=)

Monday, September 19, 2011

~Suratan atau Kebetulan

Assalamualaikum...

Wah kakak EN(bajet tua) baru je selesai jamuan berhari raya bersama classmate tadik. Mungkin ini jamuan Raya yang terakhir kami bersama. Sedey. Sob sob. Bergambar sakan tadi. Tapi tak dapat nak tunjuk gambar sebab kamera org lain. Sat lagi dorang upload la tu. EN ucapkan gudluck untuk klasmate2. Lepas ini masing2 akan membawa haluan sendiri. Lepas je last semester nanti yang hanya dua bulan tu, semua akan berpecah. Yelah intership boleh pilih, so ada yang nak buat kat rumah(tapi kena bayar RM1000) dan ada yang nak buat kat area Lembah Klang. EN? Owwwhh tunggu dan lihat aja OK. 

oK Kembali ke tajuk asal. Actually ianya takde kena mengena dengan jodoh. Yelah tajuknya pon suratan atau kebetulan. Ianya hanyalah kisah2 pelik tapi benar yang berlaku kat EN. Walaupon bagi orang lain maybe small matter je atau kacang je. 

Haha sebenarnya sejak hampir dua tahun duduk kat rumah ni, banyak kerosakan yang berlaku. Dan kerosakan2 tersebut dan2 je terjadi ketika EN menggunakan peralatan di rumah ni.

Ianya bermula pada suatu pagi, ketika EN sibuk bersiap ke kelas. Tiba2 saja kepala paip kat bilik air tu tercabut. Alahai,panik gila time tu. Tak tahu nak buat apa. Cepat2 bagitau housemate. Akhirnya kepala paip itu ditukar dengan sejenis alat, dan kitaorang guna shower je lepas itu. Heh macam mana boleh tercabut tak tahu lah. 

Ok kemudiannya, tak lama kemudian lampu dalam bilik pulak terbakar. Waduh kena spend duet lagi nak beli mentol. Hua terpaksa berkorban dah dan2 je time tu nak terbakar pulops. 


Selepas itu, beberapa bulan kemudiannya. Shower pulak mengalami kerosakan. Time tu EN jugak yang guna. Adeh. Berpuluh2 juga duet abeh beli kepala shower, gam pelekatnya. Tapi akhirnya semua itu hanya sia2 kerana tidak digunakan. Dengan bantuan Superwoman Cik Kai dan Cik Janna, shower tersebut ditutup dan diketatkan dan tidak digunakan lagi. Abis tu sekarang dah takde paip ke?? Oh kepala paip diceritakan kat atas tu, yang tadinya ditutup kini digantikan dengan kepala yang baru. 

Sob2 nak dijadikan cerita, dengan sukacitanya dimaklumkan kepala paip yang baru tukar tu pulak loose. Adeh kenapa ini semua terjadi kepada ku. Ingat daku ni tukang paip ke. Time EN guna tu jugak la dia nak rosak kan. Lalu dibelinya kepala paip yang baru. Tetapi kesedihan melanda lagi. kepala paip yang dibeli di Tesco itu tidaklah muat pula sebab cari yang biasa takde yang mahal tu hampeh xmuat. Kebetulan, minggu
balik ke kampung dan beli lah kepala kat situ. Dan Alhamdulillah OK suda.


Fuhhh dah abes ke? Belom lagi lah Dugaan yang tak berapa dasyat berlaku lagi ke atas diriku. Kali ini melibatkan lampu lagi. Selang beberapa minggu,lampu dalam bilik air pulak rosak. Iya betol. Time EN nak bukak tu,lampu tiba2 kelip2. Waduhh kenapa begitu dong. Balik je cuti raya, lampu masih padam. Dan EN mengambil keputusan untuk membeli lampu baru. Dengan bantuan Cik Janna, lampu tu sekarang dah OK.

Bertubi2 kejadian itu. Kadang2 tertanya2 jugak kenapa? Mungkin ada sebab nya. Dia nak tunjukkan sesuatu pada diriku. Salah satu hikmahnya, EN dah boleh menjadi tukang paip,lampu pun dah boleh tukar sendiri. Hoho mahu ketawa. Dan terima kasih banyak2 kepada Cik Kai dan Cik Janna,kalian memang lah harapan EN. Sudi membantu EN yang tak tahu menahu pasal kerja yang biasanya pihak lelaki yang selalu buat. Jasa kalian akan dikenang. Sayang kamu berdua.

Akhir kata, harapan EN semuga selepas ini, kejadian2 di atas tak berlaku lagi. Tapi lagi beberapa bulan lagi tinggal kat sini. Tak mustahil luka lama muncul kembali. Takpe, EN redha. Baeklah tu je nak cerita. Bagi yang rasa apa yang ditulis ini tak bermakna,tak mengapa. Hanya mahu kongsi kisah tragis hoho. Tagis la sangat. Ok selamat malam.

p/s: Bila di total berapa agaknya wang dihabiskan untuk menggantikan paip2 dan lampu2 yang rosak tu ye... Hehe..bukan EN ni ganas pon menyebabkan semua tu rosak. Kebetulan je OK. =P