=)

Saturday, September 24, 2011

~~Saya selsema cikgu--Tips Hilangkan Selsema

Assalamualaikum....

Sot sek sok set bunyi apa tu? Hehe sekarang EN tengah struggle menghadapi selsema. Wah agak lama sudah tak menghidap selsema ni. Alhamdulillah Penyakit yang Allah bagi tu bukan untuk menyusahkan kita atau menyakitkan kita tetapi  untuk menguji kesabaran kita sebagai hambanya. Malah dosa kita pon dapat dikurangkan. AMIN. Begiulah hendaknya.

Bila start selsema ni? Semalam kot,lepas balik dari openhouse cik Ain Idris. Cepat-cepat bukak laptop nak sambung tengok K-Drama yang bertajuk Pick The Star. Bukan sedih sangat pun, air mata tak keluar tapi air hidung pulak yang mengalir. Lepas tu sambung pulak tengok Running Man dekat YT. Orang lain dah abes pon tengok RM tapi EN baru nak tengok sebab baru ada masa. Cehh ye la tu. 

Ok then, bangun je pagi tadi, cecair yang dikenali sebagai mucus terus je mengalir, sampai saat ini. Ubat selsema tiada. Tak mengapalah. EN boleh mengahadapinya, InsyaAllah. Selalunya time selsema kita akan berasa:

  • Berasa agak rimas
  • Sukar untuk bernafas
  • Duduk tak tentu arah
  • Kepala agak pening
  • Suhu badan meningkat sedikit
  • Rasa nak cabut hidung
  • Hidung luka akibat asyik mengelap hingusan yang keluar
  • Mata pun akan berair secara tak langsung
  • Bersin pun menyerang dan menyebabkan selsema bertambah teruk
  • Semua kerja sukar dilakukan. Apa pun tak boleh
  • Kadang-kadang bila kita sedut mucus tu akan berada di tekak dan secara tak langsung kita akan tertelan. Euwwwww
Semua tu perkara normal kan. So macam mana kita nak hilangkannya. Ada petua atau tips tak cik EN. Personally selalunya EN just biar je, kadang2 sampai seminggu selsema. Kalo dah tahap kronik baru carik ubat kat farmasi. Tu pun 2-3 biji makan baru ok. Ok Mr Google I need u. Mari search for petua hilangkan selsema.

(60 saat kemudian)

Alrite sudah jumpa. Ini dia,tadaaa:

Petua#1: Hancurkan batang sirih sehingga keluar lendir. Sapukan lendir tu pada hidung. Ia bertindak melegakan selesema dan hidung tersumbat sebelum ini. Lakukannya sehingga selsema berkurangan.

Ini lah rupa daun sirih kawan2
Petua#2: Ambil sebiji limau nipis. Perahkan dalam teh suam kosong tanpa gula atau susu. Kacau dan sudah sedia untuk diminum.

Petua#3: Ambil satu camca minyak masak dan lumurkan dikepala biarkan sampai kering. Secara perlahan selsema akan berkurangan.

Petua moden: Makan ubat yang diambil kat klinik atau dibeli di farmasi. Selesai.

Haha rasanya petua last sekali,moden tu yang selalu kita amalkan lebih mudah telan ubat je. Yelah kat tengah bandar ni mana nak carik daun sirih hoiiii. Kat kampung tu pon nak carik kadang2 susah. Padahal ada je hehe. Nak elak dari diserang selsema selalu, mengikut petua sains, banyakkan makan makanan yang bervitamin C seperti berikut:

Vitamin C Fruits How to Get More Vitamin C in Your Diet
  • Buah-buahan citrus seperti oren dan delima
  • Buah kiwi,mahal sikit lah
  • Buah mangga,ha ni bagus untuk melawas jugak
  • Strawber,raspberries,cranberries, blueberries. Bukan blackberries ok,naya je nanti.
  • Buah tembikai, sllllrrrrpp meleleh sudah ayer liur
  • Sayur brokoli dan bunga kobis
  • Sayuran berdaun hijau seperti bayam (kegemaran popeye)
  • Kentang dan keledek
Banyak lagi makanan lain. Sila search sendiri. Selamat beramal ya.

Oklah dah panjang dah entry ni. Ala tadik my mom tanya pergi tak openhouse Wan Chu kat Batu Caves. Yup I wanna go. Tu pun kalo ada orang nak amek kat ktm batu caves tu. Why don't u come to pick me here in Shah Alam. Haha memang tak la hihi. Baik tunggu dan lihat esok. Alrite. Sehingga bertemu kembali. Tata.