=)

Friday, October 28, 2011

~Resepi Muffin coklat menjadi--Next projek?

Assalamualaikum...


Uishh gembira tau muffin coklat ku menjadi tadi, siap cream topping lagi tuh heh.. EN ni asal cuti jer kemaruk nak try resepi itu ini, kek la puding la. Nasib la ada bahan2 kat rumah ni. Mana tak, bahan tuk my mom buat kueh raya tu, curi sikit la tuk masak muffin tadi. Eh tak curi mintak2.


Meh jenguk resepi kat bawah ni. Copy paste jelah..


Muffin Coklat

Bahan-Bahan
  • ½  cawan mentega
  • ½  cawan minyak jagung
  • 1 ¼ cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 2 ½ cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
  • Sedikit coklat chip untuk hiasan.
Cara-cara:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
  2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
  5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung  sehingga sebati.
  6. Paipkan adunan  ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
  7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit.
Ok hasilnya sangat memberangsangkan. Hehe tapi tiada pula gambarnya untuk dilihatkan. Takpe bagi yang mahu rasa,boleh datang rumah esok, sementara muffin masih ada.

Baiklah untuk next resepi, EN nak try buat pai @ pastri ayam. Macam sedap. Hopefully menjadi. 

Lebih kurang macam ni lah nak buat

Proposal tuk research projek tak bersentuh. Alahai. Takpe lah, sabar ya. Nanti EN uruskan. Baeklah sampai di sini saja perkongsian EN. Daa