=)

Saturday, August 20, 2011

~Sudah masuk 10 malam terakhir Ramadhan

Assalamualaikum...


Alhamdulillah. Sudah memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. Patut gembira atau bersedih? 

Mestilah gembira kan.Di hari2 terakhir menjelang Aidilfitri mesti ramai yang sibuk nak menyoping. Bak kata ustaz yg bg tazkirah semalam, sibuk nak melontar kat jalan TAR. Lontar gapo dio,lontar duet hehehh. Tak kurang jugak yang sibuk nak buat kueh raya, jahit langsir dan sebagainya. Mahu menyambut kemerdekaan dan hari kemenangan la katakan.

Tapi sedarkah mereka, Ramadhan semakin meninggalkan kita. Sepatutnya kita bersedih. Tiada lagi ibadah puasa bersama2. Tiada lagi solat tarawikh. Syaitan akan terlepas dari dibelenggu. Banyak rahmat2 lain akan hilang seperti pengampunan dari Allah SWT, pemakbulan doa oleh Allah bagi orang berpuasa. 


Yup malam ganjil bagi 10 malam terakhir ini tersembunyi seribu satu malam iaitu malam Lailatul Qadar. Pasti ramai yang pernah mendengar dan mengetahui kewujudan malam ini. Tapi...ya kebanyakan kita sekadar melalui malam ini seperti malam biasa, sedangkan kita sudah mengetahui pahala melakukan ibadah pada malam tersebut. Wahh tersangat lah besar fadhilatnya, kita takkan dapat pada malam2 biasa, sekali setahun je Allah berikan. Rugikan kita.

Nak kongsi kat sini tentang kenapa Allah sembunyikan malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan dan bukannya pada awal Ramadhan atau pertengahannya. Cuba teka cuba teka. Ya pandai. Sebab Allah amat arif tentang hambanya. Sudah pasti jika ianya berlaku pada awal Ramadhan, pasti kita akan bertungkus lumus hanya pada awalnya saja. Macam mana pula malam2 akhir. Boleh diagakkan. Pasti ada yang akan mengabaikan atau melakukan ibadah secara cincai saja. Betul tak agak2nya. Tepuk dada tanya iman.

Baeklah, jom lihat amalan2 yang Nabi Muhammad SAW lakukan pada 10 malam terakhir ini. Ayuh!

1. Melakukan qiamullail;
2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;
3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;
5. Iktikaf dalam masjid.


Apa lagi jom la kita2 sama2 cuba mengikut sunah Nabi Muhammad ini. InsyaAllah. Ini peringatan bagi anda2  dan juga saya.