=)

Friday, October 14, 2011

Resepi Mee Goreng Siput

Assalamualaikum...

Kali ini EN nak kongsi resepi pulak. Cuti sekolah eh silap cuti semester dah pun bermula. Kali ini lebih lama, sebulan woo...Alhamdulillah selalunya paling lama pun EN cuti 2minggu je.

Ok lah hari ini EN ditugaskan untuk memasak breakfast. Breakfast la sangatkan, bangun pun dah pukul 9 lebih. Mak, Abah EN dan adek bongsu, Ijah dah pun g sekolah. Yang lain2 pulak, 3 orang yang sekolah menengah tak pergi sekolah,ponteng ke? Tak lah,sekolah dorang ada kes histeria so dapatlah cuti mengejut.

Tanpa membuang masa jum EN nak berkongsi resepi bertajuk Mee Goreng Siput. Siput sedut? Bukan, nama mee tu kot mee siput. Entahlah. Mudah je untuk dimasak.

Bahan-bahannya:


2 Bungkus Mee Siput
4 ulas bawang merah
11-20 lada kering(nak pedas tambah lagi)
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
Setengah potong kobis
Minyak masak 2 sudu
Kicap
Sos tiram
Garam secukup rasa

Cara-caranya:


1. Macam biasa, panaskan kuali dan minyak.

2. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar. Terlangkah pulak, bahan yang dikisar adalah lada kering, bawang merah dan bawang putih. Ikan bilis pun boleh dikisar sekali.




3. Setelah bahan2 tadi naik minyak, masukkan pula kicap dan sos tiram. Kacaukan. Tambah garam secukup rasa. Kacau lagi sampai sebati.



4. Selepas itu, campur kobis yang telah dipotong.



5. Dan akhir sekali, letak Mee Siput kita tadi. Oh lupa, mee ni harus direbus dulu ok. Kacau sehingga semuanya sebati dan rata. 



Ok sudah siap untuk dimakan. Makan panas2 sedap jugak.

Baiklah mudah saja kan. Bagi kawan2 EN yang tengah bercuti tu boleh lah try buat. Senang dan cepat disediakan. Ha? Nak rasa yang EN buat. Boleh, datang lah rumah ahaha..

Esok dah nak mula operasi membuat kueh raya untuk dijual, Hari Raya Haji. Setakat ni buat kueh makmur dulu. Sebab Raya Puasa aritu ada yang cikgu tempah kat Mak, katanya sedap. Tapi time tu tak buat banyak. Ok lah ok lah. Pada sesiapa yang nak tempah kat EN boleh lah. Sila2.

Ok selamat mencuba resepi di atas. Daa...