=)

Thursday, April 14, 2011

~~Cekodok pun ade resepi

Assalamualaikum....

Uishhh kuali berasap sebentar tdik
Tak, tak, tiada kebakaran yang berlaku
Siap sepinggan jemput2 atau juga dikenali sebagai cekodok
Aishh asal bab makan je, cam semangat nak cerita
Cer cite cer cite...

Bukan gambar sebenar
p/s:cucur ikan bilis keluaran tesco..shhh jgn bgitau org lain nti kantoi

Nampak sedap kan
Cekodok pun cekodok la janji kenyang
Walaupun 2 keping roti beralaskan peanut butter suda di ngap(cam pelik je perkataan)
tapi tetap xdapat mengisi ruang kosong perot ni
Harap2 pas mkn yg ni trus kenyang 
Dan smuge bertahan selama berhari2

Ok da alang2 nama cekodok ini diperkenalkan
Mari kita kongsi resepi bersama2

Cucur ikan bilis

Bahan-bahan:
Tepung gandum(ikut bilangan org)
Air(Ikut kepuasan hati)
Bawang kecil(1-2 biji)
Cili padi(Ikut citarasa)
Ikan bilis(segenggam pun xpe)
Telur(sebiji pun da cukup)
Garam (secukup rasa)
Serbuk penaik(kalo nak nmpk cm bola)

Cara-cara pembuatan:
1)Mula2 tumbuk bawang,cili,dan ikan bilis bersama-sama,tak yah hancur 
sangat pun xpe.
2)Kemudian gaulkan tepung bersama serbuk penaik
3)Gaul bahan yang hancur tadi bersama tepung.
4)Siramkan air ke dalam adunan, tak perlu banyak nanti lembik
5)Letakkan telur,kacau hingga sebati
6)Letak garam secukup rasa
7)Serve dalam pinggan dan cicah ngan cili sos sedap2,tapi 
sebelum tu baca Doa makan.

Ha kan sonang ajo tu
Selamat mencuba..

Sebagai student makanan yang kita makan tu diabaikan
Masak pun jarang2
Resepi2 yang mudah camni la yang 
boleh membuatkan kita rajin memasak


Jom makan