=)

Friday, September 30, 2011

~Padini clearance stock-All priced at RM5

Assalamualaikum..


Yeah it can be believed. All at RM5! 

Wow,it's Padini guys. At reasonable prices, so cheap. Tomorrow is the last day so do come there.

But, before going, you all have to prepare mentally and physically. Yeah you are right, it's clearance stock. If you expect that there would be less people you are totally wrong!

Today, I had been there. Kak Adnin, Zaty and I went there by 10.30am. Huuuu it was totally jam, we barely parked the car. And then the most scary things is when we reach that place. Human are everywhere. I started to confuse,because I didn't see any stock or things that gonna be sell. But then, I just joined the crowded. They are pushing each other, yeah to survive and successfully entering that place hahaha. Really not easy. There are some who are give up and leave. Good hahaha...
Eventhough the crowded is not this much but feel like faint.

Since I never been to any clearance sale before, I never expect this would happen. Everyone is shouting at each other, push others to enter. The management just allow people to enter group by group to avoid that warehouse to be crowded. Luckily after half hour been pushing, we successfully entered. Then, we had to wait again for twice time. And tadaa we were in, at last fiuhhhh!

Clothes are everywhere.  It just like bundle store.  But it worth since it is branded clothes at lower price. Yeah you have to choose it since not all are in good condition. 

To anyone that wanna go tomorrow, do come early. Hahaha. If you don't want to be like 'sardine'. 

 It was my first experienced then. Hmmm totally chaos at the entering door so be careful. 

Alrite. goodluck guyz =D




Saturday, September 24, 2011

~~Saya selsema cikgu--Tips Hilangkan Selsema

Assalamualaikum....

Sot sek sok set bunyi apa tu? Hehe sekarang EN tengah struggle menghadapi selsema. Wah agak lama sudah tak menghidap selsema ni. Alhamdulillah Penyakit yang Allah bagi tu bukan untuk menyusahkan kita atau menyakitkan kita tetapi  untuk menguji kesabaran kita sebagai hambanya. Malah dosa kita pon dapat dikurangkan. AMIN. Begiulah hendaknya.

Bila start selsema ni? Semalam kot,lepas balik dari openhouse cik Ain Idris. Cepat-cepat bukak laptop nak sambung tengok K-Drama yang bertajuk Pick The Star. Bukan sedih sangat pun, air mata tak keluar tapi air hidung pulak yang mengalir. Lepas tu sambung pulak tengok Running Man dekat YT. Orang lain dah abes pon tengok RM tapi EN baru nak tengok sebab baru ada masa. Cehh ye la tu. 

Ok then, bangun je pagi tadi, cecair yang dikenali sebagai mucus terus je mengalir, sampai saat ini. Ubat selsema tiada. Tak mengapalah. EN boleh mengahadapinya, InsyaAllah. Selalunya time selsema kita akan berasa:

  • Berasa agak rimas
  • Sukar untuk bernafas
  • Duduk tak tentu arah
  • Kepala agak pening
  • Suhu badan meningkat sedikit
  • Rasa nak cabut hidung
  • Hidung luka akibat asyik mengelap hingusan yang keluar
  • Mata pun akan berair secara tak langsung
  • Bersin pun menyerang dan menyebabkan selsema bertambah teruk
  • Semua kerja sukar dilakukan. Apa pun tak boleh
  • Kadang-kadang bila kita sedut mucus tu akan berada di tekak dan secara tak langsung kita akan tertelan. Euwwwww
Semua tu perkara normal kan. So macam mana kita nak hilangkannya. Ada petua atau tips tak cik EN. Personally selalunya EN just biar je, kadang2 sampai seminggu selsema. Kalo dah tahap kronik baru carik ubat kat farmasi. Tu pun 2-3 biji makan baru ok. Ok Mr Google I need u. Mari search for petua hilangkan selsema.

(60 saat kemudian)

Alrite sudah jumpa. Ini dia,tadaaa:

Petua#1: Hancurkan batang sirih sehingga keluar lendir. Sapukan lendir tu pada hidung. Ia bertindak melegakan selesema dan hidung tersumbat sebelum ini. Lakukannya sehingga selsema berkurangan.

Ini lah rupa daun sirih kawan2
Petua#2: Ambil sebiji limau nipis. Perahkan dalam teh suam kosong tanpa gula atau susu. Kacau dan sudah sedia untuk diminum.

Petua#3: Ambil satu camca minyak masak dan lumurkan dikepala biarkan sampai kering. Secara perlahan selsema akan berkurangan.

Petua moden: Makan ubat yang diambil kat klinik atau dibeli di farmasi. Selesai.

Haha rasanya petua last sekali,moden tu yang selalu kita amalkan lebih mudah telan ubat je. Yelah kat tengah bandar ni mana nak carik daun sirih hoiiii. Kat kampung tu pon nak carik kadang2 susah. Padahal ada je hehe. Nak elak dari diserang selsema selalu, mengikut petua sains, banyakkan makan makanan yang bervitamin C seperti berikut:

Vitamin C Fruits How to Get More Vitamin C in Your Diet
  • Buah-buahan citrus seperti oren dan delima
  • Buah kiwi,mahal sikit lah
  • Buah mangga,ha ni bagus untuk melawas jugak
  • Strawber,raspberries,cranberries, blueberries. Bukan blackberries ok,naya je nanti.
  • Buah tembikai, sllllrrrrpp meleleh sudah ayer liur
  • Sayur brokoli dan bunga kobis
  • Sayuran berdaun hijau seperti bayam (kegemaran popeye)
  • Kentang dan keledek
Banyak lagi makanan lain. Sila search sendiri. Selamat beramal ya.

Oklah dah panjang dah entry ni. Ala tadik my mom tanya pergi tak openhouse Wan Chu kat Batu Caves. Yup I wanna go. Tu pun kalo ada orang nak amek kat ktm batu caves tu. Why don't u come to pick me here in Shah Alam. Haha memang tak la hihi. Baik tunggu dan lihat esok. Alrite. Sehingga bertemu kembali. Tata.





Wednesday, September 21, 2011

~Random Pictures--

Assalamualaikum...

Rasa nak update blog ni tapi tak tahu nak tulis apa. So belek2 laptop ni carik gambar, jumpa la gambar2 berikut. Gambar2 ni diambil oleh my dad tak lama dulu,sebelum kamera tu rosak. Yang buat rosaknya tak lain tak bukan EN la huhu. Terjatuh,last2 skrin rosak. Boleh guna lagi tapi dah skrin rosak macam mana nak tangkap gambar.












 Semua bunga2 kat atas tu EN tak tahu la nama dia. Yang selalu tengok bunga raya, bunga kertas. So tak tahu lah. Maklumlah bukan pencipta tumbuh-tumbuhan yang bernama bunga ni.

Ha ni tau.Bunga apa? Bunga Orked la


Dalam banyak2 gambar yang ada dalam backup file tu kenapa pilih bunga ya. Hoho entahlah. My dad banyak tangkap gambar pelik2. Gambar bunga macam sedap dipandang oleh kaca mata. Gambar yang lain nantilah EN share. 

Ok that's all for tonite. Daaa

p/s:arini befday my old friend cik shima. Semuga panjang umur beb dan dimurahkan rezeki. Ayat standard.

Monday, September 19, 2011

~Suratan atau Kebetulan

Assalamualaikum...

Wah kakak EN(bajet tua) baru je selesai jamuan berhari raya bersama classmate tadik. Mungkin ini jamuan Raya yang terakhir kami bersama. Sedey. Sob sob. Bergambar sakan tadi. Tapi tak dapat nak tunjuk gambar sebab kamera org lain. Sat lagi dorang upload la tu. EN ucapkan gudluck untuk klasmate2. Lepas ini masing2 akan membawa haluan sendiri. Lepas je last semester nanti yang hanya dua bulan tu, semua akan berpecah. Yelah intership boleh pilih, so ada yang nak buat kat rumah(tapi kena bayar RM1000) dan ada yang nak buat kat area Lembah Klang. EN? Owwwhh tunggu dan lihat aja OK. 

oK Kembali ke tajuk asal. Actually ianya takde kena mengena dengan jodoh. Yelah tajuknya pon suratan atau kebetulan. Ianya hanyalah kisah2 pelik tapi benar yang berlaku kat EN. Walaupon bagi orang lain maybe small matter je atau kacang je. 

Haha sebenarnya sejak hampir dua tahun duduk kat rumah ni, banyak kerosakan yang berlaku. Dan kerosakan2 tersebut dan2 je terjadi ketika EN menggunakan peralatan di rumah ni.

Ianya bermula pada suatu pagi, ketika EN sibuk bersiap ke kelas. Tiba2 saja kepala paip kat bilik air tu tercabut. Alahai,panik gila time tu. Tak tahu nak buat apa. Cepat2 bagitau housemate. Akhirnya kepala paip itu ditukar dengan sejenis alat, dan kitaorang guna shower je lepas itu. Heh macam mana boleh tercabut tak tahu lah. 

Ok kemudiannya, tak lama kemudian lampu dalam bilik pulak terbakar. Waduh kena spend duet lagi nak beli mentol. Hua terpaksa berkorban dah dan2 je time tu nak terbakar pulops. 


Selepas itu, beberapa bulan kemudiannya. Shower pulak mengalami kerosakan. Time tu EN jugak yang guna. Adeh. Berpuluh2 juga duet abeh beli kepala shower, gam pelekatnya. Tapi akhirnya semua itu hanya sia2 kerana tidak digunakan. Dengan bantuan Superwoman Cik Kai dan Cik Janna, shower tersebut ditutup dan diketatkan dan tidak digunakan lagi. Abis tu sekarang dah takde paip ke?? Oh kepala paip diceritakan kat atas tu, yang tadinya ditutup kini digantikan dengan kepala yang baru. 

Sob2 nak dijadikan cerita, dengan sukacitanya dimaklumkan kepala paip yang baru tukar tu pulak loose. Adeh kenapa ini semua terjadi kepada ku. Ingat daku ni tukang paip ke. Time EN guna tu jugak la dia nak rosak kan. Lalu dibelinya kepala paip yang baru. Tetapi kesedihan melanda lagi. kepala paip yang dibeli di Tesco itu tidaklah muat pula sebab cari yang biasa takde yang mahal tu hampeh xmuat. Kebetulan, minggu
balik ke kampung dan beli lah kepala kat situ. Dan Alhamdulillah OK suda.


Fuhhh dah abes ke? Belom lagi lah Dugaan yang tak berapa dasyat berlaku lagi ke atas diriku. Kali ini melibatkan lampu lagi. Selang beberapa minggu,lampu dalam bilik air pulak rosak. Iya betol. Time EN nak bukak tu,lampu tiba2 kelip2. Waduhh kenapa begitu dong. Balik je cuti raya, lampu masih padam. Dan EN mengambil keputusan untuk membeli lampu baru. Dengan bantuan Cik Janna, lampu tu sekarang dah OK.

Bertubi2 kejadian itu. Kadang2 tertanya2 jugak kenapa? Mungkin ada sebab nya. Dia nak tunjukkan sesuatu pada diriku. Salah satu hikmahnya, EN dah boleh menjadi tukang paip,lampu pun dah boleh tukar sendiri. Hoho mahu ketawa. Dan terima kasih banyak2 kepada Cik Kai dan Cik Janna,kalian memang lah harapan EN. Sudi membantu EN yang tak tahu menahu pasal kerja yang biasanya pihak lelaki yang selalu buat. Jasa kalian akan dikenang. Sayang kamu berdua.

Akhir kata, harapan EN semuga selepas ini, kejadian2 di atas tak berlaku lagi. Tapi lagi beberapa bulan lagi tinggal kat sini. Tak mustahil luka lama muncul kembali. Takpe, EN redha. Baeklah tu je nak cerita. Bagi yang rasa apa yang ditulis ini tak bermakna,tak mengapa. Hanya mahu kongsi kisah tragis hoho. Tagis la sangat. Ok selamat malam.

p/s: Bila di total berapa agaknya wang dihabiskan untuk menggantikan paip2 dan lampu2 yang rosak tu ye... Hehe..bukan EN ni ganas pon menyebabkan semua tu rosak. Kebetulan je OK. =P




Sunday, September 11, 2011

~I am not perfect

Assalamualaikum...

                                                                   Perfect-Simple plan

Lagu ni banyak maknanya. Time sekolah dulu,selalu layan lagu simple plan. Iyalah lagu dorang ni banyak mesej terutamanya tentang kekeluargaan. 

Saya tak sempurna. Ada ke manusia yang sempurna? Kalau ada mahu jumpa manusia yang sebegitulah, nak minta tips 'How to be perfect'.

Haha tiada apa-apa maksud tersurat dan tersirat pun sebenarnya. EN just wanna thanks to people around me, my parents,my family, my teachers, my friends. You are the best among the best because you all could understand me. Walaupun tak sepenuhnya la kan,u all masih terima EN seadanya. 

Uhuk uhuk.Tabik dekat orang2 yang kat luar sana, yang boleh mengekspresikan diri mereka secara terbuka. Nak cakap apa2 dorang cakap je or tulis je publicly. Contohnya kat FB twitter ke YM ke.Beraninya mereka. Bagi EN, woo serius tak berani. Bukan apa, takut tulis something about orang lain nanti orang lain yang terasa bagaimana?
 
Honestly,memang ada ketidakpuasan hati dalam hidup ini tapi tidak semestinya kita perlu luahkannya directly, terutama jika boleh menyinggung perasaan orang lain. Setakat ni, walau macam mana tak puas hati atau sedihnya EN tentang sesuatu tu,terutama melibatkan orang lain, I try not to post it publicly. EN lebih suka simpan,pendam dan buat pekasam. Lama2 hilang lah. I am so lucky because everytime I feel down, I know how to entertain myself. 

At the first place, mestilah kita kena ingat Allah dulu. Alhamdulillah apa yang kita rasa dalam hati tu setidak2nya akan membuatkan kita ingat kepada dia. Setuju tak.Kadang2 eh bukan kadang2 selalunya, EN memang tak share pun kesedihan tu dengan orang lain. Let the sorrow be mine only. Kesian sama orang lain. Kongsi kegembiraan sudah mencukupi. 

Baiklah EN nak buat homework dulu. I wanna say thank you to everyone out there. And sorry too. Sorry sorry sorry. 

K annyeong.


Friday, September 9, 2011

~Long time no see

Assalamualaikum...

Wah it's being a while that I didn't update this blog. It's not too late to wish  Muslims Selamat Hari Raya Aidilfitri because we are still in Syawal,today is 11 Syawal. Yeah but my raya mood is gone, I wish Raya's holiday will be extend for a longer time.

Alhamdulillah, Raya celebration for this year is quite fun. I still got 'duet raya'. Haha. 

First Raya in Jerantut,Pahang.
A lot things to tell..emmm but maybe next time. Gudnite then.