=)

Monday, August 22, 2011

~~Dalam Mihrab Cinta

Assalamualaikum....


Best kan lagu atas ni...Mendayu-dayu je. Bagi yang xtau ni OST Dalam Mihrab Cinta


Emm filem ni diadaptasi dari novel Dalam Mihrab Cinta tulisan novelis Habiburrahman El Shirazy. Bagi peminat fanatik novel pasti kenal penulis novel ni. Actually EN xkenal pun hehe siapa beliau. Novel ni pun x bace lagi. Just tengok filem dia je. Memang bukan pembaca novel sejati. Satu koleksi novel pun tak ada. Novel yang dibaca pun boleh dikira. 

Tertanya jugak apa sebenarnya maksud mihrab ni. Jom Google.

Ok mengikut wikipedia, Mihrab adalah sebuah ceruk di dinding sebuah masjid yang menunjukkan kiblat, iaitu arah Kaabah dimana orang Islam harus menghadapnya sewaktu bersolat. Dinding itu digelar dinding kiblat. Mihrab memberikan tanggapan sebuah pintu atau jalan ke Makkah. Ia berbeza dalam saiz tetapi biasanya dihias penuh. Mihrab Cinta pulak ada maksud lain menurut penulis ini. Nak tahu,bleh lihat di sini.

Hihi banyak novel yang berbentuk keislaman, tapi tak berkesempatan nak baca. So tengok filem pun dah cukup kot. Macam filem Ayat2 Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih.

Alrite itu saja.