=)

Friday, October 28, 2011

~Resepi Muffin coklat menjadi--Next projek?

Assalamualaikum...


Uishh gembira tau muffin coklat ku menjadi tadi, siap cream topping lagi tuh heh.. EN ni asal cuti jer kemaruk nak try resepi itu ini, kek la puding la. Nasib la ada bahan2 kat rumah ni. Mana tak, bahan tuk my mom buat kueh raya tu, curi sikit la tuk masak muffin tadi. Eh tak curi mintak2.


Meh jenguk resepi kat bawah ni. Copy paste jelah..


Muffin Coklat

Bahan-Bahan
  • ½  cawan mentega
  • ½  cawan minyak jagung
  • 1 ¼ cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 2 ½ cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
  • Sedikit coklat chip untuk hiasan.
Cara-cara:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
  2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
  5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung  sehingga sebati.
  6. Paipkan adunan  ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
  7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit.
Ok hasilnya sangat memberangsangkan. Hehe tapi tiada pula gambarnya untuk dilihatkan. Takpe bagi yang mahu rasa,boleh datang rumah esok, sementara muffin masih ada.

Baiklah untuk next resepi, EN nak try buat pai @ pastri ayam. Macam sedap. Hopefully menjadi. 

Lebih kurang macam ni lah nak buat

Proposal tuk research projek tak bersentuh. Alahai. Takpe lah, sabar ya. Nanti EN uruskan. Baeklah sampai di sini saja perkongsian EN. Daa


Friday, October 14, 2011

Resepi Mee Goreng Siput

Assalamualaikum...

Kali ini EN nak kongsi resepi pulak. Cuti sekolah eh silap cuti semester dah pun bermula. Kali ini lebih lama, sebulan woo...Alhamdulillah selalunya paling lama pun EN cuti 2minggu je.

Ok lah hari ini EN ditugaskan untuk memasak breakfast. Breakfast la sangatkan, bangun pun dah pukul 9 lebih. Mak, Abah EN dan adek bongsu, Ijah dah pun g sekolah. Yang lain2 pulak, 3 orang yang sekolah menengah tak pergi sekolah,ponteng ke? Tak lah,sekolah dorang ada kes histeria so dapatlah cuti mengejut.

Tanpa membuang masa jum EN nak berkongsi resepi bertajuk Mee Goreng Siput. Siput sedut? Bukan, nama mee tu kot mee siput. Entahlah. Mudah je untuk dimasak.

Bahan-bahannya:


2 Bungkus Mee Siput
4 ulas bawang merah
11-20 lada kering(nak pedas tambah lagi)
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
Setengah potong kobis
Minyak masak 2 sudu
Kicap
Sos tiram
Garam secukup rasa

Cara-caranya:


1. Macam biasa, panaskan kuali dan minyak.

2. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar. Terlangkah pulak, bahan yang dikisar adalah lada kering, bawang merah dan bawang putih. Ikan bilis pun boleh dikisar sekali.




3. Setelah bahan2 tadi naik minyak, masukkan pula kicap dan sos tiram. Kacaukan. Tambah garam secukup rasa. Kacau lagi sampai sebati.



4. Selepas itu, campur kobis yang telah dipotong.



5. Dan akhir sekali, letak Mee Siput kita tadi. Oh lupa, mee ni harus direbus dulu ok. Kacau sehingga semuanya sebati dan rata. 



Ok sudah siap untuk dimakan. Makan panas2 sedap jugak.

Baiklah mudah saja kan. Bagi kawan2 EN yang tengah bercuti tu boleh lah try buat. Senang dan cepat disediakan. Ha? Nak rasa yang EN buat. Boleh, datang lah rumah ahaha..

Esok dah nak mula operasi membuat kueh raya untuk dijual, Hari Raya Haji. Setakat ni buat kueh makmur dulu. Sebab Raya Puasa aritu ada yang cikgu tempah kat Mak, katanya sedap. Tapi time tu tak buat banyak. Ok lah ok lah. Pada sesiapa yang nak tempah kat EN boleh lah. Sila2.

Ok selamat mencuba resepi di atas. Daa...




Tuesday, October 11, 2011

~Jun 2 da Kay--Alive

Assalamualaikum...

Annyeong everybody..

Woww Junsu Kim finally release his solo song. Alive!




This song is really so 'Alive'. The music combination, hiphop and ochestra really mix well. It is catchy. I can sing a long by just heard it once. Yup addicted.


Junsu Daebak! You are a good composer. Looking forward for other song release.


Junsu is so charismatic on stage. So different from the image he showed in 2PM SHOW, Daegu grandpa haha. Anyway gudluck to you Jundyu. Jun K and 2PM Hwaiting!

Is Junsu retarded? Haha just kidding


Thursday, October 6, 2011

~Tak sedar diri--Genetic disorder la tu

Assalamualaikum...

Dialog pertama: Kenapa kau tak sedar diri hah? Kau ingat pejabat ni mak bapak kau punya ke?

Dialog kedua   : Dia masih tak sedar kan diri la..Macam mana?

Hahha kedua-dua dialog diatas takde kena mengena langsung dengan post kali ini.


Sorry la kalo rasa macam post ni pasal kutuk mengutuk,maki hamun atau seangkatan dengannya. Tidak sama sekali. Tak baik tau kawan2 post yang jahat2 pasal orang lain. Ok ok.

Sebenarnya, esok EN ada exam. Genetic disorder pulak tu. Tapi masih tak sedar diri, study tak lagi. Ayat tu ditujukan untuk myself ok. Got it. 

Tomorrow, third paper. Then, Next Monday and Wednesday. After that Semester 5 finish. Holiday for 1 month and half. In that holiday got MUET test for second time hehe. I have to reach at least Band4 to further in MBBS. 

Oh oh ok la, masa untuk pergi. Gudluck untuk EN dan kawan2 yang exam esok. Hehe. Daaa.