-lagi....

Emmmm selepas itu,semalam hari enjoy sedunia. Eh no no,not totally enjoy. Got class at 10, then class at 3 was canceled. :) but at the same time :( because tak lama lagi nak exam. Kalo belajar pon tak abez, nak jawab apa. Cehhh.

Malamnya ke pesta ria, funfair dpn stadium Shah Alam. Thanks cik Hartini ajak. Merasa lah main kerusi pusing-pusing. Best tapi pening. Nak try yang extreme2 lagi, next time. Balik awal sebab hujan. 

Bukan naik ni. tapi lebih kurang lah.

Tak balik rumah, pergi camping. Camping kat rumah Ila yeee bersama kak Adnin. Haha Miss Ila ajak tolong check nama2 registeration untuk dinner tu, takut ada yang masuk tak bayar. Yup masih ada yang belom selesai terutama bagi yang berjawatan secretary(Cik Fathin) dan bendahari ( Cik Tiqa n Ila).  Dinner oh dinner.

Hari ini,
Pagi yang cerah, tengahari yang mendung, petang yang hujan...Alhamdulillah. 
Dapat makan masakan Ila. Thanks. Then swimming. Tak dirancang. Cik Kai ajak tiba2. Onn je lah kan. Best, tak de orang sangat kat swimming pool Brunsfield. Mengasah bakat berenang. Tak berapa pro lagi. Maybe next time training lagi.

Sekarang, baca novel. What? EN and novel? Errr sesuai ke. Heee pinjam sebentar novel 'Kau laksana bulan' dari Ila tapi milik Izati Shazni. Boleh lah. Sambil baca bukak cerita dia kat youtube. Yup sama kot dialog dia sebijik. Jom habiskan.


p/s: aigoo ingatkan nak siapkan slide presentation tuk RP. dah ke lain pulak. grrrr...



Tuesday, December 13, 2011

~Just 21--13.12.11

Assalamualaikum...

Today entry is for me haha.. tak malu.


I'm just 21st years old  today = 13/12/11

I'm now older. But not bigger or taller heeee. I wish to be more mature in thinking and behaviour. Hope I will always be with my loving family and friends.

TQ guys for the wishes. Luv U. Saranghaeyo. Aishiteru.

Saranghae huuu

p/s: Hopefully 2nd IMS MSU Dinner tomorrow will be successful. Amin. Gudluck.


Monday, December 12, 2011

~12 12

Assalamualaikum...

Today 12.12.11. Tomorrow?


Waahh IU. I love this girl. Cute and adorable. Plus her songs are good and interesting. Fantasy song. =p


~ang ang ('',)

Daaa
             

Tuesday, December 6, 2011

~Tanda Kita Suka kan Seseorang




 Assalamualaikum...


Saja nak share kat sini.


10 TANDA KORANG SUKA SESEORANG : 


SATU: rasa malu bila bercakap dgn dia 
DUA: anda perasan anda tersenyum bila bercakap dengannya. 
TIGA: kalau terlihat dia, tak nmpk orang lain. 
EMPAT: sentiasa teringat dia. 
ENAM: happy bila bercakap dengannya. 
TUJUH: akan cuba sedaya upaya untuk berhubung dengannya. 
LAPAN: apabila terbaca post ini, anda teringatkan dia. 
SEMBILAN: sedang asyik memikirkannya sampai tak perasan nombor lima tak ada dalam senarai. 
SEPULUH: anda tergelak lepas check memang tak ada 


Hehe maybe sebelum ni ada yang dah pernah baca. Ye lah EN pun cilok kat FB je.


Pernah ke anda-anda rasa macam ka atas ni. Ha? Pernah? Tu kira angau la kan. EN pernah? Errr nak cakap tak ea. Yup terus terang EN pernah rasa perasaan macam di atas ni. Ia datang tanpa diundang hee. Bab kata ustaz, jatuh cinta itu tak salah, sebab itu adalah fitrah manusia kan. Alhamdulillah yang penting itu perkara yang lalu dan sekarang EN bebas dari perasaan ini sekarang. Akan datang tak tau lagi, dan harapan nya yang akan datang itu lah yang abadi. hee


Stupid ke??


Seboleh-bolehnya kita bagi yang muslim ini ada batas2nya unuk bercinta. Lebih baik kita simpan jika ianya belum tentu dibalas oleh pihak yang satu lagi. Tapi cinta yang sememangnya akan dibalas dan kekal adalah cinta kepada Allah yang satu kan.

Tapi bagi yang tak boleh elak tu nak buat macam mana ya? Lebih baiknya kita berdoa kepada Allah. 
"Ya Allah,jika dia benar untukku kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya.Dan jika dia bukan untukku damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu"...

Ececeh EN ni, tak sangka tak sangka.=0 Eh sambung buat proposal lahhh. Teringin nak sambung lagi bab ni. Nanti ada masa InsyaAllah nak kongsi.




K gudnite, sleep tight.

New update : Ok dah ada smbungannya DI SINI





Sunday, December 4, 2011

~Ber'Ombak Rindu--Jogging,Shopping,Swimming

Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari yang sihat.

Tapi tapi sebelum EN teruskan, nak cakap ni. Semalam tengok Ombak Rindu. Hoho. Orang lain sibuk cakap cerita tu best. Mula-mula macam taknak tengok pun sebab baca novelnya pun tak, ehh baca tapi skip2 berapa muka surat je sempat baca. Emm overall ok la. Ada yang cakap cerita tu sedih, tapi bagi EN tak sangat. Mungkin sebab ramai orang kat sekeliling, tak boleh nak feel sangat kesedihan tu. Selalu je EN sob sob kalau tengok cerita sedih sorang2,opsss kantoi. 

 Adaptasi dari novel ke filem.

Pelakon dia? Aaron aziz (Abang long kita-KL Gangster), Maya Karin (Pontianak yg cantik), Lisa Surihani(Ayu yg berubah wajah-Lagenda budak setan), Bront Palarae(aaaa selalu jadik hero tuk drama2 terbitan RadiusOne-Sinderella,Rona Roni Makaroni) dan lain2. Kira menjadi la lakonan dorang ni. Agak sesuai dengan watak. Tak tahu la pendapat orang lain. 

Disebabkan semalam waktu cerita Ombak Rindu dekat internet tak sama dengan waktu sebenar, terpaksa la kitaorang tengok yang midnight. Ingat nak tengok yang 10.30pm tp sebenarnya 10.00pm, bukan apa rugi la kan kalau setengah jam ketinggalan.Hampir pukul3pagi baru habis. Shhh jangan bagitahu mak abah

Ok kembali pada titik (back to the point)

Semalam merancang nak gi jogging hari ini, jadi kitaorang proceed la dengan plan tersebut. (Hanya EN dan kak Jannatul Adnin je join,Anis Husna demam). Dapatlah round Stadium Shah Alam tu dua kali disamping matahari pagi yang terik memancar. Orang lain sibuk gi beli-belah kat pasar pagi. Aishhh mana boleh jadi kan,  kitaorang pon join la jugak lepas tu. Memang plan nak gi beli-belah jugak.

Actually kat Pasar pagi tu nak cari baju tuk Annual Dinner IMS MSU. hoho baru nak cari padahal dah beberapa bulan berlalu,last minit tu yg best...Alhamdulillah, comfirm juga akhirnya tarikh dan tempat dinner. 

2nd IMS ANNUAL DINNER: VINTAGE NIGHT

Yup, setelah round2 pasar pagi, EN jumpa la jugak dress yang ala2 vintage tu. Then, EN dan kak Adnin keliling lagi, sebab dia nak survey tudung. Kemudian, pergi Pasaraya Giant sebelah, keluarkan duit lagi, dan membeli baju. Datang semula ke pasarpagi, jalan2 lagi. Kak Adnin beli 2 pasang baju dan kain kotak2nya itu. Hehe. Lepas tu konon2 nak balik dah, singgah Pameran Agrofest jap nak cari cendawan, tapi tak jumpa ehh bukan booth cendawan tak bukak sepenuhnya lagi. 

Hari ini last, semalam tak sempat join aerobik  kerana berada di MSU

Tiba-tiba Kak Janna,kakak kepada Kak Adnin ada berhampiran iaitu di pasarpagi itu jugak lalu dia mengajak makan di bawah khemah oren,katanya. Di tangan ku sudah ada sebungkus nasi lemak, ingat mahu makan di rumah. Tetapi tak mengapa sebab lapar dong. 

Selesai itu, kami menuju ke Agrofest semula bersama Kak Janna dan suaminya. Nak survey cendawan. Singgah di booth..xtahu booth apa, masuk pertandingan teka biji labu. Lepas dari itu barulah membeli cendawan untuk ditanam, ehh bukan dibiakkan kot. 

Okeyh2 lepas itu kami balik. Lama jugak berada di sana, dari pukul 8pagi sampai 12 tengahari. err 4jam...

Aktiviti seterusnya. Swimming di kolam renang Persanda. Tak rancang pon, tiba2 time balik tadi nampak kolam tu macam memanggil2 kitaorg berdua. Dalam cuaca yang agak panas best jugak berendam. Lepas zohor kitaorg turun bersama housemate2 kak Adnin. 

Maka berenang katak, berkuak lentang dan bertenggelam timbul la kami di sana. Aaaa nak belajar berenang sampai pandai. Mata kami pedih dek kerana kandungan klorin yang kuat.

Akhirnya, EN pulang. 

Agak panjang ya kisah pada hari ini. Maklum lah dah lama tak buat karangan.

Baik itu sahaja kawan2. Sehingga bertemu kembali. Daaa







Thursday, December 1, 2011

~It's december guys

Assalamualaikum...

Taylor Swift-Back to December

Today 1st December 2011. It's about a month left to say: 'Goodbye 2011'. Do I prepare for 2012??

There are a few things will happen in this December. Looking forward for those. 

Ok keep smiling guys. Enjoy your life. Take care of your health. Make others happy. 

Goodbye for now