=)

Tuesday, November 22, 2011

~Congratulation Malaysia team- #Harimau Muda Terbaik!

Assalamualaikum...


Semalam fuhh boleh dikatakan hari yang bersejarah buat Malaysia. Malaysia berjaya meraih emas untuk bola sepak Sukan SEA 26. Ibu segala emas, bak kata mereka2 diluar sana. Memang bangga teramat sangat kat team Harimau Muda, Harimau Malaya. Kamu semua memang the best. Khairul Fahmi aka Apexs. I dah follow u kat twitter, woo kebetulan jumpa semalam terus follow. Pemain yang lain tak jumpa pulak, nak follow gak Captain kita tu abg Badrool. Ehe. 

Ok lah bagi siapa yang miss match semalam boleh la lihat saat2 kemenangan Malaysia kat bawah ni.

Woww..memang terbaik lah hantaran captain dan tandukan Asraruddin tu. Tahniah!
Dapat menyamakan kedudukan MALAYSIA 1-1 Indonesia


Penalti. Penentuan untuk pingat emas. Malaysia 4-3 Indonesia

Mata keseluruhan Malaysia 5-4 Indonesia. Memang terbaik. Bangga sangat2. Malaysia dapat membuktikan pada rakyat Indonesia dan dunia bahawa kita memang hebat. Diharap rakyat Indonesia akur dan janganlah memaki rakyat Malaysia lagi. Marilah kita berdamai dan hidup dengan gembira.

Hoho EN pasti, ramai orang tak suka tengok bola sepak tempatan mesti terus nak tengok lepas ni. Tapi EN memang tak berapa tengok bola, tapi bila time team Malaysia lawan, memang akan sokong hoho. Biasa lah tu kan. Alright. Majulah Bola sepak untuk Malaysia.