=)

Wednesday, May 4, 2011

Pernah kena tindih?--Gangguan syaitan atau...

Assalamualaikum

Mesti ramai yang ada pengalaman kene tindih or kena hempap. Actually bukan kena tindih betul2 pun dengan objek or something tapi time tu badan akan rasa susah untuk bergerak. Rasa macam kejang badan. Kita macam berada dalam separa sedar. Ok dari segi Islam kita akan berfikir yang hempap kita tu adalah syaitan yang sengaja mahu mengganggu. Jadi, time kena tu sure2 kita akan baca ayat Al-Quran seperti ayat Kursi untuk mengelak atau menghalau syaitan tu. Ya cara tu memang berkesan. Saya pernah mengalami keadaan tersebut beberapa kali. Memang rasa rimas gila, nak gerakkan badan tak boleh. Then, rasa macam menjerit tapi orang lain tak dengar. Kebiasaan berlaku time malam,tapi pernah jugak kena time siang. Alhamdulillah sekarang dah tak berlaku lagi. 

Baiklah,sebenarnya keadaan dihempap atau ditindih ni ada penjelasannya dari segi sains jugak. Penjelasan ni di cari di internet kemudian di copy and paste, di edit sedikit. Credit to tuan punya, sharing is caring kan.



Dari segi sains ia dipanggil sleep paralysis iaitu condition yang terdiri daripada  paralysis (lumpuh) yang temporary/sementara.Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis). Ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement) stage, otak akan bagitau badan kita suruh rehat. So, badan kita kira macam switch off kejap.Maka berlaku la REM atonia (no muscle tone).


Otak kiter pun ader switch off button dipanggil reticular activating system RAS. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni,so tinggal automatic function (degupan jantung,bernafas etc.) jer yang on.Kirenya, screensaver or hibernate mode la. Bila kita bangun, RAS switched on balik kita sedar fully awake state, tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter. Maka masa tu la badan kita lumpuh seketika, before otak activate balik.Mmg menakutkan tapi benar.  

Tapi paralysis tu tak semestinya complete atau full, kadng2 partial atau sebahagian saja. Sebab tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tapi badan lain lumpuh dan sebagainya. Dan satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan halusinasi sama ada dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak benda bukan2) atau tactile (deria sentuh, terasa benda sentuh atau hempap)


Sebab2 yang boleh mentrigger sleep paralysis: 

1. tidor dalam posisi terlentang
terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah
(irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak
cukup tidor la ni)

4. stress yang byk kat
otak,masalah keluarga, kewangan DLL

5. pertukaran gaya hidup secara
tiba2 

6. orang yang ader penyakit narcolepsy



Actually tadi kak Jannatul Adnin yang bercerita pasal ni so just nak kongsi. Ok apa2 pun setiap yang berlaku ada sebab dan semuanya terjadi atas izin Allah.