=)

Tuesday, May 3, 2011

~Puding Kuda belang

Assalamualaikum...

Cuti 3 hari baru ni, ade mencuba resepi puding
Time kat rumah je mesti teringin dan rajin nak masak something
Sehari before tu try buat kek batik moist tapi xberapa nak menjadi
Adesss kurang milo gamaknya..Xpe2 da masuk perut pon

Ok2,search punya search jumpe la resepi Puding Kuda Belang
                   
Hehe actually Puding Zebra namanya tapi xpe untuk menkomersialkan
dan memelayukan namanya kita panggil Puding Kuda Belang
Aha bila type semula Puding Zebra jumpa la beberapa resepi lepas tu klik banyak2 sebab nak bandingkan 
Sebenarnya nak tengok resepi mana yang bahannya ada kat rumah


Banyak resepi yang keluar tu dalam bahasa indonesia so dengan tak semena2 terjumpa lah perkataan baru
Antara perkataannya ialah Tepung terigu dan Maizena


So, dalam keadaan terpinga-pinga tu sempat la tanya kat mak
Mak pun  ragu2,lalu untuk menghilangkan tanda tanya kami, search je la
And the result is:


Tepung terigu=Tepung gandum
Maizena =Tepung jagung


Ok la tu,dapat gak perkataan baru 
Baiklah mari kita lihat resepi nya:

Puding Kuda Belang

Bahan-bahannya:

  • 900 ml air
  • 300 gram gula
  • 2 daun pandan
  • 2 bungkus agar-agar
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 1 titik esen vanila
  • 1 susu besar tepung jagung
  • Serbuk coklat
Cara membuat:
  1. Didihkan air,gula,agar-agar bersama daun pandan sehingga gula dan agar-agar larut. Biarkan seketika.
  2. Kemudian, pukul telur bersama susu cair dan esen vanila. Letakkan tepung jagung dan ratakan.
  3. Letakkan bancuhan telur ke dalam campuran agar-agar dan kacau sehingga sebati di atas api.
  4. Selepas itu,bahagikan bancuhan kepada dua. Satu bancuhan asal dan satu lagi dicampurkan dengan serbuk koko.
  5. Tuangkan kedua-dua bancuhan ke dalam loyang secara berselang seli.
  6. Sejukkan seketika dan boleh diletakkan ke dalam peti ais

Lebih kurang begini rupanya



Sudah siap pun. Ok selamat mencuba ya.