=)

Wednesday, August 10, 2011

~Berbuka puasa--breaking fast

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakaatuh...
Jawab ye adek2 salam kakak tu. =D


Bulan Ramadhan,bulan baik bulan mulia. Ramadhan al-Karim. InsyaAllah bagi sesiapa yang taat dan taqwa, banyak ganjarannya.

Ok ok tentang berbuka puasa. Hari ini tuan2 dan puan2 berbuka dengan apa? Kurma aje? Alhamdulillah, itupun rezeki. Bagi yang bernasib baik sedikit pasti berbuka puasa dengan bermacam2 jenis lauk atau kuih atau makanan lain. Ya jangan sampai membazir pulak.

Alhamdulillah,hujung minggu lepas seronok,gembira dapat berbuka puasa dengan family. Balik ke kampung halaman di Jerantut,Pahang rumah aki dan wan. Tak sangka ramai yang ada time tu. Keluarga mak( kami satu family), Pak ngah Atan, Pak Teh Emi, Pak Itam Syam, Pak Ndak Nuri, Pak Busu Aja. Cuma 2 family lagi xde, Mak De Nani dan Mak Cik Maslia. Ceh sebut semua tu. 

Macam biasa bila dah ramai, terpaksa membuka kawasan alternatif untuk berbuka puasa iaitu di luar rumah. Sudah biasa,rasa lagi best, berangin. Makan jangan cerita, macam2. Perut kecik je so makan satu pinggan dah cukup. Nak mengulang makan balik rasa tak terdaya, tapi sumbatkan juga dalam mulut. Ye la bukan selalu. Hidangan lengkap, nasi, lauk, kuih, buah dan lain2. Hari2 macam tu kan best.

Tetapi tidak mengapa, kadang2 memang kita akan berjauhan dengan keluarga. Masih belajar la katakan. Yang belajar kat oversea tu lagi kesian, xleh balik pun hujung minggu kan kan. Bersyukur Alhamdulillah masih boleh pulang hujung2 minggu.



Wah berbuka di sini apa kurangnya jugak. Rezeki2. Tadi berbuka puasa, tarawikh di surau Al-Munawwarah. Semalam di Masjid Shah Alam. Hehe ada orang bawakkan maka dapatlah menjejakkan kaki ke sana. Thanks kak Jannatul Adnin,Khalilah,Kak Soleha,Syikin. Esok ke mana kita? Khabarnya nak ke masjid lain pulak. Hehe rasa segan pun ada. Tapi kenapa mau segan kan. Wee syukur.

Ok baiklah walau di mana sahaja kita berbuka puasa, dalam kereta ke,kat rumah,dalam bus or anywhere yang penting puasa kita tu perlu sempurna dulu. Jangan lakukan perkara yang boleh membatalkan puasa. Kemudian makan perlu sederhana,jangan berlebihan. Haaa jangan lupa bertarawikh. solat tarawikh cuma ada time bulan puasa je cik abang and cik akak. Jangan lepas kan peluang begitu aja.

Alrite. Jom Niat puasa untuk esok. Niat tu perlu di dalam hati,ingat tu. Lafaz baru dengan mulut ye. So lakukan lafaz dan niat. Semoga puasa kita diterima Allah SWT dan kita diberkati di bulan mulia ini. Amin Ya Rabbal Aa'lamin

Baiklah selamat berpuasa selamat malam.