=)

Friday, May 6, 2011

~Satu dua tiga ---Sayang

Assalamualaikum...

Satu satu saya sayang Allah
Dua dua sayang Rasulullah
Tiga tiga sayang ibu ayah
Satu Dua Tiga sayang semuanya


  • Nombor 1, haruslah kita menetapkan kecintaan sepenuhnya kepada Allah subhanahuwata'ala kerana dialah yang menghidupkan dan mematikan kita. Dari dia kita hidup dan kepada dia kita akan kembali. Allah tuhan sekalian alam, ucaplah dua kalimah syahadah walaupun ia belum tentu mencukupi. Sebolehnya perkukuhkanlah iman dan perbanyakkan amalan kita. Cinta kepada Allah sahaja yang kekal
  • Kedua, Rasulullah kekasih Allah, tanamkan cinta kita kepadanya. Tidakkah kita rindu kepada baginda sedangkan baginda sentiasa menyebut kita,umatnya dalam doa baginda. Ummati ummati. Oh bahagia jika diberi kesempatan bertemu baginda sekarang, ingin ku katakan betapa rindunya aku kepada baginda, aku cinta Rasulullah
  • Ketiga, Ya ibu dan ayah,merekalah yang membesarkan kita. Memberi makan dan minum dari rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Jangan sesekali kita lupa kepada jasa mereka. Sayangilah mereka selama mereka masih hidup. Bahagiakan mereka,doakan mereka
  • Keempat, semuanya? Merangkupi orang-orang yang berada disekeliling kita. Ahli keluarga yang lain, kawan-kawan,guru-guru dan sebagainya. Tetapi ingat janganlah pula kita mencintai mereka melebihi cinta kita terhadap Allah dan Rasulullah
" Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri'' -Riwayat Bukhari dan Muslim-

________________________________________________________________________________

Rasa cinta adalah fitrah manusia.  Tetapi ingatlah, cinta pertama kita adalah cinta kepada Allah.