=)

Friday, July 8, 2011

~Penting!!--Checklist harian Muslim Cemerlang

Assalamualaikum...


Apakah itu muslim sejati? Layak ke kita digelar muslim sejati sedangkan amalan yang dilakukan setiap hari belum tentu mencukupi dan sempurna. Nak menjadi muslim sejati bukan mudah dan bukan susah. Banyakkan usaha dan lakukan perubahan sedikit demi sedikit. Ok nak kongsi checklist @panduan yg boleh dirujuk setiap hari sambil2 melakukan ibadah harian. Mari mari lihat.





1.Hari ini aku dh baca Al-Quran ke belum?
2.Macam mana solat fardu aku hari ni? lewat ke tak?
3.Adakah aku mengingati Allah setiap masa dan ketika?
4.Sekerap manakah aku beristigfar? sekurang2nya 70 kali sehari ke?
5.Sejauh mana aku mendidik diri agar patuh dengan suruhan dan larangan Allah?
6.Sudahkah aku berdoa untuk kesejehteraan ibu bapa,keluarga,sahabat dan semua umat islam sebelumnya?
7.Adakah aku membantu orang lain kerana Allah S.W.T?
8.Sudahkah aku berniat untuk solat tahajjud pada malam hari?
9.Adakah aku merasa riak dan takbur apabila melakukan kebaikan?
10.Apakah yang aku lakukan untuk merealisasikan konsep amar makruf nahi mungkar?
11.Adakah aku menjaga telinga,mata,mulut dan anggota lain dari melakukan maksiat?
12.Adakah aku terima kasih dan bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan kepadaku?
13.Adakah aku berwuduk sebelum tidur?
14.Adakah aku ingin menperbaiki diri dengan lebih untuk hari esok?



Renung renungkan dan selamat beramal =D 
Sekian Terima kasih.


p/s: Sumber dari syahirul.com