=)

Thursday, November 24, 2011

~Sunyi

Assalamualaikum..

Sunyi, 

Macam mana nak mengisi kekosongan hati ini. 

Ya ingat dia. Dialah segalanya. Bersyukur. Berterima kasih. Dia sentiasa di hati. Kala diri ini kesunyian. Kepadanya ku mengadu. Bila rindu. Dia pengubatnya. 

Takkan ada yang dapat menggantikan tempatnya. Dialah yang pertama yang selalu terlintas di benak fikiranku. 

Ku ingin pinta darimu, jangan pernah jauh dari hambamu ini. Kerna ku takut kesunyian menyelubungi. Alhamdulillah. Terima kasih atas segala kurnia. ~





Tuesday, November 22, 2011

~Congratulation Malaysia team- #Harimau Muda Terbaik!

Assalamualaikum...


Semalam fuhh boleh dikatakan hari yang bersejarah buat Malaysia. Malaysia berjaya meraih emas untuk bola sepak Sukan SEA 26. Ibu segala emas, bak kata mereka2 diluar sana. Memang bangga teramat sangat kat team Harimau Muda, Harimau Malaya. Kamu semua memang the best. Khairul Fahmi aka Apexs. I dah follow u kat twitter, woo kebetulan jumpa semalam terus follow. Pemain yang lain tak jumpa pulak, nak follow gak Captain kita tu abg Badrool. Ehe. 

Ok lah bagi siapa yang miss match semalam boleh la lihat saat2 kemenangan Malaysia kat bawah ni.

Woww..memang terbaik lah hantaran captain dan tandukan Asraruddin tu. Tahniah!
Dapat menyamakan kedudukan MALAYSIA 1-1 Indonesia


Penalti. Penentuan untuk pingat emas. Malaysia 4-3 Indonesia

Mata keseluruhan Malaysia 5-4 Indonesia. Memang terbaik. Bangga sangat2. Malaysia dapat membuktikan pada rakyat Indonesia dan dunia bahawa kita memang hebat. Diharap rakyat Indonesia akur dan janganlah memaki rakyat Malaysia lagi. Marilah kita berdamai dan hidup dengan gembira.

Hoho EN pasti, ramai orang tak suka tengok bola sepak tempatan mesti terus nak tengok lepas ni. Tapi EN memang tak berapa tengok bola, tapi bila time team Malaysia lawan, memang akan sokong hoho. Biasa lah tu kan. Alright. Majulah Bola sepak untuk Malaysia.







Monday, November 14, 2011

~Aiskrim and Puff Homemade-ku

Assalamualaikum...

Semalam, EN nak try buat aiskrim sendiri. Aiskrim ala-ala kat kedai tu tapi tak berapa nak menjadi sangat. Rasa dah ada, tapi tak cukup lembut. Sepatutnya kena pukul selang seli,maksudnya kena  masuk peti then bila nak keras kena pukul nak bagi lembut. Apa2 pun xpe,next time try lagi. Ok kat bawah ni ada resepi nya. Diubah suai sedikit.

Resepi Aiskrim Perisa Jagung

 Bahan2
-Susu cair
-Gula kastor
-Telur putih
-Krimer susu
-Sedikit esen vanila
-Jagung tin

Cara2
1.Pukul bahan2 tersebut sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam peti,tempat sejuk beku.
2. Setelah hampir keras, pukul semula.
3. Masukkan ke dalam peti dan ulang semula beberapa kali.
4. Ok siap untuk dimakan.



 Tadi pula, EN masak puff daging dan kentang. Semalam macam biasa tengok Masterchef Malaysia. Kebetulan untuk cabaran tu dorang buat pastri. Memang dah lama dah nak try buat. So, lepas je abez nonton, terus je buat doh pastri tu. Disebabkan tak cukup bahan utama, iaitu butter tak berapa nak menjadi. EN just guna marjerin. Tapi still ikut cara dia buat tu, masuk kan dalam peti pastu gelek doh tu. HOHO semangat gila.
 
Pastu tadi baru buat inti dia. Apa-apa pun jadik puff pun ok la jugak tu. My mom cakap sedap ehehe. Lepas ni boleh berlatih lagi, mana tau ada chance masuk Masterchef. Ngee~

Alamak2 lagi beberapa hari lagi nak habis cuti semester ni. Hari jumaat dah nak kena balik Shah Alam. Hari sabtu tu pulak ada exam MUET. Adoyai, tak prepare. Dengan proposal nye lagi tak siap. 

Apa-apa pun diharapkan EN dan kawan2 boleh mengharungi semester terakhir BMS ni.InsyaAllah.

Baiklah, sampai di sini saja. Lain kali EN share lagi resepi lain. Daa..