=)

Sunday, July 5, 2015

Kurang 60 hari :(

Assalamualaikum.

RAMADHAN 18.

Tolong jangan habes lagi. Tolong jgn pergi mana2. Tolong jgn cepat berlalu.

Sob sob sob.

Bila berlalunya Ramadhan...Syawal menjelma. Lepas Syawal? Tidakk!! Xmo xmo.
Syawal tahun ni tak boleh lagho sgt tau.

Kenapa. Sebab PRO 3 EXAM da dekat sgt. Takoit yg amat. What should I do?

Rasa mcm byk lagi ilmu tak tau nih. Sebab tu takot. Kadang2 cepat lupa. Walaupon da pernah belajo bila ditanya soklan tiba2 blank. Blank sekarang xpe jgn time Exam nanti.

Jadi, dikesempatan bulan Ramadhan ini kena lah banyak2 berdoa semoga dipermudahkan belajar. Dipermudahkan exam nanti. Ramadhan bulan mulia kan. Jangan sia2kan. Jangan nanti menyesal. Hehe.

Shopping sebulan Ramadhan :) Eleey and Sally.


Baiklah. Semoga berjaya rakan2 sebatch.

Saturday, February 7, 2015

Patah.Balik

Assalamualaikum.


Masa dah suntuk. 6 tahun da hampir habes. Saat2 akhir. Tapi bagai terlupa matlamat awal. Tak boleh terus lupa. Tak boleh patah balik. Semangat. Kena carik balik.

"To save someone life. To treat people. To be a great healer. "


Apa yang dimulakan perlu dihabiskan. Dengan cemerlang ok?





.

Monday, December 22, 2014

~Mr M Awak kat mana?

Assalamualaikum.

Memang dah agak lama kan. Lapar pulak rasa. Kan kan. Hujan kat luar.

Pro.exam 3 da nak menghampiri. Tapi preparation belom pon start. Errr bila nak start pon xtau. Uuuu. Masuk posting Med ni rasa kucar kacir kurg semangat berbanding EM. Motivasi da kurg. Rasa malas. Byk dugaan.

Aaa patutnya bersyukur apalah.

Kawan beroda selalu buat hal sob2.. sorry la awak sy buka nk mengumpat cuma nak story hahah. Sy bersyukur ada dia. xpe la da tua pon tua la buruk pon buruk la. Xmampu nak cari kawan baru.

Org lain sibuk suruh carik kawan baru. Sy nak mintak kat parent kawan yg ini pon rasa bersalah you. We all bukan berada gitu.

Takpe la selagi sy boleh try utk terima sy akan. Rasa bersalah kot nk susahkan org ni terutama parent dorg byk tanggungan. Sy harap sy ada pendapatan skrg. Tolg apa yg patut sama mereka. Skrg mampu tolg diri sendiri je.


Hey da da.

Takda ke ehem2 putera raja mau diri ini cehh giloss.

K u olls sy kena carik motivasi skrg. Sbb Ia entah dimana2. I believe I can fly yeah.




Tuesday, June 10, 2014

Mata Hidung Mulut

Assalamualaikum.

Nun. Kko. Ip.

Eyes. Nose. Throat.

ENT.

Haha what the. Apa motip?

Tgh dengar lagu si Taeyang (suka hati je si) ala Bigbang punya member yg pandai menari tu yg nyanyi sodap tu. Best kot lagu tu. Kalo la alih bahasa ke Melayu..jadilah Mata Hidung Mulut. Eee awkward haha. Ce tgk MV dye lgi awkward LOL. Tau la body sixpack. Ishh abg Taeyang ni.EN tak tgk smpi habes pon. Aurat la. Buat2 baek pulak dia. Emmm.

Kebetulan skrg tgh posting ENT dua minggu. Last week da weh. Kejap. Sebentar. Secoet. Ha? Any komen about the posting? Ya. Best jgk. Best dri opthal. Opthal susah sket nk check mata pakai funduscope tu. Berlatih kt rumah tak dpt2. Xpe2 msih ada masa berlatih. Practice makes perfect ye dok.

Nak buat CP ENT la ni dari smlm stuck. Part PE. Adehhh. Dr tak pulak bagi slide examination aritu. Dlm buku mcm takda. Internet pulak. Byk pulak alasan.


K la. Gudnite yeorobun.




Sunday, June 8, 2014

Surat untuk diriku

Assalamualaikum.

Pernah tak sapa2 dapat surat? Tak kisahlah surat cinta ka, surat saman ke, surat khabar.. Zaman sekarang mmg jarang org post surat tak macam dulu. Sekarang semua mesej, emel.

Ok lah sebenarnya nak cerita. Tadi tengah duk kemas2 rak buku, EN terjumpa lah beberapa keping surat. Surat tu takda sampul pon just lipat2 je. Antara surat tu berbunyi begini:

"Kehadapan awak yg dikasihi. Bila kita nak kapel?"

Percaya tak. Janganlah percaya tu semua dalam mimpi je. Haha.
Tak sebenarnya setahun yg lepas EN ada tulis surat utk seseorang. Dan lepas tu DIA ada balas. Siapa DIA. EN la DIA tu. Haha pening tak. Layan je la ye.

Haishh disenangkan cerita, I wrote myself a few letter. Betol2 setahun yg lepas. Masa tu tgh kacau bilau. Jadi kononnya saja2 je la nk tulis. Motivation kononnya. Da lupa pon. Tadi tiba2 terbaca balik. Haha rasa mcm gila pon ada.

Tapi situasi tu mcm kena je dg  skrg. Well. Perancangan Allah.

Tapi siriusly not bad la bila tulis surat utk diri sendiri. Anda pernah. Try la kalo xcaya. Dulu time2 kecik2 pon ada buat. It's a nice things to motivate ourselves. But depend.

Alrite. Masa utk buat keje sekolah.

Last months highlight.

Assalamualaikum w.b.t

Woww gila lama berzaman berbulan berjam2 berminit2 tak bukak blog nih.

Bila bukak balik tgk post 2 lepas dan kebanyakan gmbar dipost hilang. Apa pasal? hehee . Biarlah biarlah. Nak buat macam manakan. Gambar2 tu tak sudi nak duduk dalam blog nih.

Oklah. Nak cerita satu2 apa yg berlaku sepanjang beberapa bulan ni macam malas. So highlight skit2 je la.

First sekali..tahniah Pasukan Tok Gajah menang Piala FA 2- 1 Felda United.
Bagus keep it up. Tadi lalu je Stadium Shah Alam tu dan macam biasa ofkors jam. Apa la EN ni kan spanjang duduk Shah Alam taknya pernah gi nonton bola kat stadium tuh. Macam rugi je.

Highlight SATU : Posting

Sekarang dah posting ke-4

1.Surgery
2.Paediatric/O&G
3.EM/Orthopaedic
4.Primary care/Psychiatry
5. ENT/Opthalmology

Weh ke-5 lah. Oh masa. You sangat pantas. Dah nak habes Year 4 rupanya.
Tapi semangat makin kurang makin kurang. Kadang2 rasa nak g tanam padi kat kampung je. Maklum la da tua tua ni. Belajar kurang masuk. Padahal sebab malas. Entahlah ikut je la flow.

Eh tu je kot. Rasa da malas pulak nak highlight menda lain sebab da malam bonar ni haa.

K gudnite world. See you if i still had my life. :)



Sunday, December 29, 2013

BerLUMUT selepas exam

Assalamualaikum...


Nampaknya sudah lama EN mengepost post di belog ini. Sekarang da masuk 3rd posting untuk Year4 O&G. Uwahhhh sungguh pantas gitu masa berlalu.

Nak cerita pasal Year 4 tapi nantilah di post yg akan datang. Sekarang nak berkongsi-kongsian pasal percutian singkat EN bersama family di Perak Darul Ridzuan.

Mula-mula ingatkan EN tak dapat ikot dorang g Lumut sebab ada EOP exam untuk surgery. Lagipon my family dah pergi awal-awal lagi jadinya takda transport nak ke sana. Macam mana dapat idea nak g sana?? Oh idea? Actually macam last minit plan. Disebabkan EOP exam kat Hospital Sg Buloh, so nak balik Shah Alam semula xda orang nak pulang bersama sebab my roomate Kak Shiqiin(hehe dan2 je ada Kak) terus nak balik Tapah lepas tu. Makanya alang-alang dia mahu pulang ke Tapah, ikot lah dia. 

Plan baek punya dengan Kak Ila(haha xpe kan panggil Kak) yang kebetulan nak balik Penang. Maka kami pon naek la bas lompat-lompat ke destinasi masing-masing. Suruh Shiqiin drop kat stesen bas Tanjung Malim kerana tidak mahu menyusahkan dia :) Ok route ke Lumut dari Tanjung Malim adalah seperti berikut:

From Tanjung Malim -> Ipoh -> Lumut

atau Tanjung Malim -> Bidor-> Teluk Intan -> Lumut

Untuk  tidak mahu mengambil risiko EN ikut route 1 walaupun letih naek bas g Ipoh lepas tu patah balik pulak g Lumut. Memang perjalanan yang lenguh. Dari Tanjung Malim ke Ipoh hampir 2 jam. Ipoh ke Lumut jugak dalam 2 jam. Tapi kira fun la dapat travel jejauh. Iyolah..

Ok makanya sampe lah saya di sana reunion dgn family.




Sampai-sampai bergambar teruss..


Di Jeti yg nak pergi Pulau Pangkor

Masing-masing dah lama tak main tiang. Macam ni la gayanya.

Dapat bercakap dengan Encik Udang Kara. Baek giler dia huhu


Shopping time. Kami diberi duet saku dan diberi masa selama 1 jam lebih oleh Abah untuk membeli belah. Yehaa best tak best tak..chumel colourful kasut2 ni. Takda size ni bebudak punya.

Oh, kami menginap di Chalet Teluk Batik. Berapa entah harga untuk 2 malam. Dah lupa. Tapi berpatutan rasanya.

Hari kedua...
tak jadi pergi Pangkor sebab nanti kena balik petang, check out nya tengahari. Lagipon sama je permainan kat Teluk Batik ni haa.

Apasal mata sepet2 ni, nampak sangat baru bangun tido.

We are here at the beachhh not b**ch opss

Tralalala dapat naik bot pusing2. RM15 satu family. Tapi sekejap sangat pusingnya tak syiok.

Oh yeahh mula-mula nak naik Banana Boat tapi si budak lelaki2 tu tak mahu. Eee tak sporting langsung. Takot la tu.

Mesti pakcik bot tu tak faham kenapa kitorg siap ketawa tersenyum naik menda alah ni tu yang dia dok bawak laju giler siap corner tajam lagi. Tak mencabar sangat la. Waahh cakap besar..

Aikk tetiba da kat Menara Condong Teluk Intan. Ohh Teluk Intan yang da lama tak ku jejaki. Saja nak bagitau dulu EN praktikal untuk BMS kat Hospital Teluk Intan. Best woo.


Sebenarnya ada perkara yang sedikit kelakar berlaku. Tujuan pergi Perak tu sebab Abah nak pergi kenduri kahwin anak kepada Cikgu dia kat Teluk Intan. Abah ingat hari Ahad kendurinya. Padahal hari Sabtu tu. Alahai salah faham. Nasib baik tak pergi Pangkor. Tu pon lambat g kenduri,ktorg siap2 bersiar-siar lagi kat Teluk Intan,makan2.

Macam mana boleh tersedar salah tarikh? Kononnya nak pergi survey jalan ke hotel tempat kenduri kahwen tu takot esoknya sesat ke apa. Pastu sampai kat hotel nampak ada banner orang kahwen. Well kat situ dah suspicious (what a word). Keduanya padahal tadi ada kawan Abah call cakap dorang semua dah kat hotel, boleh pulak tak suspect apa2 time tu Adehhh. Sampai pon dah pukul3, pihak catering nak angkut dah makanan2. Ktorg pulak dah kenyang baru lepas makan tapi untuk menghormati tuan rumah jamah jugak la. 

Apasal rasa macam skema sangat jlan cerita ni, nampak sangat dah lama tak mengarang..


Hari ketiga...
Ok dipendek kan cerita hari Ahad dah bertolak pulang. Seperti biasa kitorang akan singgah kat Lata Iskandar ni haa.. Ikot jalan alternatif, dari Tapah ikot jalan yang nak ke Cameron Highland tu menuju ke Pahang. Dekat je pon.


Crop diri sendiri sebab tembam sangat

Untuk kali keberapa kali entah datang sini. Dulu mungkin kat bawah ni pon dah sejuk takyah naek Cameron, sekarang cuacanya dah kurang sejuk.


Ok itu sajalah penceritaan percutian EN. Walaupun bisa-biasa saja, disebabkan bersama family jadi best tak gitu. Jika ada kelapangan marilah kita bercuti bersama family sure release stress nak nak kalau baru lepas exam.

Ok daa dulu. Annyeong.