=)

Monday, June 13, 2011

Kisah berantai saya 2--Zaman kanak-kanak

Assalamualaikum...

pandaemoticon

Wah dah abez pun cuti, arini dah start klaz. Ok la tu kan, walaupun 2 minggu je. Sbenarnye entry ni da tulis time cti tu tpi sparuh je, ye la kt kmpung halamanku tu line x ok. Baiklah mari kita sambung cerita di zaman kanak-kanak pula. Agak banyak yang mahu diceritakan, mana mahu mula ni.

.................................................................................................................................................


Seperti yang saya bagitau sebelum ni, saya tinggal di kuarters guru. So, semestinya rumah2 di keliling tu dihuni oleh cikgu2 dan family mereka. Yeh agak best kerana time tu ramai kawan2. Rumah pun cuma berape meter je dari sekolah,disenangkan cerita rumah dalam kawasan sekolah la. Kawan2 of cors la terdiri dari anak2 cikgu tapi ada jugak yang bukan. Isshh dalam berkawan mana boleh memilih,selagi ada yang mahu berkawan baik kita terima mereka seadanya.
 

Antara kawan2 saya time tu: Ana,Anis,Kak Yanti, Tikah, Hafiz,Along dan budak2 kecik yg lain. Ana dan Anis kawan paling rapat time tu sebab kitaorang sebaya,satu kelas pastu rumah sebelah menyebelah. Ok macam2 permainan la yang kitaorang main dulu2,memang maen tak ingat dunia. Bese lah budak2 lagi time tu. Disebabkan duduk dlm kawasan sekolah so satu kwasan tu menjadi tempat permainan kami. Nak pulak kat depan umah ada padang so apa lagi. Selalunya main kejar2, nyorok2, baling selipar. Ala cam kanak2 laen jugak la. Then, maen masak2 pun , kutip daun2 pokok, bunga pastu masak. Resepi yang tak ada dalam buku, Cicak masak kicap, cacing masak pedas, gurau je ok haha.Pas masak tu apa lagi berpicnik di depan rumah sambil bawak tikar. Tapi kami xmakan la apa yang kami masak tu ok. Kitaorang amek lauk dari rumah pastu berkelah, tukar2 lauk. Syiok.

Ha permainan apa yang xmaen time tu, sume maen, rasenye la. Permainan pulak ikot musim, klo time tu budak2 laen sibuk maen layang2 ktaorang pun maen layang2. Klo x gasing la, maen kad tepuk2 tu la macam2 .Antara yang best maen tembak2, pistol or senapang tu buat sendiri pakai kayu, pastu bullet @ peluru gune buah terung manggar yang bulat kecik tu. Selain tu maen rounders, ala2 besbol tu pukul bola tenis ngan kayu. Agak seronok eee rasa nak kembali ke zaman dahulu.girlemoticon

Emm apa lagi ea. Ha selalu kan kat padang tiap2 bulan ada pakcik tukang kebun mesin rumput. Aishh ngan rumput tu pn kitaorang maen tau. Ha? Maen cammane. Rumput tu dibentukkan menjadi rumah ke, binatang ke, kereta ke, ikot suka ati la. Selalunye buat rumah, yang besar punye, ada banyak2 bilik2, sambil tu maen la ayah2 mak2. Mesti xdapat bayangkan,xpe xyah bayang. Sebut maen ayah2 n mak2, kitaorg pun ada maen kawen2 gak huhu memang dasar budak kan nak buat cammane. Then, klo ari ujan kitaorang tanpa segan silu akan maen kat depan rumah, sebab kat padang selalu air bertakung so memang syok la maen air. Kadang2 siap berendam, berenang, agak dalam la jugak. Eeee tapi kotor la.

Tu kat depan rumah, belum cerita kat belakang rumah lagi. Memang salah satu port baek punye tuk maen2. Kat belakang rumah ada banyak pokok , pokok kelapa, pokok jambu, pokok belimbing dan pokok yang menakutkan tu, ala pokok jati. panjat2 pokok sambil makan buah, tak pun bergayut. Memang agak semak kadang2, tapi klo time dah bersih, clean n clear dari semak samun, macam2 bleh buat kat situ. Buat pondok, buaian. Mak n abah pun selalu bercucuk-tanam kat belakang, tapi selalu takde hasil sbb tanah tak subur, banyak binatang dalam tanah yang makan benih2 sayur @ buah yang di tanam tu. Klo subur ntah2 da bleh jual sayur2 n buah tu.
redfruitemoticon

Tinggal kat kuarters mesti hidup berjiran kan. So, mak2 kitaorang selalu tukar2 lauk dan makanan2 laen. Mak selalu suruh antar makanan kat cekgu sebelah. Bila dah memberi, mesti akan menerima, makanan tu akan dibalas dengan makanan laen pulak. So sweet. Tak rugi kalo hidup berjiran bila susah dorang la yang akan tolong kita. Yang paling best kalo ade cikgu2 yang buat kenduri @ sambutan, tolong menolong tu sudah pasti. Masak sama2 n makan sama2. Terutama time sambut ari jadi, buat BBQ ramai2 slrrpppp...

Ok itu lah kenangan time budak2, maybe ada lagi yang belum diceritakan, dah x ingat sikit2. Next, nak story pasal waktu persekolahan, ye tadika dulu. Teruskan membaca. Terima kasih.
Annyeong.kawaigirlfemoticon