=)

Saturday, August 13, 2011

~~Mengidam makanan di bulan puasa--Tak kot

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ini sudah masuk Ramadhan yang ke-13..Lagi 2 hari masuklah ke pertengahan Ramadhan. Sangat pantas masa.

Okeyh bulan puasa sinonim dengan bazar Ramadhan. First Ramadhan aritu pergi bazar Ramadhan @Sek13 Shah Alam kat stadium ni fuhyoo ramai orang. Penuh,jalan memang sesak. Penuh dengan manusia hehe. Yela antara bazar terbesar kot,agaknyelah. 

Makanan jangan cerita,macam-macam ada. Sukar untuk memilih makanan yang nak dibeli. Alih-alih pulang dengan tangan kosong,ehh tak tak pulang dengan sebungkus kuih penerang yang berharga rm2,yup itu je. Tak patut tak patut. Bawa pulang murtabak ke nasi ayam ke nasi beriani ke mee goreng ke takpe gak. Kawan pun ada tanya: "Makan tu je ke Ili?" Dengan tersipu malu menjawab: "A'a"

Bagi yang tak tahu,ni la rupa kuih penerang aka kuih telinga keling. Sedap kan.


Actually tak macam orang lain, EN rasa macam tak teringin pun nak makan apa2 setakat ni. Apa yang ada depan mata makan je. Alhamdulillah tak memilih. Ceh puji diri sendiri ke. 4 hari yang lepas pun memang tak masak or tak beli apa2. Hehe ktaorang berbuka di luar @masjid dan semalam berbuka di rumah classmate, Soraya. A'a la,dikesempatan ini nak ucapkan terima kasih buat Aya dan family kerana menjemput kami berbuka dan bertarawikh di sana. Makan ala2 buffet,nasi beriani lagi tuh. Thanks ya =D.

Kenapa nafsu makanku kurang di bulan puasa ni ek..hoho duk tengah fikir makanan apa yang best yang patut diidamkan. Think think. Ehmmmm...Mungkin buat masa nih belom muncul lagi. Ok xpe. Nanti mahu tonton rancangan memasak,maybe time tu boleh dipikirin. Poyo jer. Mana tahu tiba2 mengidam masakan korea ke (sebab tgah tonton drama korea sekarang heee). 

Kuih-muih untuk menaikkan selera makan
Wahh murtabak feveret setiap orang di bulan puasa

Ayam madu kan ni..looks nice
Adess cendol, tiba2 teringin


Baiklah. Hari ini untuk berbuka EN mahu masak kot. Ye la asyik berbuka di luar. Kesian dapur tu tak berasap. Bahan2 masak untuk minggu lepas tak terusik pon. Yeah safe bajet. 

Ok dah nak pukul4,lagi 3jam je lagi mahu berbuka. Mari countdown. Keyh selamat berbuka kalian semua.
jumpa lagi. 

Bye bye -Annyeong